Dec 8, 2016

Resepi Sayur Campur Tauhu Telur

Resepi Sayur Campur Tauhu Telur


Sayur campur memang favourite kami anak beranak. Ditambah pula dengan tauhu telur / Jepun lagi sedap, ada bermacam tekstur. Resepi sayur campur tauhu telur ni boleh je diubah jenis sayuran mengikut kesukaan korang. Eh boleh dijadikan hidangan keaw teaw, mee, nasi ladna ....hanya perlu tambah seafood atau ayam

Bahan² :
A :
1 paket tauhu telur
( Dipotong menjadi beberapa ketul, lumur dengan tepung jagung/gandum. Goreng hingga keemasan, kemudian toskan )

B :
3 batang sawi / park choi
½ batang lobak merah
3 batang putik jagung
1 cawan cendawan
( Potong memanjang lobak, putik jagung  dan sayuran lain. Cuci bersih dan toskan )

Bahan tumis :
½ biji bawang besar 
( dihiris halus )
2 ulas bawang putih 
( dicincang halus )

1 sudu minyak untuk menumis
1 sk serbuk pati ayam 
½ sk lada sulah
1 sk tepung jagung/ gandum
½ cawan air



Cara penyediaan :

Tumis bawang, bawang putih sampai naik bau.....masukkan lobak, putik jagung dan biar sekejap.... Kemudian masukkan sayuran lain serta serbuk pati ayam, lada sulah dan tepung ( utk pekatkan kuah ) Adjust rasa masin ikut kesukaan korang. Tambahkan ½ cawan air...kacau ... Bila lobak agak lembut, boleh padam api. Siappppp

4 comments:

  1. Replies
    1. Cuba tau, sayur tu ikut suka sayur kegemaran kita😉

      Delete
  2. memang sedap nak masak pun senang tapi bab menggoreng telur tauhu tu yang leceh. kekadang meletop..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah😅 kena tabur tepung, cover seluruh tauhu, dulu memula x tau...apalagi meletop² kat dapur😆

      Delete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign