May 31, 2016

Bloggers Day With Esteemed Dermatologist and Hair Transplant Surgeon - Dr. Ruban Nathan



Minggu lalu berkesempatan menyertai Bloggers Day With Esteemed Dermatologist and Hair Transplant Surgeon - Dr. Ruban Nathan iaitu pakar dermatologist dan rambut bertempat di Nathan Skins Laser & Hair Transplant Center di Menara UOA, Bangsar. Memang teruja sebab dapat bertemu dengan Dr Ruban yang sememangnya pakar yang diiktiraf dalam bidang tersebut. Lokasi Dr Ruban's Skin & Hair Clinic ini terletak berdekatan dengan stesen tren. So mudah sangat untuk korang yang ingin berkunjung ke sini bagi mendapatkan rawatan mahupun nasihat dan rundingan.





Dr Ruban's Skin & Hair Clinic menawarkan khidmat dan rawatan seperti hair transplant surgery, laser removal of tattoos, scar, cancer, skin cancer sc dan banyak lagi menggunakan laser dan teknologi terkini.



Antara topik yang dibualkan pada hari tersebut adalah berkaitan Alopecia Areata ataupun masalah keguguran rambut dikalangan lelaki dan wanita di Malaysia yang sering dipandang remeh. Khusuk mendengar penerangan daripada beliau. Maklumlah bila pakar bercerita mesti disertakan dengan fakta yang sahih dan boleh dipercayai.




Punca berlakunya Alopecia Areata ( keguguran rambut : )

Selain daripada gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat, faktor persekitaran turut menjadi punca masalah rambut, selain :

- Faktor genetik
- Jagkitan kulat
- Anemia
- Gangguan tiroid ( kimoterapi )
- Ovari Polyaystre ( selepas hamil )
- Telogen Effluvium ( denggi )


Cara merawat Alopecia :

- Mengambil ubatan seperti Finasteridr, Minixidil, Dianez 25, Biotin dan Zink
- Mendapatkan rawatan daripada pakar untuk hair transplant



Hair transplant merupakan proses atau surgeri untuk mencantum dan menanam rambut di kawasan yang kurang atau tiada rambut. Hair transplant terdapat 2 jenis iaitu :

- Follicular Unit Transplant ( FUT )
- Follicular Unit Extraction ( FUE )

Di mana sampel rambut di ambik, dicantum kan kemudian disimpan di dalam plat sejuk sebelum proses menanam rambut / transplant. Lebih kurang 6 minggu perubahan akan kelihatan. Selain transplant, rawatan kulit pun ada disediakan seperti anti wrinkles, removal scar dan sebagainya.





Kami juga diterangkan dan ditunjukkan kepada mesin dan peralatan yang digunakan dalam hair transplant dan untuk rawatan kulit seperti untuk hair removal, CO2 Laser resurfacing dan banyak lagi. Untuk info lebih lanjut boleh ke :




Dr. Ruban's Skin and Hair Clinic

Address :
Unit 2-3A & 2-5 Level 2, Menara UOA Bangsar, No 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur

Contact :
03 2284 0557 / 03 2282 2388

Facebook :
https://www.facebook.com/DrRubans-Skin-Hair-Clinic-769706106424488/

Website :
http://www.drruban.com/

Operation hour :
9.00AM-5.00PM

posted from Bloggeroid

May 26, 2016

RM 55,000 berjaya dikutip daripada Roaster Chicken Run 2016

Sabtu lepas dijemput pihak Kenny Rogers Rosters (KRR) bagi membuat liputan khas dan merasai sendiri pengalaman Rosters Chicken Run (RCR yang ke 12 bertempat di Desa Waterpark Larian amal yang disertai lebih kurang 2138 pelari. Larian amal yang menjadi acara wajib KRR sejak 12 tahun yang lalu, dimana hasil kutipan jualan, derma dan sebagainya seperti makanan diagihkan kepada rumah anak yatim, gelandangan, rumah pemulihan, pusat pengagihan makanan dan orang susah.Memang kena awal bangun, sebab event bermula seawal jam 6.30 pagi. Memang meriah, sampai je memang dah ramai peserta yang hadir yang sudah bersiap sedia.





“The ROASTERS Chicken Run has been one of our significant events in our calendar. The success of this event can be seen by the response it continues to receive event in its 12th year. Seeing the supports Malaysians are throwing our way, gives us a sense of satisfaction to see that our objective of promoting healthy living, while giving back to the community has been achieved,” commented Dato’ Francis Lee, Group Executive Director of Berjaya ROASTERS (M) Sdn Bhd

“Through the amount of RM 55,000 raised from the event, we are glad to share that KRR will be reaching to a larger number of the needy ones by providing them nutritious wholesome meals as well as donating funds to various organizations through Food Aid Foundation,” added Dato’ Francis Lee.





Selesai sesi pendaftaran, kesemua peserta di minta melakukan warm uo atau sesi memanaskan badan sebelum bermulanya larian istimewa dari Celebrity Fitness memang best.




Derma dan sumbangan dari Roaster Chicken Run 2016 dikendalikan oleh Food Aid Foundation bagi mengagihkan lebih 2000 set Kenny's Chicken Meal kepada lebih 20 buah rumah kebajikan kanak-kanak dan orang tua.



Roaster Chicken Run 2016 terdiri daripada dua kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak. Memang masing-masing nampak bersemangat. Disamping dapat menyihatkan badan, boleh menderma lagi. Bagus kan acara-acara yang macam ni.





ROASTERS Chicken Run (RCR) telah berjaya mengumpulkan RM 660,000 untuk pelbagai agensi dan rumah kebajikan seperti, Little Yellow Flower Foundation, Tabung Kebajikan Pesakit HUKM, Pediatric Unit HUKM (Oncology), Unit TUTUR – Aural Rehabilitation Centre
for Hearing Impaired Children together with Yayasan Budi Peyayang Malaysia and House of Joy and Faith, Yayasan Sunbeams Home, Rumah Juara, Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Rumah Sayangan, Malaysian National Kidney Foundation – Dialysis Treatment for the Young, Rumah Hope, Rumah Kebajikan Anbu Illam, Rumah Charis Ti-Ratana Welfare Society, and Tabung Kebajikan Pesakit PPUKM – Young Diabetic Patients.

Lokasi ROASTERS Chicken Run 2016 ditaja Desa WaterPark. Antara penaja hebat lain adalah 100 Plus, Brooks, BCard, Berjaya Hotels & Resorts, Celebrity Fitness, Unilever Food Solutions, Starbucks, Sports Toto, Krispy Kreme, The Sun, Salonpas, RockTape, Dutch Lady, The Cocoa Trees, Fresh N Sqz, Super Asia, Delphi, and Nestle.


For more information, call 03-2119 9888 or visit http://www.krr.com.my or connect to http://www.facebook.com/krrmalaysia.

posted from Bloggeroid

May 25, 2016

Resepi Cream Puff Gebu & Mudah



Cream puff adalah dessert atau pemanis mulut yang berasal dari Perancis. Berasaskan doh pastri yang dibakar, yang kemudiannyan dibelah dan dipaip inti kastard, krim manis. Pastri ringan yang berongga membuatkan ia gebu, dan sedap dimakan. Resepi ini sebenarnya resepi pertama yang aku guna, untuk cream puff. Alhamdulillah menjadi dan boleh digunakan untuk membuat churros dan eclairs juga.

Resepi Cream Puff :

Bahan-bahan Doh :

125g tepung gandum
100g butter *
250ml air *
1st gula pair *
3 biji telur saiz A
1st esen vanilla




Campurkan kesemua bahan bertanda * di atas ke dalam periuk, masak sehingga butter cair. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan api sederhana. Masak sehingga terhasil lapisan halus di permukaan periuk. Lebih kurang 1-2 minit. Jangan sampai hangus. Sejukkan seketika.

Pukul telur bersama esen vanilla dengan garfu. Masukkan kedalam adunan yang telah sejuk tadi. Sebatikan menjadi doh yang lembik, lembut. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle berbentuk bintang. Tak kisah nak berapa mata. Kalau tak ada noozle pun tak apa.

Panaskan oven. Gris dulang atau guna baking paper. Paip kan sebesar ibu jari kaki, atau tak kisah besar mana. Tapi ingat puff ini akan mengembang dengan meriahnya. Tekan hujung yang tajan dengan jari supaya bentuknya cantik bulat selepas di bakar. Bakar dengan suhu 190-200°c selama 25-20 minit. Jangan buka oven sehingga tamat tempoh membakar untuk elakkan puff mendap. Puff yang masak adalah ringan dan tidak melekat pada tray.



Bahan-bahan filling :

2sb tepung gandum
2sb tepung jagung
8sb gula pasir
480ml susu segar
1st esen vanilla
sedikit pewarna kuning

Larutkan gula didalam susu, tambahkan esen vanilla dan telur sehingga sebati. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih. Masukkan kedua jenis tepung, kacau sehingga ia menjadi pekat, likat dan berkilat. Jangan sampai hangus. Biarkan sejuk, sebelum diisi ke dalam piping bag dan di paip ke dalam puff yang telah digunting bahagian tengahnya. Finishing dengan taburan gula icing.

posted from Bloggeroid

May 20, 2016

Cake Nozzle Dan Turntable Murah

Dah lama simpan hasrat nak beli set noozle dan satu turntable sendiri. Almaklumlah minat membaking semakin menebal. Selalu usha di bakery tools shop harga kedua benda alah ni memang mahal, mungkin sebab metarial dan konsep yang lebih kepada baker yang professional. Cari punya cari, google punya google akhirnya berjumpa juga dengan cake nozzle dan turntable yang murah yang setiap satunya berharga di bawah RM30. Murahhhhhhhh weh. Nak tau kat mana ? Kat mana lagi kalau bukan Lazada



Alhamdulillah tercapai juga hasrat. Ketiga barangan ni tak sampai seratus pun. Free postage lagi. Tapu kena tunggu lama sikit dalam 2 minggu sebab ianya diimport dari China. Aku beli set yang ada 24 nozzles, set tulips nozzles dan turntable. Nak beli jenama mahal macam Venice, Wilton tak mampu hehe. Harga satu pcs RM6 kalau fi bakeri tools shop. Mahal. Yang versi ni ok je. Sama je.




Set 24 nozzle tu kalau di kedai bakeri mencecah RM40, jenis yang sama. Yang ni RM27 je. Yang tulips nozzle tu dekat area sini susah nak jumpa. Tergoogle kek tulips, uyooo cantik. Apa lagi grab la. Harga RM27.



Perbezaan nozzle biasa yang beli di Lazada dengan nozzle mahal brand Wilton dan Venice adalah, yang mahal ada dicap nombor untuk membezakan jenis dan saiz nok. Yang biasa tak ada nombor. Dan yang biasa aluminum lebih nipis dan tak berapa nak berkilat berbandinh yang mahal. Tapi ok asalkan ianya stainless steel kan.Hihi



Turntable ni RM25 murah je. Tapi plastik la. Lebih ringan. Tapi berputar dengan lancar juga. Cuma dia rendah sikit dari turntable yang mahal. Boleh je untuk beginner macam aku. Alhamdulillah ni semua bermodalkan daripada duit hasil berblogging. Mudahan hobi baru ni bakal menambah kebaikan dan keberuntungan. Amin.

posted from Bloggeroid

Giveaway Spicy Ramen Challenge by Bajuwarnacoklat & Sponsor


Tamat 2/6/2016

Tagging : 

May 19, 2016

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)


Sally akan memilih 10 orang blogger menggunakan random.org.. 

Hadiahnya : 
5 keping poskad DIY by Sally
5 Key-chain/Fridge Magnet 

Mula : 12hb Mei 2016 (9.45pm) | Tamat : 20hb Mei 2016 (11.59pm)

Buffet Ramadhan SPRING GARDEN PUTRAJAYA



Buffet Ramadhan memang menjadi pilihan ramai untuk lokasi berbuka puasa yang bakal tiba. Alhamdulillah minggu lepas diundang pihak Tai Thong ke review buffet Ramadhan bertempat di Spring Garden, Putrajaya dengan bertemakan Sajian Nostalgia Kampung. Teruja kerana disamping berpeluang menghadiri sesi food review, kami sekeluarga boleh menikmati pemandangan menghijau dan udara yang segar kerana Spring Garden terletak di dalam Taman Botani. Memang dapat rasakan suasana yang tenang, damai lagi relax.



Dan yang paling menarik , Spring Garden terapung di atas air hehe. Wahhhh mesti best kan berbuka puasa nanti sambil menikmati pemandangan dan suasana yang menarik.




Credit Foto by http://www.ainulmustafa.com/

Terdapat dua bahagian , iaitu tempat makan di dalam yang ada air-cond, kalau nak lebih santai boleh pilih meja diluar. Boleh hirup udara segar dan lihat pemandangan tasik Taman Botani. Hiasan bertemakan Nostalgia Kampung gitu. Dan di Buffet Ramadhan Spring Garden Putrajaya juga turut dimeriahkan dengan persembahan ghazal dan nyanyian .


Kerabu Mangga
Kerabu Tomato , Tauge dan Kacang Panjang
Kerabu Bilis dan Tempe
Aneka Ulaman / Sambal / Kerabu

Nasi Beryani / Kari / Aneka Lauk-pauk

Wahhh bagi penggemar durian, di Spring Garden buffet ramadhan, korang boleh makan sampai puas.  Durian Buffet ni hanya ada pada hari minggu tau. Aneka pilihan nasi seperti nasi beriyani, rendang daging, ayam madu mamak, kari kepala ikan dan telur masak lemak . Terdapat juga mee goreng,  keaw teaw goreng dan nasi goreng cina serta lauk pauk yang menyelerakan.


Sate

Sotong Sumbat Bakar

Ketam Bakar dan Sotong Sumbat Bakar


Keistimewaan Buffet Ramdhan Spring Garden adalah dihidangkan dengan aneka makanan laut yang dibakar segar, ada ketam, ikan dan sotong selain satay ayam dan daging serta nasi impit. Besar-besar pula tu, dimasak khas oleh chef sendiri.

Aneka kuih muih tradisional

Rojak Buah
ABC
Tauhu Sumbat
Siew Maiii
Minuman menyegarkan yang disediakan seperti air bandung selasih,, soya cincau, ABC,dan teh tarik. Bagi kanak-kanak pun ada disediakan aiskrim. Kuih-muih tradisional yang disediakan pun nampak menarik dan sedap dimakan seperti kek durian, kek lapis, cucur jawa, cucur badak, karipap, popiah, cempedak goreng, keropok lekor dan banyak lagi. Dan yang paling win ada aneka dimsum seperti siew maiiiii...., fish ball, char siew bao dan beancurd roll my faveret. So pada korang yang nak rasai pengalaman berbuka dengan suasana yang best, makanan yang menyelerakan dengan harga menarik boleh lah buat tempahan sekarang atau kunjungi :



Harga Buffet Ramadhan Spring Garden Putrajaya :

Weekend Special :
RM88 nett per pax - Dewasa
RM58 nett per pax - Kanak-kanak ( tinggi 90-120cm) 

Early Bird Special : 
( 8 Jun - 1 Julai 2016 )
May: Buy 10 Free 2 
June : Buy 10 Free 2

Contact :
03-08889 1188

Address: 
Taman Botani Putrajaya , 
Presintt 1 , 62000 Putrajaya , 
Selangor, Malaysia. 

Contact: 
03-8889-1188 

Halal Status: 
Halal












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign