Hadiah Perpisahan Running Man Untuk Gary

by - November 12, 2016

Pada followers Running Man (RM) semua dah tahu kot yang Kang Gary dah meninggalkan RM, semalam adalah rakaman terakhir Gary bersama RM, rpisod istimewa bersama Gary.... Rata² peminat Gary memang kecewa habis.... Macam aku... Kecewa juga, sedih wehhhh 😂 dah 7 tahun Gary bersama RM, tetiba nanti dah tak ada, bayangkan ahli² , krew RM yang lain, lagi lah rasa ketiadaan Gary.... Entri ni pun special buat Gary ...lantaklah haters nak kata aku gila kpop, mpop 😆


Gary merupakan penyanyi rap di Korea, sebelum Gary sertai RM Gary memang tak dikenali apatah lagi muziknya...dengan RM Gary serta ahli RM yang lain mula dikenali sehingga seluruh dunia. Dah lama Gary simpan hasrat keluar dari RM, tapi dihalang oleh rakan², tapi kali ni masing² merestui hasrat Gary untuk terus fokus dan menumpukan sepenuhnya pada karier nyanyian beliau....ye lah mungkin tak terkejar masa, tenaga untuk lakukan 2 kerja yang jauh beza bidangnya.

Bengkak mata Gary 😭

Episod khas Gary ni, memang nampak sedih ahli RM yang lain, sampai ada yang menangis macam Ji Hyo dan Gary sendiri. Episod ni dimana, ahli RM yang lain kena lakukan task demi Gary dapatkan reward, sambil lakukan mission tersembunyi dengan mencuri barangan di studio Gary, barang yang dicuri mesti dari yang kecil hingga ke besar saiznya. Last² baru Gary tahu dan kena susun ditempatnya semula...dan masa ni lah ada suprise hadiah² dari rakan RM. Rakaman dibuat di studio Gary...memang nampak serius, fokus dan matlamat Gary.

Hadiah dari Kwang Soo

Hadiah rakan RM disertakan sekali surat, sampai Gary tak nak baca keseluruhan surat sebab nanti dia akan menangis 😩 Lee Kwang Soo hadiahkan speaker yang dah lama Gary idamkan. Lee Kwang Soi dengan Gary rapat juga, Gary akan bengang kalau LKS khianat dalam mission hehe. Sebab Gary ni lurus telus orangnya, jenis percaya pada kawan

Hadiah dari Kim Jong Kook

Kim Jong Kook hadiahkan mesin urut muka....kata KJK dalam suratnya supaya Gary jadi kacak...jom kita kacak bersama😂
Jenis KJK gentlemen tak meluahkan perasaan atas kertas, hanya mendoakan kejayaan Gary

Hadiah dari Ji Sook Jin

Ji Sook Jin hadiahkan set ginseng...ketawa Gary bila buka sebab Gary tahu JSJ beli kat mana hehe. Sebelum.ni Gary pernah luahkan hasrat keluar RM pada Sook Jin

Hadiah dari Haha

Haha hadiahkan 3 keping sotong kering😂
Suka mengusik Garu, kan sebelum ni dorang masing² menghodohkan diri memasing, si Haha selalu kata Gary macam sotong.Gelak besar Gary masa buka kotak hadiaj, siap Gary kata kenapa ringan kotak ni masa sebelum buka. Haha dan Gary dah lama berkawan...pernah tinggal menyewa bersama...huh meleleh air mata bila Gary baca surat Haha menyatakan impian dorang untuk berjaya bersama² dalam karier dan keluarga

Hadiah dari Yoo Jae Suk

Yoo Jae Sook pandai cover .... Suasan supaya tak terlalu sedih...pandai je dia cover..maklumlah pengacara terbaik kan...Jae Sook hadiahkan sneakers untuk Gary

Hadiah dari Song Ji Hyo

Pasangan Isnin Gary, Song Ji Hyo...Monday couples tak ada lagi lepas ni. Isnin saya tiada makna lepas ni kata Ji Hyo.. Ji Hyo hadiahkan mesin urut...kata Gary selepas shooting RM dia akan kejang dan sakit belakang, Ji Hyo la yang selalu urut, sekarang tak ada dah 😭😭😭😭


Hadiah kedua Ji Hyo album Monday Couple semua gambar masa shoot adengan Monday Couple....setiap gambar, Gary ingat kata² Ji Hyo.. Huh touching... Ji Hyo kata RM akan biarkan tempat Gary kosong tanpa pengganti, kalau Gary rasa free boleh datang bebila masa



Kata akhir Gary...dia minta maaf kerana kecewakan peminat RM nya...minta terus support RM dan dia akan sentiadlsa buat yg terbaik untuk penyokongnya dan harapan moga dia berjaya.

Lepas ni tak dapatlah tengok aksi Gary yang pantas, lurus, jujur dan cepat tunjukkan perasaan tu...emmmmmmm All the best Gary




You May Also Like

3 ulasan

  1. tak pernah tgk running man tapi selalu baca kawan2 dok ulas kat twitter.. ramai pengikut RM ni

    ReplyDelete
  2. Sedih la dania..dia minat betul ngan gary ni....

    ReplyDelete
  3. alaa sedih. penah tengok RM ni masa awal2 je dulu.

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish