Khasiat Ba Bao Cha ( Tea )

by - December 04, 2016

Ba Bao Cha ni dipanggil juga sebagai Eight Treasure Tea di kalangan masyarakat Cina. Kaum Cina memang terkenal dengan teh² ni sebab tu kebanyakkan mereka kekal sihat, awet muda dan cergas. Baru ni ada makan Chinese Cuisine so cubalah Ba Bao Cha ni, katanya banyak khasiat. Segelas RM6 ...bunyi macam mahal...tapi banyak ramuan dan khasiatnya. Kopi manis sampai belasan ringgit sanggup beli takkan minuman kesihatan lokek duit hehehe

Ba Bao Cha

Ba Bao Cha ni ada 8 herba terpilih. Kenapa 8 ? Sebab 8 adalah nombor bertuah dalam kepercayaan Cina. Sebab tu digelar Eight Treasure Tea. Ada beri liar ( goji ), laici kering, longan kering, kurma merah kering ( jujube ), bunga chrysanthemum, ginseng, kulit lemon dan bingtang ( candied hawthorn ) Bahan asas pula terdiri dari gula batu dan daun teh hijau

Rasanya memang sedap, ada manis² sikit, dapat bau floral² fruity² sikit...rasa pahit sikit tapi mild² je....disediakan panas² tau. Hirup perlahan² pehhhhh berpeluh terus. Korang nanti boleh lah try...ada dijual di kedai² maoan Cina Muslim, kedai ubat Cina yang siap packing tinggal rendam je balik rumah sebab tersangatlah bagus 

Khasiat Ba Bao Cha :
  • Melancarkan peredaran darah dan sistem penghadaman
  • Melembabkan paru²
  • Menghilangkan dahaga
  • Menghilangkan keletihan serta menambah tenaga
  • Menurunkan suhu badan
  • Mencegah strok haba
  • Menyihatkan buah pinggang
  • Memyergaskan minda
  • Mencerahkan mata 
  • Awet muda

You May Also Like

4 ulasan

  1. Best je..dah biasa kot AM dengan teh cina sebelum ini..
    Sekarang AM mengamalkan Chia Seed je..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  2. a.. dia macam laicikang tu ke rasanya ? hee~ banyak2 bahan nih tau tau lalu ke tak nak telan..

    ReplyDelete
  3. red date, laici kering tu boleh mkn ke?

    ReplyDelete
  4. daun dye boleh mkn ke..?

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish