Jun 30, 2016

TAK ADA LEBIH JANGAN MASUK IKEA

Tak ada lebih daripada RM50 janganlah masuk Ikea, kelak merana nafsu haha. Itu kalau aku lah. Tak tahu pulak korang yang memang jimat orangnya. Memang ada barangan yang serendah RM2 tapi kalau dah masuk Ikea kebiasaanya diluar jangkaan daripada apa yang nak dibeli hehe. Sebelum puasa hari tu ada singgah Ikea, dalam kepala set nak beli tempat keringkan pinggan je tau



Ok nampak tak muka tak puas hati sebab nafsu shopping melebihi modal yang dibawa. Korang boleh nampak tempat pengering pingga, pencuci tandas, pokok hiasan dan tray. Haha tadi kata nak beli apa?????



Nasib baik baru lepas beli Pruta atau set tupperware ni. Mak aiiii ada kaler baru pulak dah. Kaler oren.... tu belum buka bab pan, periuk, sudip alahaiiiiiii


Jun 29, 2016

RAMBANG MATA MASUK PADINI


PADINI Concept Store aku ingatkan mahal tahap artis harganya. Sebab ni kira first time aku shopping di Padini. Padini Aeon Bukit Tinggi. Dalam Padini ni dari pakaian baby newborn, kanak - kanak sehingga dewasa semua ada. Kesemuanya atas label Padini sendiri. Macam baju dewasa tu korang akan rambang mata la ye. Tapi aku focus pada baju anak - anak nak raya ni. Harga dalam Aeon boleh tahan mahal sebab berjenama sangat. Sempat lah grab 3 pasang seorang. Tapi sekali masuk Padini .....




Alaaaa cantik murahnya. Macam kemeja casual untuk anak lelaki comey nya design pun cantik serendah RM29 je. Macam baju gigirl pula ada promosi buy 1 free 1 dengan hanya RM29. Murahkan...alahai rugi tadi tak beli di sini. Sempat grab yang ni je. Lepas raya ada rezeki jenjalan Padini lagi. Ketagihan pula di sini haha



PROGRAM CULTURE BLITZZ BERSAMA MATIC DAN PEACEYALL.FM

Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) dan PeaceYall.FM dengan berbesar hati menjemput kami sekeluarga dan blogger serta pihak artis dan media yang lain bagi menjayakan Program Culture Blitzz baru - baru ini yang bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) serta majlis berbuka puasa di Saloma Theather Program ini adalah bertujuan mempromosi serta memperkenalkan segala adat, tradisi dan budaya Malaysia khusunya kepada awam kerana ia semakin dilupakan. Program ini mendapat kerjasama erat bersama PeaceYall.FM iaitu stesen radio online milik penuh Dato' AC Mizal. Katanya ramai artis yang bakal turut serta dalam program ini selain aktiviti yang sangat berfaedah dan meriah. So jom baca ok.



Pada Program ini diselitkan dengan acara pemberian bubur lambuk oleh para artis dan Encik Zain Azrai bin Rashid Pengarah Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di beberapa kawasan tumpuan umum sekitar Kuala Lumpur seperti Menara Kuala Lumpr, Jalan Bukit Bintang dan Menara KLCC dengan menaiki bas Hop-On Hop-Off ( HOHO ) Yeahhhh memang teruja sangat lah. First time ni nak naik HOHO, naik pulak dengan artis haha. Korang boleh tengok gambar kami di atas HOHO dalam entri ini . Kesemua aktiviti yang kami lakukan adalah secara sukarela tau . InshaAllah besar ganjarannya menyediakan juadah untuk orang yang berpuasa.


Dato' AC acah-acah masak bubur lambuk hehe

Di atas HoHo

Skuad Bubur lambuk

Eskot dari abang motor :P


Antara artis yang hadir pada program tersebut adalah Arja Lee, Zahid, Wan Raja Lawak, Syuk Raja Lawak, Rashidi Ishak, peserta Dangdut Star dan ramai lagi. Pada sebelah malam pula Majlis Iftar diserikan dengan persembahan kebudayaan dan persembahan nyanyian daripada artis seperti Bella AF, Zahid dan ramai lagi. Selain persembahan montaj khas dari PeaceYall.FM






Program sebegini memang bagus kerana selain mengeratkan silaturrahim, dapat menghulurkan bantuan pada yang memerlukan dan mendekatkan tradisi dan kebudayaan yang ada di Malaysia pada umum. Di samping merapatkan hubungan artis serta peminat mereka.









Yeahhhh menang !!!!!






PARENTHOOD : PARENTS DAY ACTIVITIES WITH GROLIER


Masa bersama anak - anak memang ibarat emas. Rasa rugi kalau siakan macam tu je sebab tumbesaran mereka sangat cepat. So kenalah hayati moment ini dengan sebaiknya. Last week telah dijemput pihak Parenthood Sunway Putra bagi menyertai Parents Day Activities With Grolier. Wah seronok rasanya bila berpeluang bawa anak - anak kesana. Ini kali pertama kami berkunjung ke Parenthood. Rupenye Parenthood ni adalah one stop parenting concept family park pertama di Malaysia yang berkonsepkan London Street Walk Away. Kiranya dalam Parenthood ni ibu bapa dan anak - anak semuanya boleh enjoy dengan pelbagai aktiviti di dalam satu tempat seperti belajar, bermain, shopping, santai dan menjamu selera.






Sampai je di Parenthood my kids memang dah teruja sesangat. Ramai juga ibu bapa yang membawa anak mereka pada hari tersebut. Kami terus mendaftar untuk menyertai contest membina Morphan dari Grolier. Morphan ni memang membantu pelajaran dan skill anak - anak serta kreativiti mereka mencipta sesuatu. Grolier memang terkenal dengan bahan pembelajaran dan permainan anak - anak secara interaktif. Dalam contest ini kami diberikan masa untuk membentuk replika kanggato berdasarkan step yang diberi. Hadiah istimewa disediakan pihak Grolier memang mengiurkan haha. Dengan gigih aku dan Darwiish membentuknya.Pada awalnya memang Darwiish fokus haha lama - lama dia jemu tapi still tolong aku cari morphan yang sesuai. Memang mengeratkan hubunhan di antara ibu dan anak. Dan Alhamdulillah kami mendapat tempat ke4








Dah selesai bercontest, hadiah pun dapat so its time to Darwiish dan Bella main. Wah meriahnya. Dan yang paling best di sini mak bapak pun dibenarkan masuk bermain dan pantau anak masing - masing. Tapi kalau tak nak, korang boleh je pergi relax dan chill pergi minum ke di Cafe Lilli Pilli atau buat rambut atau spa. Nak shopping barangan baby pun boleh dari mainan, keperluan asan anak - anak seperti dypers semua ada di Parenthood. Jangan risau anak - anak selamat bermain di sini kerana di awasi dengan sistem keselamatan.










Dan dalam tempat mainan ni memang luas. Ruangan untuk ibu bapa bersantai pun disediakan dengan mainan PS4. Memang seronok la Papa Darwiish main haha. Macam aku pulak terlajak enjoy la beronline sebab wifi di Parenthood memang laju dan smooth. Oh ye sebelum masuk kena pastilan kesemuanya pakai stokin. So standby stokin awal - awal kalau nak datang tau. Nak beli kat sini pun boleh dengan hanya RM7 sepasang. Bagi menjamin leselesaan, keselamatan dan kebersihan .














Memang banyak pilihan mainan yang sesuai dengan peringkat umut anak - anak. Ada trampoline, wall climbing , gelongsor dan banyak lagi. Aku pun siap naik haha. Memang meriah sangat.






Dan part paling best adalah juta juta bola ni hehe. Dah Macam swimming pool yang dipenuhi dengan bebola bewarna warni. Kat sini pun mak bapak boleh masuk sekali tau. Seronok anak - anak main siap buat penyamaran ha. Oh ye kalau korang nak sambut birthday anak - anak di Parenthood pun boleh tau ada disediakan party room dengan pakej harga menarik. Memang teringin nak bawa lagi anak - anak kesini nanti nak bagi diaorang enjoy fun learning pula. Tak puas explore lagi hehe. Korang jangan lupa bawa anak - anak rasai pengalaman belajar sambil bermain di sini tau.





Admission Rate (1 tahun ke atas):
Weekday: RM35
Weekend, Public Holiday dan School Holiday: RM45

Promo Price:
5 entrance (Buy 4 Free 1)
Weekday: RM140
Weekend, Public Holiday dan School Holiday: RM180

Facebook The Parenthood: www.facebook.com/theparenthood
Facebook My Kingdom: www.facebook.com/jepkingdom
Website: www.theparenthood.com.my




Jun 27, 2016

RESEPI BISKUT SARANG SEMUT


Sarang semut, antara biskut atau kuih raya yang masa kecik aku suka makan. Macam unik je kan, macam sarang semut ek .Biskut sarang semut ni penyediaannya mudah je, tak payah terap - terap, uli, gentel. Hanya parut dan sudukan dalam paper cup. Tekstur memang lembut budak - budak pun suka.




Bahan - bahan :

180 g butter
60 g gula kastor
3 biji telur kuning

105 g tepung gandum
240 g tepung jagung
2 sudu besar susu tepung

Paper cup saiz kecil secukupnya (50 - 60)
Coklat rice untuk hiasan




Cara penyediaan :

1. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 70•

2. Pukul butter dan gula kastor sampai gula hancur menggunakan mixer dengan tahap sederhana

3. Tambahkan bahan kering seperti tepung gandum dan tepung jagung beserta susu. Uli sebati dengan tangan

4. Adunan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna kesukaan. Tak nak letak pewarna pun tak apa

5. Sagat adunan menggunakan penyagat cheese.

6. Masukkan doh yang disagat tadi ke dalam paper cup menggunakan garfu. Taburkan dengan coklat rice .Boleh je letak penuh sebab sarang semut ni tak mengembang

7. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 140• mengikut oven masing - masing. Tunggu sejuk baru simpan dam bekas kedap udara







MUDAHNYA PESAN MAKANAN DI SHOGUN2U


Biasanya kalau kita order makanan melaui online atau food delivery ni mesti dah sinonim dengan pizza, ayam goreng, burger dan makanan ringan yang lain. Berbeza dengan Shogun2u makanan itimewa seperti makanan Korea, Jepun, Chinese, Western dan Melayu pun ada disediakan . Wah menarik tak? Tak payah nak berasak dalam jem, bayar tol semua kan Just order online then tunggu je kat rumah. Dan menu yang disediakan adalah yang terbaik dan berkualiti kerana disediakan sendiri oleh cef berpengalaman.




Muka ada senyum haha. Haruslah senyum, bulan - bulan puasa ni kadang mood memasak tu ke laut. Dengan Shogun2u mudah sangat sign up, pilih makanan dan tunggu je di rumah makanan sampai. Katanya dalam sejam tempoh penghantaran, tapu tak pun, cepat sangat dan delivery boy nya sangat santun dan peramah. Kalau korang nak bayar terus menggunakan pemotongan akaun bank pun boleh, tapi aku lebih selesa bayar cash on delivery haha








Wah meriah table dengan hidangan dari Shogun2u. Macam penggemar makanan Korea mesti takkan lepaskan peluang memesan makanan Korea. Aku pesan Dak Galbi Set. Dan lagi satu aku suka dengan Shogun2u ni adalah sebab dia ada sediakan set lengkap dengan air dan desset iaitu Black Forest Cake yang super moist. Air pula adalah air tebu yang awesome, siap ada batang tebu dalam tu. Rada memang tak sama dengan air tebu yang biasa kita beli tu tau.








Dan bertuah sangat beli 1 set percuma 1 set dari hidangan Raya Special Japanese Ayam Percik dan banyak lagi menu raya bermula 21 - 26 Jun lalu. Wah untung dah dekat situ. Shogun2u ada sediakan juga menu ala carte, kids meal dan sebagainya. Harga memang berpatutan dan bagi aku agak murah berbanding harga makanan kalau kita makan di luar. Harga semua hidangan ni sekitar RM60 saja. Ayam quater tu besar tau haha. ohhh tapi kan korang kena semak dulu kawasan korang termasuk dalam laluan penghantaran dorang tak, sebab tak semua termasuk dalam laluan. Dan kalau makan korang tak habis, jangan membazir sebab korang boleh simpan dalam fridge dan preheat menggunakan mikrowave. Jimat kan. So lepas ni dont worry be happy orelder je dari Shogun2u banyak promo, kod diskaun dan harga serta menu menarik disediakan.





nstagram : @shogun2u
Facebook : https://m.facebook.com/Shogun2U/
Web : www.shogun2u.com
Review : www.mamadarwiish.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign