Nov 30, 2016

Pelikat Pants Kanak² Murah Di Ziwani Textile

Pelikat pants mesti ramai yang berminat kan. Pelikat pants ni adalah seluar panjang bercawat besar atau 'baggy' yang dibuat daripada kain pelikat. Ingatkan pelikat pants ni sesuai dan ada dijual untuk golongan dewasa saja, rupanya pelikat pants untuk kanak² pun ada. Pelikat pants untuk kanak² ni istimewa daripada Ziwani Textile. Sebuah syarikat bumiputera yang mengkhusus dalam pembuatan pakaian, blaus, jubah kanak² dan kurta dewasa.

Pelikat Pants Kanak² Ziwani Textile


Adam dan Bella selesa sangat pakai pelikat pants kanak² dari Ziwani Textile ni. Ya.... Bella pun pakai pelikat hehe. Kain yang digunakan untuk hasilkan pelikat pants ni bukan guna kain pelikat biasa² tau, tapi menggunakan benang tenung 5000 cap Ayam Serama / Mangga. So tak peliklah pelikat pants ni halus, lembut, mudah serap peluh dan selesa.

Bergetah dibuku lali, longgar dan selesa

Kemasan jahitan, pinggang dan label yang kemas

Jahitan bergetah di buku lali pun kemas je, dan longgar, tak adalah ketat sangat sebab dah diukur mengikut saiz dan umur si pemakai. Bahagian pinggang pula guna getah, so senang nak meregang.... Tak perlu risau terzip atau tali berpuntal. Patutlah jualan pelikat pants Ziwani Textile ni mencecah 3000 helai sebulan. Paling penting warna dan design memang cute dan sesuai untuk soli comel.

Moyok kena pose hehe

Pelikat pants bukan saja boleh dipakai untuk santai dirumah, tidur aje, boleh je padankan dengan tshirt, baju melayu dan sebagainya untuk sesuaikan dengan majlis. Selesa pun selesa, tak adalah si kecil berpeluh, berlengas, melekit peluhnya. Harga pelikat pants untuk Adam & Bella atau kanak² bersaiz 1-6 tahun hanyalah RM15 . Murahkan...tu belum lagi kalau beli secara borong.


Harga Pelikat Pants Ziwani Textile :

Saiz A (1,2,4,6 Tahun)
Retail : RM 15
Borong : RM 10

Saiz B (8,10,12 Tahun)
Retail : RM 25
Borong : RM 15

Saiz C (S, M, L, XL Dewasa)
Retail : RM 40
Borong : RM 25


Hubungi :
Puan Wani : 013-779 1601 
Puan Hazlina : 019-944 2889

Website : 


Instagram : 
@ziwani_textiles

4 comments:

  1. kemas jaitannya. selesa lihat anak2 pakai. boleh buat jalan2 juga.. tq

    ReplyDelete
  2. mcm nk kena beli ja utk si aisy,alif n ainul sowang satu..

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign