Yuran Pra Sekolah 2017

by - November 21, 2016

Pra Sekolah tahun 2017 dikhususkan kepada anak² yang lahir pada tahun 2011 sahaja. Edaran borang kemasukan ke Pra Sekolah biasanya seawal bulan Julai lagi. Kalau lambat tu memang tipis lah harapan, nak pula kawasan yang ramai penduduk huh. Alhamdulillah rezeki si Adam Darwiish dapat diserap masuk ke Pra Sekolah untuk sesi 2017. Minggu lepas ada sesi pendaftaran dan pembayaran . Ada sesi taklimat dan pelantikan jawatan kuasa persatuan ibu bapa...papa Adam dipilih sebagai salah seorang AJK hehe...mudahan jalankan amanah dengan sebaiknya


Tiada yuran pendaftaran dan bulanan untuk Pra Sekolah kerana ditanggung pihak kerajaan sepenuhnya. Cuma perlu bayar RM160 untuk bayaran keperluan setahun seperti 4 jenis pakaian seragam, alat tulis dan sebagainya. Maknanya tiap bulan memang tak perlu bayar apa². Makanan semua disediakan, kata cikgu makan disediakan 2x sehari, waktu persekolahan pula seawal 7.20 sampai jam 11.30 pagi. Memang teruja bila tengok si Adam teruja ke sekolah baru, mudahan Adam diterangkan hati untuk menuntut ilmu, terima kasih tak terhingga buat guru tadika dan pembantu guru sekolah tadika Adam yang sekarang, setahun jaga, didik si Adam...mesti rindu lepas ni huuuu.... Oh untuk info lebih lanjut, korang boleh ke laman web rasmi Pra Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

You May Also Like

3 ulasan

  1. wahh..jimat banyak kalau anak dapat masuk pra ye.. next year nak try apply utk anak sy jugak la...

    ReplyDelete
  2. Wow.. Saya pun teruja.. Anak saya lahir bulan 12 tahun 2012 but dapat juga masuk pra sekolah. Saya hantar anak ke pra sekolah cina di SJK(C). Sebelum ni hantar ke tadika cina swasta RM200 sampai pukul 12, RM400 sampai pukul 3, RM600 kalau ambik pukul 6. Semua tu termasuk tuisyen, mengasuh. Tapi nex year alhamdulillah berganda2 jimatnya.

    ReplyDelete
  3. Murahnye.. anak sy pra sekolah sesi 2017 juga.. tapi yuran rm470 (termasuk derma wajib 100)..
    Nape berbeza2 yuran ea?

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish