Resepi Keria Gula Melaka

by - December 16, 2016

Kuih keria antara kuih tradisional Melayu yang memang digemari ramai. Bahan utamanya adalah ubi keledek, tak kira yang warna putih atau oren kemudian disira dengan gula pasir. Bentuknya lebih kurang donat. Sekarang tengah viral dengan Keria Gula Melaka ada yang panggil Keria Antarabangsa dan Keria Limbongan. Asasnya sama je, cuma disira dengan gula melaka...memang berbaris panjang kalau korang nak beli di kedai yang viral di Melaka tu😉 Mulanya macam tak teringin nak rasa Keria Gula Melaka ni, tapi FB asyik naik news feed pasal ni...apa lagi cecepat cuba resepi Keria Gula Melaka ni.... Cukup lah untuk sekeluarga makan.... Dapat dalam 15 biji keria yang comel.

Keria Gula Melaka

Bahan² :

500g ubi keledek putih / oren
3/4 cawan tepung gandum
1/2 sk baking powder

Ubi keledek oren

Dilenyek sampai halus

Cara Penyediaan :

Ubi keledek dikupas kulit, dipotong kecil² dan direbus didalam periuk dengan air dan sedikit garam hingga empuk dan lembut.

Kemudian, toskan dan lenyek sehingga halus, lumat. Biarkan sejuk sekejap, kemudian campurkan tepung gandum dan baking powder, gaul sebati dan bentukkan menjadi gegelang.





Goreng didalam minyak panas sehingga warna keemasan dengan api sederhana. Ketepikan dan toskan minyak.


Bahan² Sira :

150g gula melaka
1 sb gula pasir
2-3 biji gula batu
4 sb air



Cara penyediaan :


Cairkan semua bahan didalam periuk sehinggan sebati dengan api kecil. Masukkan keria dan rendam atau sira ke seluruh permukaan keria. Siappp..... Hati² cairan guka ni panas ye..... Selamat mencuba👍😘

You May Also Like

5 ulasan

  1. Kebetulan saya dan wife sebut kuih nie semalam.. boleh buat resepi nie.. tq admin

    ReplyDelete
  2. ok tak sabar nak cuba.. tengkiuu mama darwiishh!!

    ReplyDelete
  3. Best..best..sebb guna gula merah...ptg ni nak try buat...sebelum buat pergi jln2 dulu tgk resepi sbb first time buat...

    Jemput ke blog saya.:)

    http://www.mamafreshpicks.wordpress.com

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish