Dec 27, 2016

FoodMatters.me - Pilihan Menu Makanan Sihat Dengan Bacaan Kalori

Korang biasa tak order makanan secara delivery atau online ? Eh sekarang macam² jenis makanan dah boleh kita order secara online…bukan terhad kepada makanan segera / fast food je tau….malah makanan bernutrisi tinggi, berkhasiat pun dah ada…. Seperti pilihan makanan sihat dari FoodMatters.me . Pada korang yang sedang on diet, atau sedang menjaga pengambilan kalori…jaga badan lah …senang cakap kan…suggest sangat korang cuba menu makanan dari FoodMatters.me ni… kerana kita dapat tahu setiap nilai kalori yang kita makan …dah siap semua label kalori pada kotak makanan tu serendah RM10. Dan bukan sesuka.hati je tetapkan nilai kalori tu tau….. FoodMatters.me ni disediakan oleh Chef Alexandra Probaharan yang merupakan seorang pakar nutrisi profesional yang diiktiraf oleh American Fitness Professional & Associates ( AFPA ) menggunakan sumber makanan HALAL.


FoodMatters.me

FoodMatters.me disediakan dalam kotak kertas….bukan polistren…so lebih selamat digunakan, boleh dikitar semula dan lebih mesra alam. Setiap kotak makanan pula disertakan dengan label lengkap tentang kandungan kalori, protein, karbohidrat dan lemak. Terdapat pelbagai pilihan menu , antaranya menu Asian, Fusian, Western, Vegetarians, Low Carb, Low Fat dan Gluten Free. So tak sabar nak cuba kan…. Terima kasih buat FoodMatters.me kerana memberi peluang merasai sendiri kelazatan dan kalainan menu makanan mereka. Aku order 4 jenis menu makanan hahaha….boleh tahan tamaknya kan.😆

Spicy Tuna Wrap
Kalori 304
Protein 20.8
Lemak 5.6
Karbohidrat 41.8




Spicy Tuna Wrap ni dari menu Fusion. Menggunakan tuna segar dan yogurt menggantikan mayonis. Kaler kemerahan sikit sebab ada campuran serbuk.cili, memang pedas, sesuai dengan namanya…. Rasa yogurt yang masam² tu memang fresh dan kena pula dengan salad segar. Crunchy² gitu….wrapping nya pun lembut je…memang sedap dan sesuai utk korang yang sukakan pedas…..kalori pun rendah uolsss👍


Mushroom & Spinach Crustless Quiche With Salad
Kalori 197
Protein  17.8
Lemak  10.8
Karbohidrat  8.3




Yang ni dari menu Western. 1st time ni nak makan Crustless Quiche...yang merupakan savoury pie yang dibakar, mengandungi bayam dan mushroom ...mulanya ingat telur heheh...Warnanya agak gelap sebab ada banyak mushroom, tekstur ala² omelete gitu...sedap memang kena dengan salad, setiap hidangan mesti ada salad sebab salad ni.kaya dengan vitamin dan serat...selai dressing salad yang best...kalau tak silap balsamic vineger kot. Bagus makan cendawan ni bebanyak sebab cendawan tinggi protein dan bayam pula rendah kalori...nampak banyak tapi nilai kalori rendah sangat...bagus²

Vegetarian Quinoa Bibimbap
Kalori 552
Protein 22.8
Lemak 28.4
Karbohidrat 48.0





Dari menu Asian...wahhh best² my fav ni...pertama harus cek sos gochuchang ni ...korea ke tak heheh...wahhh daebakkk besttt² wahhhh meriah dengan sayuran..ada kobis ungi, taugeh besar, cendawan, carrot....kalau bibimbap biasa guna beras perang , tapi yang ni special dari quinoa....sejenis bijirin yang tinggi serat, rendah kalori, rendah kolestrol. Sedap sangat dan suka tekstur quinoa tu...ala² cauliflower

Thai Red Rice Salad With Baked Chicken
Kalori 511
Protein 35.8
Lemak 10.4
Karbohidrat 70.4




Tak nasi...macam tak lengkap pula 😂 tapi jangan risau ia menggunakan beras merah siam lebih tinggi fiber dan gandum penuh...tekstur lembut ala² bubur pulut hitam tapi serius best sangat ada rasa zing dari limau.nipis, haruman dan rasa herba dari rempah dan herba seperti serai, cili, halia, lengkuas, dah macam bau nasi ulam 
..sedap...segar sangat...dengan hirisan kepingan dada ayam bakar...wahhh sedapnya..tergigit pula si tomato comel tu...huh meletopppp....ada pedas sikit...best²

Kalau perasan, setiap menu hidangan dari FoodMatters.me ni ada pelbagai variasi warna, tekstur dan gaya masakan...memang berkhasiat. Kurang garam, kurang lemak, kurang kalori....so boleh lah cuba dan special untuk korang dapatkan 20% diskaun langgan bulanan pertama dengan mendaftar menggunakan kod FM ALI

Web :

Facebook :

Instagram :



3 comments:

  1. nampak semuanya makanan sihat-sihat belaka...kat sini takde pulak ..kalau tak boleh order

    ReplyDelete
  2. sedap abes tgk tu sume! area jb ade tak ek? huhu

    ReplyDelete
  3. Tengok makanan pun sedap.. berkhasiat pulak tu.. best2

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign