Nov 10, 2016

SALAM BROWSER Pelayar Web Patuh Syariah

Pernah tak korang alamai situasi seperti, tengah syok layari web, Facebook dan sebagainya tetiba keluar iklan tak senonoh, arak, judi ? Paling mengerikan iklan² atau link² porno dan berunsur penipuan. Sangat bahaya kepada kita pengguna. Segala maklumat terdedah kepada pihak tak bertanggung jawab. Risau juga anak² , adik² terklik, tertengok benda yang bertentangan dengan Islam ni. Alangkah bagusnya jika ada browser yang mampu menyekat semua tu kan?  Melalui Oh! Media , dapat tahu ada browser yang bagus untuk menyekat semua tu, Salam Browser adalah pelayar web / browser yang mampu menyekat dan menapis dan menyekat kandungan yang bercanggah dengan Islam. Salam Browser merupakan browser 'Halal' Islamik yang berlandaskan Syariah.... Bersesuaian dengan keperluan lebih 1.6bilion umat Islam sedunia


Permulaan browser dengan bait² Hadith Sahih

Browser Islamik seumpama ini amat dinantikan dan dibanggakan kerana mampu mencegah kemungkaran selain membolehkan kita melakukan aktiviti online dengan lebih selamat dan efektik berlandaskan Islam. 

Kelebihan Salam Browser :

Menyekat Kandungan & Iklan  Yang Tidak Sesuai
Selalu kita baca, lihat iklan² atau link² yang tajuk nya lain, kandungannya lain, tak kisah lah di web, blog atau Facebook dan sebagainya. Kita berisiko terklik iklan atau link spam, malware, penipuan , judi dan sebagainya. Dengan Salam Browser sebelum klik mana² iklan , click bait...kita boleh baca summary artikel tu dulu, untuk pastikan samaada ianya selamat, betul ataupun sebaliknya. Kalau ada yang gatal tangan nak buka web² lucah pun....tak dapat ok...semuanya disekat





Privasi Atas Talian
Aktiviti online kita lebih semangat dengan Salam Browser kerana segala maklumat mahupun lokasi kita tidak terdedah kepada mana² website terutama web yang tidak bertanggung jawab kerana Salam Browser didatangkan dengan VPN ( Virtual Private Network ) secara percuma.

Segala info mahupun rekod online kita tidak akan masuk ke history browser dengan adanya Igcognito Mode....jadi pihak yang tak bertanggung jawab tak boleh access maklumat atau browser, cookie history kita..ianya lebih secure dan private terutama yang sering melakukan online banking transaction, online shopping tu kan.



Pelayaran Internet Lebih Laju
Dengan Salam Browser tersenyumlah korang layari internet, tonton video dan sebagainya. Kita boleh pilih samaada untuk pilih HD, Audio dengan hanya tekan butang Download yang disediakan. Memang memudahkan kerja serta menjimatkan masa.Tak adalah tersangkut² bila buat kerja walaupun internet rendah.


Berita baik buta pengguna Android, kini Salam Browser boleh dimuat turun ke gadget korang selain Windows. Bakal disediakan untuk iOS tak lama lagi. Boleh install di www.salambrowser.com

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign