Nov 29, 2016

REVIEW : Tefal Manual Chopper

Tefal memang dah sinonim dengan golongan mak² suri rumah dan kaki masak. Tefal merupakan jenama dari French yang mengkhusus kepada perkakasan memasak dan peralatan kecil di dapur. Tefal Manual Chopper antara cookware yang aku suka haha jimat masa, tenaga dan elektrik. 

Tefal Manual Chopper



Dengan Tefal Manual Chopper ni memudahkan kerja mencincang, mandadu dan mencincang halus bahan masakan . Dalam 5 saat dah halus bahan² tu. First time try, aku chop bawanh merah dan bawang putih, ingatkan kena penuhkan 500ml bekas ni, rupanya tak kisah banyak mana pun, boleh je kisar, cincang sampai halus. Tak perlu tambah air macam blender... Best kalau sediakan bumbu sambal ikan, sambal belacan, puri, dan bumbu nasi goreng. Sesuai sangat kalau bawak bercamping, untuk suami² jaga isteri dalam pantang, isteri² yg busy layan K-Drama macam aku kah²



Tapi hati² blade / mata pisau ni nampak je kecil tapi tajam yang amat. Masukkan aja bahan yang nak korang kisar, poting kasar dulu untuk mudahkan prosesnya. Lepastu tarik je tali tu, dan blades tu akan automatik rewind sendiri. Jangan risau Tefal Manual Chopper ni ada Anti Slippering Base, tak de lah bergerak² masa kita tarik tali chopper tu. Mudah digunakan, dibuka dan dicuci. Berbaloi dapat Tefal Manual Chopper ni masa promo Korang bileh dapatkannya dengan harga menarik di sini ok

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign