Nov 10, 2016

Resepi Sambal Terung Pipit

Resepi Sambal Terung Pipit ni simple je. Bahan² yang memang ada kat dapur. Terung pipit ni comel² je, kalau masa kecik dulu selalu kutip tepi rumah nenek buat peluru pistol mainan tu hehe. Masa kecik tak minat makan, tapi dah besar, bangka ni mengidam selalu terung pipit ni, maklumlah asal dari kampung. Kalau kat kampung mudah nak dapat terung pipit ni, kalau macam bandar kekadang je ada dalam pasaraya, pasaraya besar selalunya tak ada, aku biasa beli dekat pasar malam, pasar tani...memang ada dan murah...kadang sepiring tu harga RM1-2 Selain disambal boleh dicelur, direbus lepas tu cicah dengan budu, cencaluk atau sambal. Masukkan dalam gulai lemak, asam tempoyak pun best. Ehhh kalau masukkan dalam sambal ikan masin pun sedap.

Resepi Sambal Terung Pipit

Bahan² :
Sepiring terung pipit
Setengah genggam ikan bilis
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
10 biji lada kecil
1/2 inci belacan
1/2 sudu teh kunyit

Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :
Leraikan terung pipit dari tangkai dan cuci bersih

Tumbuk halus cili padi, belacan dan bawang putih
Hiris halus bawang besar

Tumis bawa besar bersama bahan² yang sudah ditumbuk halus serta kunyit dengan minyak sampai naik bau

Masukkan terung pipit, kacau sebati sehingga kecut / layu sedikit, tambahkan garam dan gula. Siap untuk dihidang

1 comment:

  1. saya ada jual terung pipit ni..sepiring rm1.00 =)

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign