Dec 1, 2016

Xmas Baking Workshop @19 Culinary Studio

Aku kalau ada contest ke event, invitation baking² class atau workshop mesti cepat² grab... Minat membaking tu melebih² sangat hehe. Sabtu lepas join Xmas Baking Workshop anjuran The Butterfly Project dengan kolaborasi @19 Culinary Studio. Xtually workshop ni terhad untuk 20 blogger terpilih berdasarkan komen kreatif di status page TBP sebab kenapa nak join ? Rezeki kot terpilih sertai baking workshop bernila RM250 ni huhuhu.

@19 Culinary Studio

Komen versi google translate😆


20 bloggers dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk buat Red Velvet Cupcakes bersempena Xmas dengan Creamy Cheese Frosting. Firstly, cantik sangat @19 Culinary Studio ni, ala² glass house gitu, kemas dan teratur. Boleh tengok perkakasan memasak, membakar disusun kemas. Kalau nak tau @19 Culinary Studio menyediakan kelas memasak, baking tau, so kalau berminat boleh lah korang datang nanti. Konsep Xmas Baking Workshop ni adalah secara praktikal....mula kena tengok demo dari Miss Suraya... Kemudian barulah kami bahagikan tugas dalam kumpulan untuk siapkan task baking ni. 

Kitchen Aid uolsss

Bahan² untuk buat Red Velvet Cupcakes

Demo by Miss Suraya

Sesi mengisi adunan ke dalam paper cup ... 3/4 cup je tau

Pose itu penting😅

Selain baking² dapat ilmu, pengalaman baru selain dapat bersuai kenal dengan blogger yang ada, ada yang baru 1st time jumpa. Semuanya excited dan friendly.... Dari bahan², tips, teknik dan skill banyak kami pelajari pada sesi ni. Memang step by step ditunjukkan dengan jelas.

Sejukkan cupcakes sebelum difrosting

Gebu molek je


With blogger omey Aliza Sara

With Founder The Butterfly Project Tammy

Xcited bila tengok cupcakes menggebu, menjadi haha, dengan bau yang semerbak buatkan semua lapar....sementara tunggu cupcakes sejuk mulalah kami sesiakan Creamy Cheese Frosting  untuk di frosting atas cupcakes. Lepas tu belajar deco art gunakan fondant. 1st time uli fondant hehe, wangi, manis dan macam tanah liat yg anak² main tu. Ada disediakan acuan 2D untuk hasilkan art sempena Xmas. Banyak tips juga yg diberikan cara macam mana nak stabilkan semula tekstur fondant, cara nak buat 1D, 2D fondant art yang kemas dan cantik selain tips melekatkan antara cebisan fondant. Semangat masing² berimaginasi sampai tak sempat toleh kengkawan kat tepi😆

Fondant & tools untuk fondant art

Gigih tak 😅 kredit photo : www.plusizekitten.com
 



Setiap blogger diberi 3 cupcakes untuk dideco dan bawa balik. Bila dikumpul semua cupcakes .... Waaahhhh too cute kan...macam² kreativiti yang ada...ingatkan blogger pandai main keyboard je haha..... Thank you The Butterfly Project dan @19 Culinary Studio for the awsome experience.


More photo & info :

@19 Culinary Studio :


19 Jalan Dungun
Bukit Damansara, KL

3 comments:

  1. hUishh bestnya buat kek.. lepas ni boleh belajar dengan akk lak hehehe

    ReplyDelete
  2. Bestnya.. lama dah tak joint baking class nie..

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign