Feb 27, 2016

Resepi Aiskrim Sumi / Jelly

Resepi Aiskrim Sumi / Jelly antara carian terhangat sekarang. Kira aiskrim popular 2016 hehe. Kalau tak silap ia resepi yang dikongsi disebuah group masakan di Facebook iaitu Masak Apa Hari Ini Kalau blur nak masak apa boleh lah uols ke page tersebut ok. Aiskrim sumi / jelly ni unik menarik sebab ada sumi / jelly di dalamnya. Nampak colourfull sesangat.



Bahan - bahan :

3 paket sumi / jelly
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
secubit garam



Cara penyediaan :

1. Masak susu cair, susu pekat, air dan garam dalam periuk hingga mendidih. Tutup api, sejukkan sebentar.

2. Buka dan asingkan sumi / jelly di dalam bekas. Kalau nak hancurkan pun boleh. Aku hancurkan bagi nampak gojes hehe. Kalau nak tambah buah dalam tin, nata de coco pun sedap.

3. Sudukan sumi / jelly ke dalam plastik aiskrim secukupnya. Nak lagi senang guna jag. Kemudian masukkan campuran susu tafi, ikat, goncang dan baringkan atas pinggan supaya sumi / jelly tadi serata.

4. Bekukan dan sedia dimakan. Kanak-kanak memang suka. Bagi yang berdiet tak sesuai, sebab manis dan tinggi kalori. Nak rasa boleh je sikit :p Rasanya lebih kurang koktel

posted from Bloggeroid

Feb 25, 2016

Red Velvet Cake Tersedap Di ARTISAN COFFEE BAR

Red Velvet Cake antara kek yang menjadi kegilaan aku selain choclate, cheese dan green tea cake. Red Velvet adalah kek yang krimnya diperbuat daripada creme cheese frosting. Warna merah je kek ni tapi dalamnya ada campuran serbuk koko. Memang best.... Sebelum ni biasa beli di SR aja, tapi kali ni rezeki mencuba red velvet dari Artisan Coffee Bar




Red Velvet Cake dari Artisan Coffee Bar ni besar tau, harga dalam RM12 , sampai tak larat habiskan. Makan pulak sengsorang. Kek nya moist je, creme cheese frosting pulak sama rata je, tak adalah tebal atau nipis. Sedapppp. Air pulak aku minum Lemonade & Lengkuas sebab macam unik je :-)





Rasa nya memang refreshing, ada rasa soda, lemon dan lengkuas. Baik untuk buang angin dan penghadaman. Sebotol dalam RM11 . Memang lain dari lemonade yang biasa.




Besar kan kek tu, sudu punya sudu tak sampai separuh makannya. Wihuuuu. Sangat recommended pada korang yang gila coffee dan kek, selain red velvet macam-macam kek ada, cheese, chocolate, brownies dan lain-lain selain environment yang selesa, cool dan servis yang cepat, bersih dan mesra.



Artisan Coffee Bar

Coffee Shop Bangsar Baru
Level UG (Bangsar Village II)
59100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

posted from Bloggeroid

SABUN BIDARA PLUS Merawat Kulit & Masalah Gangguan Sihir

Kali ini akan ku kongsikan satu artikel review mengenai Sabun Bidara Plus kerana keistimewaannya yang terbukti berkesan merawat masalah kulit dan merawat serta mengurangkan masalah gangguan jin, sihir, saka dan sebagainya. Ini kerana Sabun Bidara Plus dihasilkan pengamal perubatan Islam yang bertauliah dengan menggunakan herba semulajadi dan sunnah.




Sabun Bidara Plus adalah 100% herba seperti minyak zaitun, minyak habbatus sauda, daun bidara dan lain-lain serta minyak semulajadi. Tiada mengandungi ALS, SLS, paraben, pewarna, dan pewangi tambahan . Beribu testimoni berjaya yang dikongsika. Kalau nak tahu, Sabun Bidara Plus menerima permintaan tinggi dari Indonesia, Singapore, Malaysia dan Brunei.






Khasiat Sabun Bidara Plus :

Mampu mencantikkan kulit muka, melembapkan kulit, dan merawat kulit yang bermasalah seperti jerawat, gatal-gatal.Selain itu, ia juga terbukti dapat mengurangkan kesan penyakit atau masalah yang disebabkan gangguan jihir, 'ain'saka dan sihir. Selain mampu merawat :

- Jerawat/Jeragat
- Kegatalan/ruam
- Ekzema/Psoriasis
- Kulit kering/
- Badan sering letih
- Susah hendak tidur
- Masalah perhubungan antara suami & isteri
- Sering ditindih/diganggu ketika tidur
- Sering sakit kepala
- Menghilangkan bau badan




Sabun Bidara Plus ni besar sabunnya, kalau nak jimat boleh potong. Guna macam sabun biasa, tapi ia tak sama dengan sabun yang biasa, tak mengeringkan kulit, bau pun tak kuat, bau yang sangat natural. Buih pun halus dan lembut , mungkin sebab shear butter tu kan, kaya dengan Vitamin A dan E. Alhamdulillah masalah kulit badan tak ada, so aku guna sebagai shampoo, best. Ya boleh guna sebagai shampoo juga kalau ada masalah gatal kulit kepala atau sering pening. Boleh digunakan seisi keluarga. Dapatkan segera tau, sokong produk Muslim :-)


Harga :
RM 35.00 (sm)
RM 40.00 (ss)
$ 20.00 (s/b)

Alamat :
2-2, Jalan 4/4c,
Desa Melawati
53100 Kuala Lumpur

Tel :
+6019-263 5500

Instagram :
https://www.instagram.com/sabunbidaraplus/

Facebook :
https://m.facebook.com/sabunbidaraplus/

posted from Bloggeroid

Feb 23, 2016

Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA

Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA
Tarikh GA 22.02.2016-29.02.2016

Steamboat BBQ Buffet 3 Dalam 1 The Best In Town

Steamboat BBQ Buffet 3 dalam 1 ??? Ya, biasa restoran steamboat menyediakan hanya steamboat dan grill tapi di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan lain daripada yang lain. Baru-baru ini Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan telah memperkenalkan konsep terbaru iaitu steamboat, grill & pembakar arang BBQ . Alhamdulillah dijemput pihak D'Kayangan bagi merasai sendiri pengalaman menjamu steamboat, grill dan pembakar arang batu. Kiranya dah masuk 5 kali makan di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Memang lokasi steamboat terbaik di Shah Alam. Korang boleh baca antara entri review berkaitan D'Kayangan
www.mamadarwiish.com/2015/08/d-bbq-grill-steamboat-shah-alam-review.html



Konsep terbaru ini diiringi dengan beberapa menu baru yang tentunya lazat dan menarik. Antara menu utama yang terbaru adalah skewer . Memang sesuai dimasak menggunakan pembakar arang BBQ. Apa yang menariknya, dengan menggunakan pembakar arang BBQ ni, kita tak perlu lagi menggunakan sebarang marjerin atau minyak. Kan dah sihat dekat situ. Selain kita dapat menikmati bau dan rasa barbeku smokey taste yang menyelerakan. Antara pilihan skewer yang disediakan adalah skewer daging berempah, skewer udang cilantro pepper, skewer daging kicap, skewer sotong pedas cilantro, skewer ikan dori berempah dan banyak lagi. Ianya dihasilkan oleh cef yang 25 tahun berada dalam bidang kulinari.






Antara menu baru yang lain adalah otak-otak, ikan pari assam nyonya bersama sos air asam, kepak ayam berempah Otak-otak memang best.... ikan pari tu pun best, cicah dengan air asam. Memang rambang mata, semua nak makan, tapi ingat JANGAN MEMBAZIR , ambil sikit-sikit, nak lagi boleh tambah....nama pun buffet kan hihu.







Salah satu sebab Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan menjadi tumpuan peminat steamboat adalah kerana pilihan makanan laut yang disediakan tersangatlah banyak, segar, besar dan sedap. Macam-macam ada, sotong, ketam, kerang, lala, pahat, ikan, udang Sayuran pula hijau, segar semuanya, begitu juga beraneka jenis mee yang boleh dipilih selain makan siap masak seperti nasi goreng, mee goreng, nasi lemak, bihun goreng, rendang Dan yang paling win kambing golek pun ada ok






Icy Monster merupakan pemanis mulut terbaru. Ala-ala sorbet gitu. Sedap, sejuk tekak, ada perisa coklat, laici, dragon fruit, jagung, assm boi selain buahan, rojak buahan, kek, abc dan aiskrim. Ok jom makan....





Untuk memasak skewer ni tak perlu lama-lama cukup dalam 3 minit, kalau macam ikan pari tu 6 minit. Memang menaikkan selera bila terbau asap skewer dari pembakar arang ni. Semua sedap, sangat recommended udang pedas cilantro, otak-otak dan dori cilantro.









Oh ye korang kalau makan di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan korang bepeluang menang tudung Fareeda dalam acara lucky draw setiap hari Jumaat, Sabtu, Ahad. Alhamdulillah dalam majlis tu, cik abang kita menang hadiah, jawab soalan hihu. Jangan lupa bawa rakan dan family merasai keenakan menu terbaru di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan.



Harga :
RM40.20 (dewasa)
RM20.05 ( kanak-kanak)

harga termasuk GST

Lokasi :
No 1, Apartment Servis Sri Acapella, 
Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan.

Tempahan :
012 - 2971 091
017 - 3277 904
03 - 55234 979

Facebook :


#dkayangansteamboat
#dkygnsteamboat

posted from Bloggeroid

Feb 22, 2016

3 Barang Di Ensogo Buat Aku Tak Tidur Malam

ENSOGO antara online shopping yang popular masa kini. Tak terkecuali aku, memang akan rambang mata bila nak shopping di Ensogo. Apa yang bestnya shopping online ni, kita dapat jimatkan masa, tenaga, wang dan petrol. Tak perlu menghadap jam, tol dan berasak dengan orang ramai.  Ensogo boleh dikategorikan sebagai one stop center, maksudnya di suatu tempat kita boleh dapatkan pelbagai barangan, tak kisahlah dari pakaian, supplement, barangan kecantikan, fitness, perabot, barangan elektrik, kanak-kanak dan banyak lagi. Harga pulak memang terlajak awesome, boleh buat perbandingan sendiri. Itu belum cerita bab harga promosi, sales dan diskaun. 





Bagaimana cara shopping di Ensogo ?

Mudah sahaja, kita hanya perlu ke http://www.ensogo.com.my/ , kemudian kita daftar dan isikan maklumat yang diperlukan. Lepas tu kita boleh start shopping. Jangan risau, dijamin selamat berurus niaga di Ensogo. Cara pembayaran pun mudah melalui e-banking, paypal, bayar waktu terima dan lain-lain. Proses penghantaran pun hanya mengambil masa 1-3 hari bekerja. Dan kalau kita download aplikasi Ensogo kita akan dapat potongan harga sebanyak RM20.


Sampai tak tidur malam asyik mimpikan 3 barangan ni haha. Kalau ikutkan nafsu serakan semua barang nak aku beli. Tapi aku pilih 3 buat masa ni. Emmmm doakan murah rezeki dan termakbul lah hasrat dan impian aku ni ye. Jom tengok apakah barangan yang nak aku dapatkan dari Ensogo tu :



Herbalife F1, F3 & Tea sebab sekarang aku dalam misi menguruskan badan dengan nutrisi yang baik. Actually zumba class yang aku join sekarang pun fokuskan pada Herbalife. Memang banyak khasiatnya. Nak join ahli tak ada rezeki lagi. Harga yang ditawarkan di Ensogo pun murah, siap 3 item lagi siap dengan free gift yang tak tahan tu.


Morgan Pan & Grill sangat aku idamkan, nak pulak dalam mood berdiet ni. Macam aku penggemar steamboat, kalau ada pan grill & cooker macam ni senanglah nak masak steamboat dah jimat dekat situ. Design pun comel. Boleh grill dan boil. Umppphhh bestkan...feeling bbg di Korea pulak.





Philips hr7629 Food Processor antara wishlist aku dari dulu. Bila dah ada budget , ada je terguna hehe. Tak terbeli sampai sekarang. Aku suka dan nak food processor sebab ia akan memudahkan kerja memasak aku, jimat masa dan tenaga. Lengkap dengan blade yang berbeza, senang nak kisar daging ke, buat puri ke, cincang bawang dan sebagainya. Philips tu, jenama berkualiti dengan harga awesome .

Sebenarnya banyak lagi tawaran barangan yang menarik di Ensogo. Korang boleh tengok dan buat perbandingan harga, barulah jadi pengguna bijak :)






Hotline
+603 2022 0080








Feb 21, 2016

Selamat Tinggal Blogspot.Com

Hasrat nak menukar domain dari blogspot ke domain berbayar seperti dotcom dah lama terpendam. Asyik tangguh aje. Dah ramai blogger otai nasihat supaya tukar domain bagi mengelakkan masalah. Ye lah, rupanya dah banyak kes rakan blogger yang blog mereka tiba-tiba di remove pihak google. Cuak kan



http://www.mamadarwiish.com dah sekarang. Still maintain Mama Darwiish sebab banyak sentimental value dekat situ. Mudahan lepas ni lebih banyak rezeki review, copywriting, event dan sebagainya di blog ni. Jangan risau tiada apa yang berubah. Hanya domain :-) Oh ye harga nya RM45 untuk setahun, aku upah blogger Sheda Ucu yang buat. Alhamdulillah sekejap aja dan lancar. Mudahan lancar selancarnya. Amin

posted from Bloggeroid

Feb 20, 2016

Cerah Berseri Dengan SEKKISEI KOSE' Trial Set

Sekkisei merupakan rangkaian produk penjagaan wajah yang mengkhusus kepada pencerahan dan menyerikan wajah dari Kose' jenama terkemuka dari Jepun. Sebelum ini tak pernah lagi mencuba mana-mana produk dari Kose' , tapi Alhamdulillah baru-baru ini diberi peluang dari Butterfly Projects Malaysia untuk mencuba sendiri Sekkisei Kose' Trial Set secara ekslusif. Wahhh bestnya, sebab inovasi Jepun terutama dalam bidang kecantikan tak pernah mengecewakan. Feeling macam gadis Jepun la lepas ni.




Sekkisei Kose' Trial Set yang diberikan adalah special edition, bertuah sangat hehe. Dihasilkan menggunakan ekstrak tumpuhan semulajadi iaitu coix seed, melothria, anglecia Didatangkan dalam satu pouch pink yang cute , dengan satu gambar 'Setsuka' yang cute memakai kimono.
Terdiri daripada 5 item menarik dengan warna biru yang menceriakan. Antara item tersebut :

Sekkisei White Liquid Wash 20ml
Sekkisei Lotion 100ml
Sekkisei Emulsion 70ml
Sekkisei Clear Whitening Mask 10ml
Bihadagoyomi Mask 3pcs




Pam 1-2 kali Sekkisei White Liquid Wash di atas tapak tangan , kemudian tambah sedikit air dan cuci muka seperti biasa , gosok perlahan dan lembut , kemudian bilas bersih.

Bau memang best, bau natural, tekstur halus je. Tak rasa kering pun kulit muka , rasa lembut dan segar.






Sekkisei Lotion bertindak untuk menyegarkan kulit muka selain membuatkan muka lebih halus dan lembut serta cerah berseri. Mudah saja , guna kapas muka , kemudian tekap pada muka sama macam kita pakai toner. Tekstur tak sama macam lotion yang lain, warnanya jernih dan tidak melekit.

Kalau terlajak rajin , boleh lah seminggu sekali guna Sekkisei Lotion beserta Bihadagoyomi
Mask. Kalau guna mask ni, senang juga, rendamkan saja mask tu dengan Sekkisei Lotion sampai kembang. Pakai pada muka yang bersih 5-10 minit. Tak perlu dibilas.

Suka lotion ni sebab bau nya tak kuat, tak pedihkan muka. Muka pun terasa cerah, lembab dan anjal. Mask tu pulak saiznya kena dengan saiz muka wanita Asia.




Sekkisei Emulsion berfungsi melembutkan kulit muka, selain mencerahkan, pun sama pam 1-2 pam atas kapas muka, dan ratakan pada muka. Wahhhh bestnya bau... macam di spa.Tekstur halus, ringan dan mudah serap. Yang penting tak melekit.





Sekkisei Clear Whitening Mask antara item favorite aku hihi, maklumlah blackhead banyak, kulit mati pun meriah so dengan peel-of-mask ni tepek aja, tapi ingat elakkan terkena mata, bulu kenibg, bulu mata dan bibir.

Sangat best sebab masa nak cabut tak ada lah sakit sangat, tapi semua blackhead tertanggal. Bau pun mild aje.

SEKKISEI KOSE' Trial Set sangat practical, senang dibawa kesana sini terutama untuk kaki travel. Harga pun berpatutan hanya RM99 lengkap sampai mask. Selain kandungannya yang semulajadi , selamat dan natural. Kesan pun sangat awesome. Untuk lebih info :



Facebook Page :


Website :


Instagram :
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign