REVIEW : Skinfood Strawberry Black Sugar Mask Wash Off

by - November 24, 2016

Mula terjebak dengan KBeauty... Start pada tu lah terkenan dengan Skinfood jenama terkemuka Korea, dah bertahun lamanya sejak tahun 1957 dipasaran. Biasanya suka mask, scrub dari Skinfood, so kali ni nak share pengalaman gunakan Skinfood Strawberry Black Sugar Mask Wash Off. 



Skinfood Strawberry Black Sugar Mask Wash Off ni kira macam scrub tapi istimewanya ia kaya dengan vitamin dan mineral kerana dibuat dari buahan dan tumbuhan segar. Macam yang ni strawberry kan, memang bau, warna macam strawberry real tu, siap ada biji² lagi. Ada bau black sugar yang manis² gitu. Dan paling best bukan je boleh mencerahkan wajah, tapi boleh membuang sel kulit matu, flakes dan melembutkan kulit.


Cara Penggunaan Skinfood Strawberry Black Sugar Mask Wash Off :

Selepas cuci muka boleh sapukan sedikit Skinfood Strawberry Black Sugar Mask Wash Off dan urut perlahan pada muka. Jauhkan dari mata dan mulut. Disebabkan teksturnya yang ala² salt scrub, korang boleh add in sedikit air untuk kurangkan iritasi. Biar dalam 10-15 minit dan boleh bilas dengan air suam, lap kering.


Bau & Tekstur :

Skinfood Strawberry Black Sugar Mask Wash Off ni tak disertakan spatula, so aku syorkan guna spatula untuk lebih hygyene. Teksturnya dan bau sama macam gula , manis² kasar gitu, tapi bila dah dicampur air diurut ke muka, ia jadi cair...dan melekit...bila bilas.memang best tau...memang rasa halus.

Skinfood Strawberry Black Sugar Mask Wash Off harga pun tak mahal sangat, natural khasiatnya pada kulit.  Harga kalau time promo RM27+ kalau biasa RM40+ boleh usha di altheadirect dari Korea

You May Also Like

5 ulasan

  1. amboiii...duta K-Beauty plak skrg...Sally guna volcano mud dari Nature Republic...Sally actually prefer brg Nature Republic lg...especially all those greentea series!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kan Liza sekali pandang mcm aiskrim...yogurt gitu hahaha

      Delete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish