Jan 29, 2016

REVIEW : 1001 Khasiat Cocos Essence Virgin Coconut Oil

Virgin Coconut Oil atau minayk kelapa dara memang terbukti dan disahkan berkhasiat untuk semua terutama wanita hamil yang dikatakan mampu memudahkan proses bersalin . Minyak kelapa dara berbeza dengan minyak kelapa biasa yang kita guna dalam masakan sebab ia dihasilkan menggunakan kelapa muda yang matang / dara yang dipilih kualitinya dan dipetik sendiri dari pokok ke pokok supaya molekulnya tidak rosak . Kemudian melalui proses salai dan pengewapan.Memang banyak jenama minyak kelapa dara dipasaran , tapi kali ini nak share jenama Cocos Essence Virgin Coconut Oil yang semestinya teristimewa keluaran SMN NATURAL PRODUCTS PLT (JM0605255-X)




Lagi satu keistimewaan Cocos Essence Virgin Coconut Oil adalah ia tidak mengandungi kolestrol. Sangat baik untuk kesihatan. Sebelum mengulas panjang Cocos Essence Virgin Coconut Oil jom kita ketahui manfaat dan kebaikan minyak kelapa dara , so baru kita faham dan nak rasai sendiri kehebatannya.

Khasiat Cocos Essence Virgin Coconut Oil

Melegakan pernafasan mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong

Melawaskan pembuangan air besar dan kecil menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis. Kalau baby sapu saja di bontot mereka


Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan seterusnya lebih bertenaga

Memusnah organisma perosak seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing) dalam usus besar Dengan nya penghadaman mencapai tahap maksimum.

Mengurangkan rasa lapar Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap

Mengurangkan kandungan lemak badan berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan sesaorang.

Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.

Mengurangkan kelekitan platelet darah penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.

Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.

Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit.








Cocos Essence Virgin Coconut Oil sangat kaya dengan Lauric Acid yang dah tentu banyak khasiat untuk seisi keluarga . Ianya 100% minyak kelapa dara buatan Malaysia. Tiada sebarang campuran lain ok . Tu pasal warnanya jernih dan berbau harum.




Satu botol ni mengandungi 200ml minyak kelapa dara . Tapi kalau guna konsep pump out macam minyak vitamin rambut tu lebih praktikal dan mudah kot. Yang ni kena press penutup . Ohhh ye selain untuk kegunaan luaran , ianya boleh diminum, dimasukkan dalam masakan . Bukan saja sedap berperisa tapi sangat berkhasiat. Simpan ditempat bersuhu bilik jangan ditempat panas takut berubah warna dan khasiat. Kalau terlampai sejuk boleh keras , tapi kalau keras , rendamkan botol ke dalam air panas , nanti ia akan back to normal

Antara kegunaan lain Cocos Essence Virgin Coconut Oil :

- Boleh dioles dibibir , pengganti lip balm
- Sapu pada bahagian kulit kering seperti siku, tumit dan tapak tangan
- Boleh guna sebagai pengganti sun block
- Guna pada rambut sebagai minyak bagi melebat dan menyihatkan rambut
- Guna sebagai minyak urut badan
- Sapu pada parut atau stretch mark
- Titik pada ubat gigi bagi memutih, menguat dan memelihara gigi
- Dressing pada salad, ayam panggang, kentang bakar dan sebagainya
- Minum sesudu setiap hari sebagai supplement

Alhamdulillah dah seminggu try memang suka bau dia, ala-ala air kelapa. Kami anak beranak pakai . Tekstur halus dan tak melekit. Sapu terus menyerap....selesa ja. Ohhh ye nanti nak cuba sapu di jerawat baru nak tumbuh ni. Harga pun murah tengah promosi hanya RM40 free postage Boleh ke link dan no telefon di bawah untuk sebarang pertanyaan atau belian.


SMN NATURAL PRODUCTS PLT

No 12.01 ,
Jalan Bestari 69/2 ,
Taman Bestari Indah 1,
81800 Ulu Tiram ,
Johor

Hotline :
018-9099791

Facebook :
https://www.facebook.com/cocosessence

Instagram :
https://www.instagram.com/cocosessence
posted from Bloggeroid

Guna Semula Balang Kimchi

Balang kimchi menyemakkan almari dapur. Nak buang sayang. Ada 6 biji. Sebiji di luar kawasan haha. Alkisah dulu suka beli, tapi sekarang semenjak dah pandai buat , jarang dah membelim Jimat wuhuuuu. Balang ni plastik, comel je . Emm agak-agak nak buat apa ye ???


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Taraa aku jadikan bekas segala rempah, garam, kunyit hehe. Sebelum ni guna tupper ware yang cute je, tak muat sepeket garam . Sekarang muat dah. Senang, cantik dan mudah hihi lagi menjimatkan. Jom guna semula...sayangi alam sekitar
posted from Bloggeroid

Jan 28, 2016

Sehari Saja Jerawat Hilang Dengan Refinity Acne Hydrogel

Jerawat hilang dalam masa sehari ??? macam auta je kan. Tak mustahil tau kalau kena dengan produknya . Pada uols yang kulit licin , mulus pun stay baca entri ni tau sebab bukan hanya boleh nyahkan jerawat , parut semua malah mampu menghalus dan menganjalkan kulit wajah. Sebelum ni dah bermacam try produk , tak kisah dari cleanser , krim , toner , masker semuanya dah cuba , tapi tu lah kena consistent dan istiqamah guna baru dapat hasil yang wow. Macam aku mama anak dua , kadang tu terlepas juga masa nak menenyeh semua tu hihi. Dan lagi satu aku jenis sekali guna terus nak cantik hehe. Sebab tu aku tertarik hati nak guna Refinity Acne Hydrogel Feeling exited juga kot nak guna ubat jerawat bentuk hydrogel ni. Refinity Acne Hydrogel antara produk yang laku keras tau dipasaran. Tak percaya korang google aje , tak pun #RefinityAcneHydrogel di Instagram atau Facebook , berlambak testimoni dan 98% berpuas hati dan berjaya tau.



Hokeyyy selfie dulu dengan Refinity Acne Hydrogel . Dikeluarkan ekslusif dari Refinity Resources (SA0316132-M) Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya so boleh kita guna tanpa ragu dan selamat.




Packagingnya memang simple but nice. Warna pun menyerlah. Menjadi faktor menarik pelanggan juga tau. Refinity Acne Hydrogel istimewa berbanding jenama produk lain kerana ia kaya dengan ekstak Salix Alba Selalu kalau rawat jerawat kita biasa dengar guna minyak tea tree , lemon , madu , collagen dan sebagainya. Tapi tidak pada Refinity Acne Hydrogel




Ha itulah Salix Alba sejenis herba yang pohonnya rimbun. Dari zaman dulu terutama negara China gunakan merawat masalah kesihatan demam , luka dan sebagainya. Salix Alba berfungsi membunuh kuman , bakteria dari akarnya yang membentuk jerawat . Kiranya ia membasmi dari dasar kulit secara semulajadi seterusnya merawat dan membaik pulih sel kulit mati . Wahhh bestkan.





Satu botol Refinity Acne Hydrogel mengandungi 15ml / 0.5fl.oz Sikit ??? Ohh tidak , banyak tau sebab guna hanya sikit je. Tak payah banyak-banyak. Botol pun nampak elegen dan mudah serta praktikal untuk digunakan dan dibawa kemana-mana . Tengah drive , tengah tengok wayang , nak tidur ... boleh sapu hihihi.



Ye , pump sikit aje Refinity Acne Hydrogel lepas tu kita sapu , urut perlahan-lahan pada jerawat yang nak kita hilangkan. Pastikan cuci bersih dulu muka tu dan lap kering .Jangan risau tak melekit pun , sekejap je meresap . Dah nama pun hydrogel kan. Bau pun tak kuat sangat. Mild aja...fresh. Dah siap sapu biarkan aja , seeloknya pakai masa waktu pagi atau sebelum tidur. Keesokannya uols boleh tengok hasilnya. Sangat sesuai dan bertidak pantas pada kulit sensitif dan bermasalah.



Ni aku sapu dalam masa 7 hari macam gitu. Gambar sebelum tu nampak parut baru jerawat , besar pulak tu, bengkak lepas kena picit. Kat bawah tu ada jerawat halus huuu semua ada. Alhamdulillah jerawat halus tu tak jadi membesar , kering terus. Parut tu macam nak pudar... ye lah parut kotttt... mana boleh hilang sekelip mata kan. Tapi memang dapat rasa kulit muka kurang berminyak dan bersih. Suka sangay. Sekarang Refinity Acne Hydrogel antara barangan wajib dalam handbag. Tenyeh-tenyeh...jerawat hilang macam model pulak kan. Lagi berkesan guna sekerapnya huhu . Berbaloi lah harga RM90 sebotol tapi lagi jimat dan untung beli sekarang ada diskaun harga RM70 sebotol dan RM130 untuk dua botol Semua info dan pertanyaan boleh uols ke www.refinity.com.my


Testimoni berjaya pengguna Refinity Acne Hydrogel :




posted from Bloggeroid

Kenali Logo Halal JAKIM Yang Original

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut: Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan: Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak. Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak. Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak. Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan .

halalLOGO

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi: 

  • Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan. 
  • Perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang. 
  • Diikuti tulisan rumi “HALAL”. 
  • Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab. 
  • Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

So lepas ni kita mesti peka dan sensitif sebab sekarang banyak pihak yang tak bertanggung jawab mengmabil jalan mudah nak pasarkan produk mereka . kalau nak semak status Halal secara online boleh terus ke http://www.halal.gov.my/v4/index.php/my/direktori-halal?filter_name=&filter_category_id=0

REVIEW : Bajrangi Bhaijaan


Bajrangi Bhaijaan adalah filem Hindustan yang mencatat rekod box office tahun ini . Penjualan tiket mencecah  (US$49 million) worldwide hanya dalam minggu pertama tayangannya. Filem Bajrangi Bhaijaan  merupakan filem dari syarikat produksi Salman Khan sendiri iaitu Salman Khan Films diarahkan oleh Kabir Khan. Genre filem ni memang lain . Mesej utama adalah untuk menyampaikan semangat perikemanusiaan tanpa mengenal agama , bangsa dan negara . 


Salman Khan as Pawan Kumar Chaturvedi / Bajrangi 
Harshaali Malhotra as Shahida alias Munni 
Kareena Kapoor as Rasika 
Nawazuddin Siddiqui as Chand Nawab
 Kushaal Pawar as Chand Nawab's 
Cameraman Meher Vij as Rasia, Shahida's Mother 
Om Puri in a special appearance as Maulana Sharat 
Saxena as Dayanand, Rasika's father 


Mengisahkan Pawan Kumar Chaturvedi / Bajrangi  yang membantu Shahida si anak kecil dari Pakistan yang kehilangan ibu bapa . Shahida ni kanak-kanak istimewa sebab dia tak boleh bercakap . Yang ni buatkan lagi filem ni lagi best , bagaimana Bajrangi bersusah payah berkomunikasi dengan Shahida bagi membantunya mencari jalan pulang. Shahida ni memang comel , memang ada gaya anak Pakistan . Mutu lakonannya pun sangat bagus , walau tiada dialog pada mulanya , tapi sia berjaya mebawa wataknya dengan baik....sampai tersentuh lah hati kita. Menjadi sungguh penghayatannya. 


Kelainan filem ni lagi satunya adalah , kita takkan dapat lihat aksi romantik, seksi melampau , lagu jiwang haha. Heroin memang mantop.... Kareena Kapoor uolsss padan sesangat dengan Salman Khan. Makin gojes habaq hang. Watak Salman Khan pun menghiburkan, menggambar pemuda yang lurus , jujur tapi dalam masa yang sama pandai, bijak, baik, berani dan sadoooo




Dalam Bajrangi Bhaijaan kita akan dapat lihat Pakistan dengan dengan. Mungkin menyentuh sedikit isu agama terutamanya Islam . Korang boleh baca ulasan istimewa aku mengenai isu tu di http://bit.ly/1PC9LLf Kita dibuai dengan pemandangan , budaya dan gaya hidup Pakistan . Kalau India kita dah biasa tengok kan. Tapi mesej kemanusiannya yang nak disampaikan memang bagus dan sampai kepada penonton. Tak hairan lah menjadi filem terhit sekarang. Nanti akan ada scene Salman pakai purdah....jubah hehe  memang cute...bayangkan abang sado cuba jalan ayu. Dan pengakhiran filem ni sangat menyentuh hati bila Shahida yang bisu mampu menyebut nama Maman atau Pawan. Sedihhhh weeei . Recomended sangat filem ni kat korang tau. Download kan aje senang !!!

Harga Novel Serendah RM 5

Berita baik buat kaki novel di luar sana. Kebiasaanya harga sebuah novel diantara RM18 hingga puluhan ringgit . Tapi percaya tak kalau aku kata sekarang ada jualan istimewa novel terpilih dengan harga serendah RM 5 . Bukan itu saja siap ada diskaun harga sebanyak 50% - 70% hanya di bookcafe.com.my tak perlu berasak keluar , cuma beli secara online . Jimat masa , tenaga dan mudah. Bukan hanya novel , pelbagai bahan bacaan lain yang ada diskaun harga seperti buku motivasi , buku ilmiah , buku resepi dan perlancongan. Bukan itu saja , kalau beli banya boleh dapat hadiah eksklusif .







Jan 27, 2016

Bajrangi Bhaijaan Ada Scene Annoying ???

Bajrangi Bhaijaan antara filem hindustan yang menjadi boom di tahun 2016. Filem dari Salman Khan Film dibintangi oleh beliau sendiri berganding dengan si gojes Kareena Kapoor . Ini bukan filem jiwang terlebih tapi lebih kepada isu kemanusiaan tanpa mengenal agama , kasta dan negara. Pemuda India yang berusaha rela berkorban nyawa , masuk ke Pakistan yang merupakan musuh antara kedua negara demi nak mencari ibu bapa si Syahida anak kecil Pakistan.Jalan cerita memang mampat, padat, boom ...  jln cerita, lakonan mantopppp...si Syahida cute gile.... Rasika...gojes :-) sinematografi cantik, lagu cute dan chicky..... plot cantik...dapat lihat dengan lebih dekat Pakistan...tapi.. aku sensitif bila part scene yang menggambarkan Islam. Sama pendapat macam blogger kacak kita. Korang boleh baca ulasan versi beliau di www.bonikacak.com






Aku tak pasti sama ada itu ritual syiah, sufi atau seangkatannya. Tapi jelas Islam tiada yang menggunakan asap, tali niat ikat di pagar, syair memuji Ali melebihi Nabi Muhammad... dan korang boleh tengok sendiri. Part tu just abaikan... Nauzubillahiminzalik.... pastikan ada pengawasan orang dewasa bila menonton filem ini , terutama anak-anak. Tapi mesej yang nak disampaikan memang mengena , menusuk dalam jiwa. Take it positive . Dan yang best tiada scene heroin berbikini lagi seksi. ted from Bloggeroid

Jan 26, 2016

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih


Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)


Masakan Original Thai Halal, Sedap Dan Murah Di Kota Damansara

Thai food atau makanan / masaksn Thailand memang menjadi kegemaran aku sekeluarga. Kali ni nk share experience kami menjamu selera di Restaurant Thai Rama di Kota Damansara. Opppsss ini bukan review berbayar ok. Kalau sedap, aku review . Kalau tak sedap review jugak haha. Kebiasaannya susah nak cari masakan Thai yang pure dimasak oleh chef atau tukang masak Thai dan bahan asli Thai... tapi di Restaurant Thai Rama ni dijamin original dari Thailand dan ianya Halal.





Sempat lagi ber sawadeekap dengan waitress ni. Memang pelat Thai cakapnya hehe tapi berjaya terangkan menu dengan bagus. Jangan bimbang walaupun pure Thailand, harga yang ditawarkan serendah RM7.90 untuk satu set makanan tengah hari. Wahhhh murah tu. Sedap ke ??? Banyak ke ? Kenyang ke ? Ha tu korang kena stay tune baca entry ni ok.






Sebelum tu kita layan menu dulu. Menu tersusun mengikut kategori seperti appetizers, main course, dessert, soup , salad dan sebagainya. Aku kalau masakan Thai memang aku fokus pada pilihan kerabu dan dessert. Tapi kami order yang set saja sebab rushing ke event lain.




Pilihan Cik Suami Thai Chicken Dried Chilli Fried wahhh cantik kan. Nasi berbentuk bintang, diwarnakan dengan sedikit hirisan cili besar, side dish ada daun salad , timun , telur dadar dan sup tomyam. Memang best. Sedap cuku rasa.




Mix Padprid memang dapat rasa bahan tumisan Thai. ayam, daging dan seafood yang segar dan tidak over cook. Memang banyak... habis nasi siap boleh ratah lauk. Siap berkongsi dengan anak-anak lagi. Sangat recommended kat korang, service bagus, harga berpatutan, halal, bersih dan selesa. Next time nak datang makan lebih santai tak mau rushing. Tak best huhu


Restaurant Thai Rama

17, Jalan PJU 5/12 ,
Dataran Sunway,
Kota Damansara ,
47810 Petaling Jaya.
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign