Masak Bersama Chef Muluk - Lazada X Nestle Maggi X Tefal Workshop

by - December 15, 2016

Peluang menyaksikan live show masak² bersama Chef Muluk di Nestle HQ baru² ni melalui Lazada X Nestle Maggi X Tefal Workshop memang antara pengalaman termanis hehe. Bukan saja dapat melihat secara live Chef Muluk memasak malah dapat merasa air tangan beliau dan diuji rasa makanan yang dimasakan oleh kami para media di dalam pertandingan memasak menggunakan produk Maggi dan perkakasan dapur dari Tefal. Terima kasih involve.asia dan lazada.com.my atas undangan😘



Hasil masakan Chef Muluk adalah Maggi Seafood Paella dan Maggi Oat Mee Salad. Tak sangka hanya menggunakan produk Maggi boleh hasilkan Paella sesedap restoran 5 bintang tau....mee Maggi pula boleh dijadikan salad yang berkhasiat. Tak 

Maggi Seafood Paella

Maggi Oat Mee Salad

Sepanjang memasak semua hidangan tu, Chef Muluk hanya menggunakan pan / kuali dari Tefal. Kata Chef, Tefal antara jenama perkakasan dapur menjadi pilihan beliau kerana kualiti yang bagus selain mempercepatkan proses memasak disamping menjaga rasa dan tekstur masakan supaya masak dengan baik dan sekata. 



Ciri istimewa Tefal...

Di Lazada sekarang ada offer tau...boleh beli di sini....  bermacam design, saiz dan warna ada ditawarkan.


Maggi Oat Mee Salad

Maggi Oat Mee-Mi Goreng Curry

Maggi Oat Mee Salad tu sedapnya, tak sangka Maggi ada keluarkan oat mee..wahhh berkhasiat ni, rasa pun brst diperbuat dari 100% gandum penuh / wholemeal . Murah je di Lazada 4x76g RM 6.99 korang boleh beli dari sini sementara ada diskaun ni👍

Team A😘

Acah² chef😆

Uji rasa by Chef Muluk

Daging Blackpeper
& Petola Sayur Camput

Tahniah uols😘

Lepas saksikan Chef Muluk memasak, kami para media diagihkan kepada 5 pasukan, dengan 5 ahli setiap kumpulan untuk pertandingan memasak. Ianya diadili sendiri oleh Chef Muluk. Kumpulan kami adalah kumpulan A...dan bahan rahsia untuk kami adalah daging dan petola. Kami kena hasilkan 2 hidangan dengan menggunakan bahan ini dengan menggunakan produk Maggi. Wahhh teruja masing². Akhirnya dibahagikan tugas dan hidangan pun ditetapkan, kami masak Daging BlackPeper dan Petola Sayur Campur semuanya menggunakan produk Maggi tau seperti, Maggi Secukup Rasa, Maggi Kiub Ayam, Maggi Blackpeper Sos dan banyak lagi. Dan pemenang pertandingan ni kumpulan blogger Sally, wahhhh bertuahnya dorang, mana taknya, dorang menang produk hebat dari Tefal dan Maggi...tahniah semua

You May Also Like

1 ulasan

  1. Wohoooo! Macihhh la cakap tahniah kat kita...tapi mmg best kan main masak-masak..lama dah tak join program macam ni!

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish