Mar 26, 2016

TC BOY Makanan Dalam Tin Yang Menyihatkan

Sebut makanan dalam tin, ramai beranggapan ia nya tidak berkhasiat dan tidak baik untuk dimakan. TC Boy merupakan jenama makanan dalam tin seperti tuna, salmon, sardin, baked beans dan kelapa laut yang diperakui Halal lagi menyihatkan kerana ia dihasilkan tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet tiruan, perasa tambahan dan MSG . Bukan hanya laris di Malaysia malah serantau Asia seperti Thailand, Singapore, Brunei, China dan Mesir.




TC Boy Tuna & Salmon :

- Tuna Chunky Flakes in Vegetable Oil
- Red Salmon Salad
- Tuna Sandwich Delite
- Tuna Real Mayonnaise
- Tuna Mayonnaise Spread Style
- Solid Tuna in Spring Water
- Tuna with Chilli Padi
- Solid Tuna in Vegetable Oil
- Solid Tuna in Sunflower Oil
- Solid Tuna in Brine

Kaya dengan omega 3, protein, kalsium yang sangat penting untuk keperluan tubuh badan selain ianya sangat rendah lemak. Sesuai untuk semua terutama yang pentingkan kesihatan dan sibuk. Dengn TC Boy dapat menjimatkan wang dan masa untuk menyediakan makanan. Boleh dipelbagaikan jenis masakan pulak tu.



Tortilla Wrap menggunakan Tuna Chilli Padi. Memang best dan berkhasiat. Rasa tuna yang segar. Selain itu boleh la cuba resepi lain macam nugget ke, bergedil, sandwich, dan banyak lagi. Nanti share resepi kat sini ok. Tunggu



TC Boy Sardines & Mackerel :

- Fried Mackerel In Chilli Sauce 155g
- Mackerel in Tomato Sauce 425g
- Sardines in Tomato Sauce 155g & 425 g

Sardin dan mackerel TC Boy banyak mengandungi Vitamin D dan B12 selain omega 3 dan protein . Yang bestnya kita boleh variasikan masakan dengan sardin TC Boy, kita boleh makan dengan roti, nasi atau pasta kerana rasanya yang sedap, manis, pedas dan berkhasiat.



Sedap kalau kita campurkan dengan kentang direbus empuk. Sedap makan dengan panas. Nanti kita nak cuba makan dengan pasta pulak mesti yummmy.

Baked Beans dan Sea Coconut pun mesti cuba. Memang sedap. Kalau macam kelapa laut tu sesuai untuk paru-paru, batuk, selesema. Selain rasanya yang segar dan enak. For more details www.tcboy.com
posted from Bloggeroid

Mar 25, 2016

Resepi ROTI SARANG LEBAH

Resepi ROTI SARANG LEBAH memang ramai tengah duk google. Roti Sarang Lebah adalah roti ban yang seakan sarang lebah, ditaburi dengan kuaci, almond dan kekacang yang disertakan dengan sos butterscotch yang super sweet, berkrim dan manis. Lebah kan sinonim dengan madu, jadi sos nya kenalah manis seperti madu.



Yang ni aku beli aje RM 7 untuk anak-anak sarapan dan minum petang. Tak sesuai untuk yang berdiet sebab tinggi kalori. Tapi nak rasa boleh je. Resepi boleh cuba resepi ini www.azlitamasammanis.com/2015/01/roti-sarang-lebah-lembut-gebu-dan.html?m=1
posted from Bloggeroid

Mar 24, 2016

The Chicken Rice Shop Sunway Pyramid Jauh Beza Dengan Aeon Anggun Rawang

The Chicken Rice Shop memang terkenal dikalangan penggemar nasi ayam. Dari nasi , ayam dan hidangan sampingannya yang sedap lagi menyihatkan membuatkan kami sekeluarga suka makan di TCRS. Kalau di Rawang ni, hanya ada di Aeon Anggun. Rawang. Tapi memang lama dah tak pergi. Tak silap, last makan di sana Ramadhan yang lepas. Kecewa dengan servis yang lambat, tak mesra pelanggan selain kebersihan yang kurang. Platting pun tak lengkap dengan garnishing yang sepatutnya. Berbeza dengan The Chicken Rice Shop di Sunway Pyramid. Membuak-buak rasa nak makan dengan persekitaran yang bersih, servis cekap dan yang penting hidangan sedap, cantik dan sama garnishing macam dalam menu hihi.



Itu dia bos besar dan bos kecik. Bersiap sedia nak makan hehe. Penuh meja. Jangan tak habis sudah.





Hidangan wajib roasted chicken dan honey bbq chicken sekali dengan oysoyster sauce park choy dan sup bebola. Memang menyegarkan. Ayam memang tender, moist, juicy dan sedap. Sambal cili pun awesome.




Bagi starter kami order kerabu mangga dan semestinya pai tee yang super fresh dan crunchy.
Alhamdulillah.... puas makan. Diharapkan TCRS Aeon Anggun Rawang dapat menaikkan mutu perkhidmatan. Tak adalah kami peminat nasi ayam ni pergi jauh-jauh lagi hihi.


THE CHICKEN RICE SHOP SUNWAY PYRAMID

3, Jalan PJS 11/15,
Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia

posted from Bloggeroid

Mar 23, 2016

Dynamax18 Rahsia Kekal Fit & Cergas

Wahhh dekat nak raya ni, bersungguh-sungguh masing-masing nak tampil kurus dan fit. Tapi ingat dalam nak kurus tu, kena pastikan tahap kesihatan kita di tahap optimum. Jangan sampai membahayakan diri. Dynamax18 antara supplement menjadi pilihan ramai untuk menguruskan badan, meningkatkan kecergasan serta menajamkan fokus. Kalau nak tahu , Dynamax18 merupakan supplement pilihan mereka para atlet dan profesional.





Yang menariknya dengan Dynamax18 adalah ia didatangkan lengkap dengan shaker dan tshirt ekslusif pada satu harga. Selain khidmat nasihat serta aturan pengambilan selepad belian kepada pengguna. Jadi, kita tak perlu risau, kalau ada sebarang kemusykilan tentang pengambilan Dynamax18 , boleh terus berhubung dengan mereka.



Kandungan Dynamax18 :

Maltodextrin, Sipernat, Sucralose, L-Carnitine, Citric Acid, Dextrose, Caffeine, Vitamin C, Arabic Gum, Acaiberry, Cinnamon, Rock Salts, Dates, Green Tea , Blueberry Flavour

Wahhh perisa blueberry, mesti sedap kan. Patutlah berkesan sebagai pembakar lemak sebab ada acaiberry, arabic gum, green tea dan kurma yang cukup mengenyangkan. Tak sabar nak rasa .





Cara Pengambilan Dynamax18 :

Caranya mudah saja, hanya campurkan 1 scoop Dynamax18 dengan 100 - 150 air sejuk , dan shake. Disyorkan minum semasa perut kosong iaitu sebelum sarapan, sebelum melakukan workout pada sebelah petang.

Pengambilan Dynamax18 tidak boleh melebihi 4 scoop sehari. Jangan minum 6 jam sebelum tidur. Banyakkan minum air kosong dan amalkan gaya pemakanan yang sihat.



Setakat seminggu minum Dynamax18 memang dah rasa kesannya, setiap pagi akan lawas membuang , badan pun jadi lebih bertenaga. Nak pulak kalau minum sebelum zumba , aerobic memang banyak berpeluh, badan ringan je. Kalori pun rendah je 127kcal setiap hidangan dan 0 lemak. Memanf menyihatkan. Boleh dapatkan segera Dynmax18 dari pengedar sah atau direct daripada Dynamax18



DYNAMAX18


Facebook :



Instagram :



Email :

eighteenworld18@gmail.com
admin@dynamax18.com.my


contact : 
017-6048354
013-3808354


posted from Bloggeroid

Mar 21, 2016

Tips Tambahkan Susu Badan Dengan UMIL Mothers Care Milk Booster


Pengalaman dan peluang untuk menyusukan bayi tak semua dapat dirasai oleh para ibu. Tak semua ibu diberikan kurniaan susu badan , ada yang menghadapi masalah susu lambat keluar, susu kurang dan sebagainya. Dengan UMIL Mother's Care Milk Booster InsyaAllah dapat membantu para ibu hamil dan ibu yang menyusukan menambahkan penghasilan susu ibu yang lebih banyak dan berkhasiat. Rugi kalau para ibu tidak mencubanya kerana pengalaman menyusukan bayi amat menarik dan amat dituntut oleh Islam selain banyak manfaatnya kepada si ibu dan bayi itu sendiri. Antara kebaikan menyusukan anak adalah :

  • Merapatkan hubungan si ibu dan si anak
  •  Lebih menyihatkan, selamat dan menjimatkan
  • Menjadikan bayi lebih kuat sistem imun
  • Menjadikan bayi lebih pintar
  • Mengurangkan risiko kanser rahim dan payudara
  • Mempercepatkan proses pengecutan rahim ibu dan banyak lagi





  
Tips Tambahkan Susu Badan Dengan UMIL Mother's Care Milk Booster






UMIL Mother's Care Milk Booster merupakan minuman perasa coklat berbentuk serbuk yang dihasilkan bagi membantu penghasilan susu ibu yang disahkan dan diluluskan Halal dari JAKIM dan KKM. Merupakan produk buatan Muslim. Aku suka dengan packaginya yang bertemakan warna pink dan ada scatch gambar ibu dan baby, so cute kan. Apa yang menariknya ia sesuai diamalkan oleh ibu yang menyusukan bayi 0-24 bulan malahan sesuai untuk si ibu yang sedang hamil.

Bahan-bahan :
Cocoa Powder, non-dairy milk powder, sugar, chochlate flavor, foamier, whey powder Halal, fenugreek powder, dactylifera powder



UMIL Mother's Care Milk Booster didatangkan dengan 600 gram serbuk koko perasa coklat beserta scoop. Jadi kita hanya perlu bancuh mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Sebelum tu jom baca tentang kepelbagaian khasiatnya kepada si ibu dan bayi .


Khasiat Untuk Ibu Hamil & Menyusukan :
  • Menggalakkan penghasilan susu badan
  • Memberi rasa kenyang berpanjangan dan kekal bertenaga
  • Membekalkan zat besi dan mineral yang secukupnya
  • Menyihatkan perut dan kolon
  • Mengurangkan kadar kolestrol
  • Membekalkan kalsium serta menguatkan gigi dan tulang
  • Mencantikkan serta menggebukan kulit
  • Menganjalkan payudara
  • Mengeratkan hubungan ibu dan anak

Khasiat untuk bayi 0 – 24 bulan :

  •  Menambahkan IQ dan kecergasan otak
  •  Membantu pertumbuhan tisu saraf 
  • Mengurangkan risiko jangkitan telinga
  • Menjadikan kulit mulus dan bersih
  • Mengurangkan risiko penyakit Enzyme dan alahan kulit
  • Melawaskan kenciMengurangkan jangkitan saluran kencing
  • Menajamkan penglihatan
  • Mengurangkan risiko Jaundis
  • Menyihatkan usus dan sistem pencernaan
  • Mengelakkan kembung perut, cirit birit, alergik dan sembelit
  • Menguatkan otot dan tulang
  • Kuat sistem imunisasi








Cara penyediaan UMIL Mother's Care Milk Booster :

Mesti korang semua suka, sebab ia mengandungirasa koko yang sangat sedap dan tidak memuakkan. Hanya bancuh 2 scoop / 30 gram serbuk UMIL Mothers Care dengan 170 ml air suam, boleh diminum sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam. Disyorkan untuk mengambilnya 3 kali sehari bagi mendapatkan hasil optimimum. Tiada pantang larang yang khusus semasa mengamalkan UMIL Cuma perlu kurangkan minuman berkafein dan banyakkan minum air masak sekurangnya 3 liter sehari.

Alhamdulillah hampir 2 minggu merasai sendiri kelazatan dan khasiat UMIL Mothers Care Milk Booster, memang dapat rasa penambahan susu badan, tak payah risau dah walaupun usia baby Isabella mencapai umur 1 tahun 8 bulan, susu Alhamdulillah meriah, dan paling best memang ia mengenyangkan, sangat mebantu proses diet tanpa memberi risiko pada si baby dan 99kcal sahaja kandungan kalori bagi setiap hidangan. Sangat rendah lemak dan menyihatkan.



Bagi ibu hamil dan yang menyusukan diluar sana, jika berminat untuk mencuba dan berikhtiar menambah susu badan boleh dapatkan UMIL Mothers Care Milk Booster harga RM 80.00 (sm) dan RM 85.00 (ss) serta $55 (Singapore / Brunei) Nak lagi jimat boleh terus beli 3 kotak dengan harga RM200 sahaja !!!!




UMIL Mother's Care Milk Booster


Fanpage :

Instagram :

Email :

Hubungi :
019 – 3000 793
019 – 6473 938

Mar 18, 2016

Jom Daftar SBB2016

SBB2016 atau Sepetang Bersama Blogger 2016 bakal berlangsung April ini. Satu event terbesar yang bakal menghimpunkan para blogger dan aktivis sosial media tanpa mengira niche, kelab, persatuan dan populariti. Semuanya berkumpul menjadi satu. Memang event yang dinantikan setiap tahun, tak terkecuali aku. Tahun lepas di adakan di Putrajaya, pada tahun ini bakal berlangsung di tengah Kuala Lumpur.



Yuran pun tetap maintain macam tahun lepas hanya RM30 seorang beserta tshirt. Tahun ni anak-anak berumur 12tahun hanya dibenarkan masuk jika nak bawa mereka. Para penaja pun meriah tahun ni. Rak sabar nak bertemu rakan blogger dari seluruh negara. Confirm meriah. Jom daftar di http://sbb.my Jumpa di sana

posted from Bloggeroid

Mar 8, 2016

Makan-Makan Di IKEA CHERAS

IKEA CHERAS antara lokasi hangat terjahan orang ramai ye dokkk. Hahatak terkecuali aku. Alkisah last week En.Suami ajak ke sana, katanya nak mencari plastic box untuk company. Cari dekat kedai plastik memang payah dapat yang cantik, dan kaler putih... Ikea juga pilihan bijak. Promo dah macam dapat royalti ngeh2. Kalau ke Ikea memang tak sahlah pekena bebola daging tu.... meetball kata orang puteh :P Anak-anak dengan En.Suami je layan meetball, chicken wing semua, aku layan salad je, diet kononya, tapi tercuri juga sikit meetball dorang bahahahahaha


IKEA Meatball 


IKEA meetballs with pasta


IKEA Fresh Salad

Peeling Skin Treatment Di PRIMIER CLINIC

Kecantikan dan kesihatan amat penting, tak kira bagi kaum wanita dan lelaki. Bagi mendapatkan rawatan, kita perlu berjumpa dan mendapatkan rawatan dari mereka yang betul-betul diiktiraf dan terlatih. Alhamdulillah minng yang lepas diundang pihak PRIMIER CLINIC bagi mendapatkan rawatan. Primier Clinic memang tidak asing lagi bagi mereka yang memntikkan kesihatan dan kecantikan. Primier Clinic merupakan klinik yang menawarkan rawatan estetik yang terbaik di Malaysia daripada mereka yang terlatih dan profesional bagi membantu pesakit. Pelbagai perkhidmatan dan rawatan yang disediakan seperti rawatan pelangsingan badan, menyembuhkan luka dan bekas jerawat menggunakan laser dan banyak lagi. Uolss boleh baca lebih detail mengenai pakej tersebut di Rawatan Primier Clinic


Memang excited bila mendapat invitation ni. Berdebar pun ada, bukan apa muka memang tengah bermasalah, segan pun ye juga. Dah lama tak buat facial treatment. Dalam masa yang sama exited nak berjumpa dengan mereka yang pakar dan mengetahui lebih detail mengenai permasalahan dan cara rawatan dan penjagaan yang sesuai untuk aku.


Jangan bimbang sekiranya kita blur untuk memilih rawatan mana yang harus kita pilih kerana doktor sendiri akan melihat, menilai masalah kita terlebih dahulu. Macam aku memang masalah jerawat lah kan. Doktor mengesyorkan aku menjalani Peeling Skin Treatment memandangkan jerawat aku sedang meriah dekat muka. Doktor bagitahu punca dan sebab berlakunya jerawat, disebabkan hormon, pemakanan, dan keadaan kulit muka aku yang berminyak yeng menyebabkan pori muka tersumbat seterusnya menghasilkan jerawat selain sel kulit mati yang mula terhasil.

Kelebihan Peeling Skin Treatment :

  • Membuang sel kulit mati
  • Menghapuskan kuman / mengawal penghasilan minyak berlebihan
  • Melembutkan dan menghaluskan kulit wajah
  • Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru



Proses membersihkan wajah

Sapuan trichloroacetic acid (TCA) 

Peeling Skin



Peeling Skin Treatment menggunakan trichloroacetic acid (TCA) peel yang merupakan bahan original dan asas dalam proses peeling / pengelupasan ini. Ia tidah membahayakan manusia tapi membantu melembutkan sel kulit yang bakal di peel / pengelupasan. Dalam proses ni, memang muka ada sedikit rasa pedih dan terbakar yang sedikit, sebab tu pembantu doktor anginkan muka dengan kipas comel tu bagi mengurangkan rasa terbakar dan pedih. Macam aku tepi hidung je yang pedih, kata doktor kalau pedih bermaksud kawasan tersebut terlalu kering.  Kemudian, doktor pun peel kulit menggunakan alatan khas, ok je tak sakit, best pulak hehe. Last sekali doktor sapukan sunblock supaya kulit muka lebih terlindung, lembab dan sihat. Kesan yang optimim boleh dilihat selepas 2-4 kali rawatan. Rawatan ni memang sesuai untuk wanita mahupun lelaki. Antara nasihat doktor :

  • Jaga pemakanan / gaya hidup sihat
  • Guna rangkaian penjagaan wajah yang kurang alkohol 
  • Rajin buat treatment wajah
  • Jangan picit jerawat
  • Pakai sunblock bila lakukan sebarang aktiviti luar




Oh ye, harga bagi setiap rawatan pula sangat berpatutan dengan hasilnya. Uols boleh survey harga di Harga Treatment Primier Clinic tak rugi buat rawatan di Primier Clinic, pasti uols puas hati.



PREMIER CLINIC

TTDI Branch
No 31 Jalan Wan Kadir 2,
Taman Tun Dr Ismail (TTDI),
60000 Kuala Lumpur.
* Same row as Pizza Hut and next to Maxis and Digi Centre

BANGSAR Branch
40 Jalan Telawi Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur.
* Same row as Post Office and next to Raj Banana Leaf mamak stall

Clinic Hour 
Open : Tuesday - Saturday (10.00 am - 7.00 pm)
Closed : Sunday / Monday / Public Holiday

Phone Contact : 012-662 5552
Email : contactus@premier-clinic.com

Website Dr Elaine Chong : www.beauty-clinic.com
Facebook : Premier Clinic
Instagram : premier_clinic

Mar 7, 2016

Mama Darwiish Di Majalah URTV

Wahhh bajet retis kau Mak Jemah haha. Masuk majalah URTV dah kenapa. Hari tu kan ada sertai event meet & greet with Azriel si pelakon Isteri VS Tunang tu, masa tu ada wartawan dari majalah URTV so disitulah terselitnya Mama Darwiish bersama rakan blogger yang lain. Kalau uols nak baca entri tu boleh klik www.mamadarwiish.com/2015/12/sepetang-bersama-meet-greet-pelakon.html?m=1



Ikhsan foto dari blogger Sally Samsaiman & Aqilah Azmi tak sure terbitan yang keberapa hehe, full face bak kata Sally hehe, depan Mama Darwiish tu manager Azriel . Kalau korang tau terbitan keberapa bagitahubye, nk potong isi dalam frame kahkah n kah
posted from Bloggeroid

Mar 3, 2016

Pretz n' Beanz | Review

Pretzel antara makanan carian paling hot sekarang. Dah lama teringin nak merasa pretzel ni. Apa pretzel tu ? Pretzel merupakan roti pastri yang berasal dari German yang dipintal bentuknya. Kiranya ini first time nak bertemu dan merasa pretzel. Pretz n' Beanz antara lubuk pretzel yang popular dikalangan penggemar pretzel dan kopi. Alhamdulillah minggu yang lepas, kami sekeluarga dan lagi 2 orang sahabat blogger diundang pihak Pretz n' Beanz bagi merasai sendiri mernikmati pretzel yang segar, enak serta handmade selain kopi yang berkualiti.





Sebelum kita bercerita mengenai keenakan pretzel di Pretz n' Beanz , jom kita nikmati seimbas pemandangan di dalam Pretz n' Beanz. Sangat tertarik dengan konsep interior design yang mesra pelanggan dan selesa, sesuai untuk keluarga, perjumpaan perniagaan, lepak dan santai. Kalau nak open air pun boleh, ada bahagian diluar.




Menu utama di Pretz n' Beanz sudah tentunya pretzel dan kopi, tetapi jangan risau menu lain turut disediakan yang memang akan buat korang makan tak berhenti. Pretzel di Pretz n' Beanz lain daripada pretzel yang lain kerana ianya 100% daripada bahan semulajadi, tanpa pengawet, pewarna dan bahan terlarang dan semestinya Halal dan yang paling rare ianya buatan tangan dan hanya disediakan dan dibakar hanya apabila dipesan oleh pelanggan bagi menjamin kualiti, standard, kesegaran dan teksturnya. Terdapat 8 pilihan pretzel yang disediakan :

Origin :
Coated with Sea Salt

Plain :
Plain baked bread

Cinnamon Sugar :
Coated with Cinnamon and Brown Sugar

Sesame Sugar :
Coated with Sesame Seed and White Sugar

Chocolate Cookie Crunch : Coated with Chocolate Sauce and Crunched Cookies

Chocolate Peanut Crunch : Coated with Chocolate Sauce and Crunched Peanuts

Basil Cheese :
Coated with Mozzarella Cheese, Dry Basil Leaf and Sea Salt

Parmesan Cheese : Coated with Parmesan Cheese




Cinnamon Sugar Pretzel RM 6.25
Antara flavor pretzel kegemaran pelanggan disini. MasyaAllah besarnya pretzel di Pretz n' Beanz, hehe besar pada muka. Memang exited sebab ni first time nak rasa pretzel. Wahhh lembut, gebu pretzel ni. Bau cinnamon yang fresh, serbuknya halus dengan gula. Memang best, rasa manis gula diseimbangkan dengan cinnamon powder. Memang sedap.





Basil Cheese Pretzel RM 7.30
Yang ni pun MasyaAllah sedapnya, disalut dengan Mozzarella Cheese , basil dan garam. Rasa cheese yang tidak memuakkan sebab rasa basil yang segar. Oh ye bagi basil cheese pretzel ni, diberi pilihan dipping sauce yang super awesome. Antaranya caramel, chocolate tetapi yang sesuai dengan pretzel yang ini adalah sour cream dan cream cheese




Chicken Hawaiian Pretzel Pizza RM22.15
Kalau nak tahu istimewanya pizza ini adalah doh nya adalah doh yang sama digunakan untuk hasilkan pretzel. Sangat mewah dengan topping, sauce yang sedap, keju yang meriah. Anak-anak pasti suka sebab tak pedas sangat. Rotinya pizza nya pun lembut, gebu je....sedap sangat



Prawn Aglio Olio Spaghetti RM 17.90
Wahh meriah udangnya kan, fresh pulak tu. Siap ada kailan, mula macam pelik, tapi MasyaAllah sedap rupanya , ada rasa kombinasi Chinese dan Itali gitu. Pasta pun dimasak dengan sempurna, sedap dan agak pedas untuk anak-anak.



Royal Salmon Egg Benedict RM 26.40
Yang ni adalah menu top breakfast di Pretz n' Beanz, tapi jangan risau kalau tak sempat nak datang waktu breakfast boleh datang bila-bila masa sebab menu ni dibuka untuk sepanjang hari. Top sellers lah katakan. Mau tak geram tengok, salmon segar yang dimeriahkan dengan telur yang meleleh bila dipotong yummmy, sangat mengenyangkan dan memberikan tenaga kerana diiringi salad dan kepingan roti segar.





Chicken Con Carne Baked Egg RM 17.90
Ini antara menu terbaru di Pretz n' Beanz , mesti cuba tau. Sesuai pada korang yang suka pada satu menu lengkap, tak perlu side order lagi hehe. Sedap sesangat , telur yang dibakar bersama cili, ayam cincang, tomato dan kekacang, tak lupa cheese yang meriah, siap disertakan dengan dua plain pretzel beserta sayuran seperti barang saderi, lobak dan zucchini yang dipotong memanjang untuk dicicah dengan mayonis. Kira macam salad yang menyegarkan. Murah kan ....




Pretz n' Stew Beef Green Curry RM 17.90
Yang ni pun menu baru. Emmm masuk ke pretzel dengan green curry hehe. Itulah yang bermain dikepala aku. Sekali bila makan, tak boleh berhenti korang tau. Green Curry ni tak heavy dan tak memuakkan tapi kaya dengan rasa rempah dan lemak. Sedap bila dicicah pretzel yang lembut tu. Sedappppp . Daging pun lembut dan berjus lagi, pun sama disertakan dengan salad.


Latte RM 11.00


Green Tea Latte RM 11.90


Java Chips RM 13.90


Sparkling Soda Blueberry RM 14.70

Air semua pun sedap. Tapi recommended kat korang Green Tea Latte, mild je rasa dia. Lain dari yang lain. Secara keseluruhan Pretz n' Beanz memang memuaskan dari segi mutu makanan, platting, service dan environment memang best. Rasa makan dengan tenang, relax dan selesa. Cuma car park yang agak susah.Ohhh ye, kalau nak take-away , delivery pun boleh ye. Jangan risau pretzel dari Pretz n' Beanz mantain lembut dan gebu walau dipreheat. Selain dessert yang super awesome. Lain kali nak repeat, nak rasa kek pulak hihi.




Pretz n' Beanz 
22, Jalan Solaris 4,   
50480 Kuala Lumpur, Malaysia  

Phone / Order / Delivery :
-6204 9733 

 Email :
 pretznbeanz@pretznbeanz.com 

Website : 

Facebook :

  Opening Hours: 
 Monday – Thursday & Sunday [7.30am - 12.00am] Friday & Sunday [7:30 am - 1:00am]
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign