Dec 8, 2016

FRISO GOLD Bantu Penghadaman Serta Kuatkan Dalaman Anak²

FRISO GOLD Bantu Penghadaman Serta Kuatkan Dalaman Anak² ? Betul ke dengan susu boleh bantu kuatkan sistem penghadaman dan dalaman anak² ? Jawapannya YA ... dan tahu tak korang bahawa penghadaman yang baik mempengaruhi kekuatan dalaman mereka, menjadi anak² ni lebih kuat dari dalam, aktif , ceria dan cergas terutama ketika berada dan bermain diluar rumah.


Anak² jangan disogokkan sangat dengan gadget² dan terperuk dirumah kerana mereka perlu diperkenalkan dengan dunia luar untuk memperkembangkan pemikiran, mempelajari sesuatu yang baru selalin meningkatkan tahap sosial semasa bermain dengan rakan². Tak dinafikan kita mak² mesti risau nak lepaskan anak² bermain diluar kan...takut mereka terdedah kepada debu, kotoran, kuman dan sebagainya. Sebab tulah kita kena lengkapkan nutrisi yang lengkap bagi menguatkan mereka dari dalaman.




Bermain sambil mandi² di taman tema air. Memang risau anak² tak tahan dengan cuaca dan terdedah pada air pada masa yang lama dan berkongsi kolam bersama pengunjunh lain. Tapi Alhamdulillah dengan ketahanan dalaman yangbkuat, mereka berani, cergas bermain...dan berani... Sambil dipantau oleh kami hehe




Bermain di luar rumah membantu mereka mengenal persekitaran luar. Mengenal rumput² hijau...tanah, pasir...serangga...masa ni lah mereka mula bereksperimen, bereksplorasi. Jangan risau kalau ketahanan dalam mereka kuat, mereka akan ok bermain.





Bila anak² sihat dan happy bermakna sistem penghadaman mereka dalam keadaan baik. YA... penghadaman mempengaruhi mood dan tumbesaran anak². Bila penghadaman anak2 baik, mereka akan lebih bertenaga, bersemangat dan kuat. Dan kalau sebaliknya mulalah terjadi masalah sembelit, sakit perut, tiada selera makan, menangis , dan sebagainya. Selain pemakanan yang tinggi fiber, minum air masak secukupnya, memberikan makanan secara kerap dalam portion yang kecil, kami berikan Adam dan Bella minum susu Friso Gold bagi membantu penghadaman yang lebih baik dan menguatkan sistem pertumbuhan dan tumbesaran mereka dari dalam. Tanda² sistem penghadaman anak² dalam keadaan baik :
  • Berselera untuk makan
  • Tabiat pemakanan yang sesuai dengan usia
  • Pencernaan dan pembuangan yang baik
  • Tak cirit birit , muntah atau sembelit
  • Tak cerewet memilih makanan



Bila Bella minum Friso Gold memang dapat tengok perubahannya, tak ada lagi masalah sembelit dan perut kembung, kalau sebelum ni merengek sakit perut, bad mood je, sekarang bukan main lagi happy. Dan boleh nampak pipi.nya semakin chubby hehe. 

Kenapa kami pilih Friso Gold ?
Umum dah mengetahui bahawa Friso Gold dihasilkan secara semulajadi yang ditambahbaik dengan sains (Friso Gold Nature & Science) Diimport terus dari Holland bagi memastikan tahap kualiti dan nutrisi yang telah ditetapkan. Bermula daripada baka lembu tulen dan berkualiti, makanan, rumput untuk lembut yang berkhasiat dan kajian sains yang berteknologi tinggi.



Friso Gold Nature & Science



Terbaru Friso Gold LocNutri memang bagus untuk anak² tau. Dengan teknologi NutriLoc khasiat dan nutrien yang terdapat dalam Friso Gold LocNutri dapat dikekalkan pada struktur asal kerana menggunakan tekanan haba yang rendah so segala nutrien dan khasiat tersebut lebih mudah diserap dan dihadam oleh sikecil.




Usus kanak² sangat sensitif dan baru belajar untuk menyerap dan
menghadam segala khasiat dan nutrien dari pemakanan mereka. Ketahanan dalaman dan ketahanan imunisasi kanak² amat berkait rapat dengan sistem penghadaman. Kalau penghadaman mereka lancar, maka kekuatan dan ketahanan  mereka juga baik. Bila kesihatan dalaman ok, sihat, barulah si.kecil.ni happy, kuat, aktif bermain dan berksplorasi bersama ibu ayah terutamanya di luar.

Maklumat lanjut boleh layari www.frisogold.com.my atau ke Facebook Friso Gold Malaysia

No comments:

Post a Comment

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign