Dec 7, 2016

Mee Tarik Warisan Asli NU Sentral Sedap Berbaloi Dengan Harga

Mee Tarik Warisan Asli memang dah lama teringin nak makan. Terbayang² doh tepung tu ditarik² menjadi helaian mee. Mee Tarik Warisan Asli ni kepunyaan keluarga Cina Muslim yang memang berasal dari Tanah Besar Cina. Penggemar mee memang patut cuba Mee Tarik Warisan Asli ni ok. Selain dibuat segar depan mata, rasa dan rempah semuanya pure rasa masakan Cina ...tetapi Halal wahhh best kan

Mee Tarik Warisan Asli NU Sentral

Menu berasaskan mee

Tarikan pelanggan di Mee Tarik Warisan ni adalah, kita dapat tengok staff dorang uli doh dan tarik² menjadi helaian mee ... Dah kalah mesin buat mee tu tau. Banyak cawangan Restoran Mee Tarik Warisan ni, Sungai Besi ada....banyak lagi lah...yang ni first time aku cuba di NU Sentral, dalam Food Loaf betul² berhadapan pintu masuk LRT, KTM tu

Mee Tarik Yang Pedas RM12

Ba Bao Cha

Kebetulan tak ramai masa tu haha, kalau tak berderet lah. Terpinga juga nak pilih yang mana, dah lah aku ni suka pedas, tengok menu macam semua tak pedas, biasalah kan...kata menu Chinese heheh. Tapi ada menu recomended tu pedasss katanya. So aku pilih yang tu sekali Ba Bao Cha.... Ba Bao Cha RM6 ni ada aku share khasiatnya di SINI Konsepnya order, bayar dan ambik hidangan korang


Mee yang hakus, kenyal, segar...dap²

Sup yang best giler

Harga ok dengan kuantiti makanan...banyak wehhh mee ni. Sup nya best ada ketulan daging yang lembut.Mee memang langsung takde rasa Acid Boric, kapur semua tu....ringan je, kenyal dan rasa sedap. Sup tu lain rasa dengan sup kita.....mungkin direneh dengan rempah dan herba. Memang best berpeluh nak habiskan...banyak dan pedas² sikit...air tu pehhh menyegarkan sungguh...Nanti nak bawa anak² ngn cik abg makan Mee Tarik Warisan Asli ni, masa ni kebetulan ada kerja sikit. Memang rekemen kat korang...terbaik, tersedap . Lepas ni nak cuba menu mee tarik yang goreng kering hehehe

9 comments:

  1. hari tu nak try juga..tapi tengok macam ramai orang je..kensel..kat Ipoh ni baru ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul, time lapar, time break pun sekejap...mmg x merasa lah mee tarik ni, penuh selalu pengunjung

      Delete
  2. nyum !! terliur.. memang mintak la nih.. adoi !! ape la ramai blogger suka review makanan best best.. hee~

    ReplyDelete
  3. dh byk cawangannye skarang...suka mkn toothpick lamb kt sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. NU punya kiosk ni x de kak..cuma mee je...sebab kecik huuuu

      Delete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign