Nov 16, 2016

D'Kayangan Steamboat Shah Alam

Steamboat antara makanan kegemaran aku sekeluarga. Tapi kalau makan steamboat ni kami lebih suka restoran yang berkonsepkan buffet, sebab boleh makan bebanyak, berjam² lamanya selain lambakan menu yang disediakan. D'Kayangan Steamboat Shah Alam merupakan pilihan kami....rasanya peminat steamboat memang dah familiar dengan D'Kayangan Steamboat ni, dan sebelum² ni pun aku ada share entri review D'Kayangan Steamboat


Di D'Kayangan Steamboat ni kita boleh pilih sama ada nak makan di luar, open air atau kat dalam restoren yang ada air-cond...macam kami yang ada anak kecil ni prefer makan kat dalam , jangan risau ruang makan tersangatlah luas dan selesa selain disediakan kemudahan surau, tandas dan lebih daripada 300 parkir



Confirm korang akan rambang mata dengan lebih 150 pilihan makanan selain menu istimewa Kambing Golek  yang disediakan setiap hari oleh pihak D'Kayangan Steamboat. Selain pilihan seafood yang segar, sos dan bahan perapan umtuk BBQ teramatlah istemewa dan sedap, dihasilkan oleh Chef Shanizam yang sudah 15 tahun dalam bidang kulinari dan bertaraf antarabangsa.


Aneka pilihan seafood egar

Perapan BBQ

Kuah pula boleh pilih sama ada nak sup ataupun tom yam. Selain pilihan seafood yang besar, segar seperti udang, ketam, lala, kerang, pahat, ikan, sotong terdapat juga pilihan ayam dan daging yang diperap istimewa. Bermacam pilihan mee dan sayuran segar turut disediakan Masakan panas pun ada disediakan kalau korang nak cuba seperti Nasi Lemak, Mee Goreng, Keaw Teaw Goreng, Bihun Goreng serta lauk pauk yang sedap Ayam Rendang, Sweet Corn, Ayam Masak Kari, Sayur Campur, Kerutub Daging, Sup Kambing dan banyak lagi .

Ketam besar gedabak

Kambing Golek + Blackpeper Sos

1st roumd steamboat heheh

Bella and her Papa tak sabar nak makan

Dah kenyang nanti boleh pekena dessert pula. Memang heaven kan, antara pencuci mulut yang ada seperti Aiskrim, ABC, kek, puding, buahan, rojak buah. Air panas seperti kopi, teh ada untuk korang yang tak minum ais, air sejuk pun banyak pilihan ada Sarsi, Oren, Laici dan macam² lagi.

ABC

Aneka kek

Buahan 

Happy Ending 😅

Kalau nak tahu D'Kayangan Steamboat ni dah beroperasi hampir 7 tahun dan menjadi pilihan rancangan Jalan Jalan Cari Makanwww.mamadarwiish.com/2015/08/d-bbq-grill-steamb ( JJCM ) TV3, Nasi Lemak Kopi O ( TV9 ), Malaysia Time Out dan banyak lagi selain pilihan jamuan korporat, hari jadi dan sebagainya. D'Kayangan sekarang mempromosikan Sunday Family Day bermula 12 tengah hari - 3 petang dengan harga istimewa RM 22.90+ ( dewasa ) dan RM 9.90+ ( kanak² ). Untuk hari biasa :


Bersama En Yunus, Manager D'Kayangan Steamboat


Harga :
RM 33.00+ ( Dewasa )
RM 18.00+ ( Kanak² )

D’KAYANGAN BUFFET STEAMBOAT
D’Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment. 
No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m Seksyen 13, 
40400 Shah Alam 

Facebook :

Instagram :

Contact:
03-55234979 / 012-2971091 / 
012-5076274

Waktu Operasi :
5pm - 1am

Hash Tag: 
#dkayangansteamboat


6 comments:

  1. Replies
    1. memang sedap, kami duk serbu seafood je hehehe

      Delete
  2. sedapnye.. lama tak makan steamboat... dah la tengah teringin sangat nak makan ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, bila termula sekali, mesti nak makan lagi huuuu

      Delete
  3. Replies
    1. Nanti cuba jue, not bad juga pilihan makanan

      Delete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign