Pekan Sehari Temerloh ... Segala Macam Ada

by - December 12, 2016

Pekan Sehari Temerloh bukan macam pekan sehari yang biasa² kunjungi tau haha. Ia merupakan pekan sehari / pasar pagi tertua di Malaysia dan terbesar dan terpanjang dinegeri Pahang. Macam orang Pahang, Temerloh macam aku dari kecik memang dah familiar jenjalan kat sini setiap hari Ahad . Pekan Sehari Temerloh ni lokasinya betul² di tepi Sungai Temerloh, sepanjang² jalan belakang Masjid Abu Bakar hingga ke penghujung simpang besar.... 

Air Sg Temerloh tengah pasang

Tapi korang takkan sedar dah jalan sampai hujung hehe. Di Pekan Sehari Temerloh ni segala keperluan dapur ada... dan paling popular dengan jualan ikan air tawar/sungai terutama Ikan Patin, Talapia dan sebagainya. Sayuran, tanaman, anak pokok, kuih tradiaional, ulaman, tempoyak, buahan malahan anak ayam, pun ada dijual di sini. Makanan tradisi orang Pahang pun ada dijual macam Sambal Rong, Sambal Hitam tu semua.

Tikar Mengkuang

Wan yang niaga dah berkemas nak balik

Ikan Pekasam Patin

Ulaman, sayuran, tanaman kampung

Hasil kraftangan orang² tok nenek pun ada , seperti keris, sangkar burung, tikar mengkuang, dan banyak lagi. Selain jualan biasa macam mainan anak², pakaian, lauk basah, buahan dan lain².

Pada yang tak pernah berkunjung, yang teringin ke Pekan Sehari Temerloh boleh lah datang setiap pagi Ahad... seawal 8 pagi dah ada jualan sehingga 1 tengah hari... Time ni dah nak pukul 2 petang... wan, acik semua dah sibuk mengemas heheh. Dah penat berjalan boleh santai² tepi Sungai Temerloh, makan Ikan Patin, naik jambatan gantung, naik bot semua tu....😘

You May Also Like

7 ulasan

  1. Ju pun suka pegi pasar mcm ni. Kat sabah ada jg, pasar gaya street, stiap ahad. Mcm2 ada, suka tgk hasil kraftgn, bunga2 lg la rasa nak borong smua haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Ju...best kan...macm² ada.. boleh tawar menawar lg

      Delete
  2. suka pasar macam ni...kalau pergi temerloh kena datang hari ahad awal pagi lah gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Fiza kena singgah kalau dh ada kt sana tau...rugi x sggah

      Delete
  3. laaaa....dok temerloh ghopernyer...

    errmmm....ermm...

    ReplyDelete
  4. pekan mcm ni la best, mcm2 jumpa benda yg kita tak pernah jumpa..

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish