Jul 31, 2016

Korean Street Food Sedap Dan Murah Di MYEONG DONG TOPOKI, Sunway Putra Mall

Korean food atau Korean street food kebelakangan ni memang menjadi selera ramai hehe. Terutama yang feeling Korean lebih macam aku haha. Kuat pengaruh Korean ni, dari muzik, fashion, drama, kosmetik, perlancongan hingga ke makanan menjadi tranding. Biasanya nak makan Korean food ni, mesti ke restoran makanan Korea, dan harga agak mahal. Tapi tadi nak dijadikan cerita, habis je event di Parenthood, terus cik abang ajak makan. Actually kami makan di Boat Noodle, tapi tetiba terpandang signboad MYEONG DONG TOPOKI. Yeahhhh ... tiba - tiba happy. Terus cakap kat cik abang nak tapau bawak balik.



Kedainya tak lah besar sangat. Meja pun tak sampai 10 buah, tapi premis kedai bersih dan ramai yang beratur. Best nya kalau dine - in huhu, lebih feeling bila makan dalam periuk batu Korea tu huhu.




Cute kan menu dia. Pink kaler. Tak silap Myeong Dong ni nama bandar atau wilayah di Korea. Kiranya kat sini menjual makanan jalanan, mudah dimakan. Macam - macam ada. Rasa nak order semua. Harga pun kalau nak compare dengan restoran yang kami biasa pergi memang agak murah. Dan yang best disediakan menu ala carte dan set.



Cute tak packaging air ni. Yang ni namanya Honey Citron kombinasi pudina , madu dan lemon. Bergas sikit airnya, sedap dan ada hirisan jeruk lemon sekali. Tak manis sangat tak masam sangat. Nampak sikit, tapi puas minum. RM 5.80



Aku order Dongdaemun Sfation RM 15.80 Ada mandu atau dumpling 3 ketul. Memang best kalau makan masa panas, kalau dah sejuk tu, tak berapa nak rangup. Dan kurang berminyak. Inti pun banyak. Huuu sempat makan 1 je, 2 lagi anak makan hehe.



Topoki memang favourite lah. Aku request extra hot. Maklumlah pedas cili Korea ni bukan macam cili padi. Nampak je merah, tapi manja je pedasnya. Banyak juga lebih 10 ketul. Cuma kurang sayur, ada lah sekeping dua fish cake. Tapi kuah memang awesome. Burllllppp Alhamdulillah, sedap daebakkkk.... lepas ni boleh cuba menu lain pulak. Lokasi di tingkat 4, sebaris Boat Noadle, Sunway Putra Mall

Jul 29, 2016

Tuah Mama Darwiish Julai Ini

Alhamdulillah Julai antara bulah bertuah Mama Darwiish untuk tahun ini. Selain review job dan event tersenarai juga sebagai pemenang untuk beberapa contest dan giveaway. Malah ada yang menang di tempat utama. Syukur sangat. Rezeki bercontest dan berblogging. Nak tahu menang apa, jom tengok.....







Antaranya dalam contest Pensonic, Carrie Junior, Zomato dan Old Town White coffee. Ada yang disertai dari blog, facebiok, fanpage dan instagram. Tips nya kena rajin dan bersungguh lah. Selain doa ok. Tapi kan tak setuah blogger Naome sebab beliau menang 2 pakej umrah dari contest Gaviscon. Tahniahhh. So daripada kita buang masa, buang data scroll benda tak berfaedah, apakata kita join contest , giveaway dan sebagainya. Ada rezeki Inshaallah. Selamat mencuba hehe

Jul 27, 2016

Kempiskan Perut Dan Rawat Sembelit Dengan ZINNIA INNER CLEANSE

Musim -musim raya ni, nafsu makan memang tak ingat. Semua dibedalnya haha. Mana dengan lemang,ketupat, dodol, lodeh, rendang semua ngap. Tak pikir dah kalori, kolestrol dan sebagainya. Rayakan sebulan hehe. Bila dah makan macam - macam, kurang pula minum air kosong, alamatnya mudahlah mendapat sembelit. Bila sembelit, najis dan sisa perkumuhan tak dapat dikeluarkan, perut pun boleh jadi buncit. Dan kalau sembelit kritikal tu boleh memudaratkan kesihatan juga contohnya mengakibatkan jangkitan pada usus. Sembelit ni kebiasaanya disebabkan kekurangan cecair, serat dan zat besi dalam badan. Selain faktor gaya hidup dan pemakanan yang tidak seimbang. Macam aku kadang tu memang liat minum air kosong, sembelit tu kadang jadi juga. Tapi Alhamdulillah, diperkenalkan dengan Zinnia Inner Cleanse makan sebiji je sehari sebelum tidur malam, esok pagi dengan lawas dan lancar je proses membuang.




Kalau sembelit, jangan diamalkan makan julap tau sebab ia panas, boleh mengakibatkan hidrasi, ketidakseimbangan elektrolit dalam badan selain memudaratkan usus, buah pinggang dan hati. Zinnia Inner Cleanse didaftarkan di bawah Zinnia Global Sdn Bhd ( 783879D ) bukan julap, tetapi produk kesihatan berasaskan herba semulajadi membantu pembuangan 99% najis dan merawat sembelit.




Kandungan Zinnia Inner Cleanse :

Fructus Crataegus Pinnatifida, Folium Camellia Sinensis, Semen Plantago Asiatico, Semen Cassia Tora, Spica Prunella Vulgaris




Sekotak Zinnia Inner Cleanse mengandungi 30 kapsul x 500mg dengan harga RM68 Didatangkan dengan termos atau bekas air bagi memudahkan penyimpanan dan pengambilan Zinnia Inner Cleanse. Pastikan original ye dengan label hologram dari KKM




Zinnia Inner Cleanse adalah dalam bentuk kapsul. So mudah ditelan dan larut dalam badan. Dan selamat serta halal kerana sarung kapsul ini diperbuat daripada sayuran. Cara pengambilan pun mudah saja, telan sebiji sehari sebelum tidur atau selepas makan malam. Ia akan menunjukkan kesan seawal 8 - 12 jam mengikut tahap badan masing - masing. Ianya selamat diambil oleh golongan wanita mahupun lelaki serta mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis atau diabetes.

Biasanya pada minggu pertama 2 - 4 kali akan kerap membuang dan akan kembali biasa selepas tu. Jangan lupa banyakkan minum air kosong, senaman, pengambilan serat dan zat besi seperti sayuran dan buahan. Jangan tahan berak... rasa nak buang, pergi buang tau. Nanti berkerak usus. Boleh lihat sendiri antara testimoni berjaya di bawah ni.




Dan untuk korang pembaca setia blog ini, korang boleh gunakan kod voucher VTBOO4 semasa membuat belian untuk dapatkan potongan harga dan tawaran menarik daripada Zinnia Inner Cleanse. Lebih jimat dan berbaloi



Untuk keterangan lanjut atau belian :




Jom Raya Sinar Di IJM Land Rimbayu Meriah Dengan Telatah Sepahtu

17 Julai yang lepas kami sekeluarga diundang pihak IJM Land bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka, Jom Raya Bersama Sinar bertempat di The Arch, Bandar Rimbayu. Wahhh sangat teruja bila sampai di Bandar Rimbayu ni, sebab dapat melihat pemandangan yang menghijau selain perumahan yang sangat cantik, urban dan menari. Selain tu dah tentunya kami tak sabar untuk berjumpa Sepahtu Sinar iaitu Jep, Shuib, Rahim selain artis yang bakal membuat persembahan tak lain tak bukan, my favourite Philiphino boy Mark Adam dan Siti Nur Diana




Kalau nak tahu IJM Land Berhad mentakrif landskap hartanah sejak tahun 1989 , kini bukan sahaja menaik taraf perbandaran bertaraf dunia di Malaysia, malah di Vietnam, China dan United Kingdom selain merangkul pelbagai anugerah bertaraf dunia. Tak hairanlah lanskap dan perbandaran di Bandar Rimbayu ni tersangatlah urban. Bertuahnya siapa yang beli rumah di sini.





Di majlis ini juga diadakan sesi ramah mesra bersama pendengar bertuah Sinar FM selain banyak aktiviti dan contest diadakan di pentas. Tak kering gusi para undangan dengan telatah mereka. Aku memang melopong la tengok si Mark Adam hehe. Anak - anak memang seronok main buih. Suasana redup dengan pokok yang menghijau memang santai dan cool. Selain tu boleh melihat dan merisik - risik dumah idaman di Rimbayu show gallery. Kat situ boleh tengok bermacam lot rumah yang semuanya cantik - cantik. Nama pun open house, pelbagai juadah raya disediakan.








Memang meriah Jom Raya Sinar, para jemputan tak putus - putus hadir bagi memeriahkan majlis seawal jam 4 petang hingga 7 malam. Terima kasih pihak IJM Land, Rimbayu kerana sudi menjemput kami.



Website :

Facebook :

Instagram :

Jul 26, 2016

MamyPoko PantsTermurah Di Lazada Big Baby Fair

Dypers atau lampin pakai buang memang dah menjadi keperluan asas untuk si anak kecil. Tak macam nenek, ibu kita dulu hanya pakai kain lampin. Yang dicuci dan digunakan berulang kali. Sekaramg kebanyakkan ibu bapa sibuk dan bekerjaya, jadi pemakaian dypers atau lampin pakai buang adalah menjadi satu kemestian. Tapi kan, dalam memilih jenama dypers ni kena cerewet juga tau. Kena cari yang betul - betul selamat dan selesa dipakai oleh anak kita.



MamyPoko antara jenama dypers atau lampin pakai buang yang menjadi pilihan ibu bapa. Produk buatan Jepun. Kalau buatan Jepun, kualitinya jarang mengecewakan. Walaupun harganya agak mahal berbanding jenama lain, tapi bagi aku ianya berbaloi untuk keselesaan anak - anak. Sayang anak ke? sayang duit hehe




Untuk Isabella yang hampir menginjak usia 2 tahun, aku lebih suka pakaikan dia dypers jenis pant atau seluar. Sebab tak perlu nak baring - baringkan dia. Maklumlah budak usia macam ni mana reti duduk diam. Just sarung je. Mudah kan. Perasan tak packagingnya macam lain je daripada biasa. Memang lah sebab ia didatangkan khas dari Jepun dengan lagi satu jenama dypers iaitu Goo.N sempena Lazada Big Baby Fair. Dan paling unik ada pula pilihan untuk girls atau boy. Kalau girls punya gambar pada dypers more to girlish macam Disney Baby gitu, kalau boy gambar robot atau kereta. Cute kan


Rugi kalau korang tak grab sekarang sebab ianya hanya berlangsung dari 27 Julai - 31 Julai 2016 . Korang boleh dapatkan lebih 20 % diskaun harga dengan menggunakan voucher 20LAP20 bila shopping nanti. Kjas untuk korang pembaca setia. Paling best terdapat lebih 80 % diskaun harga untuk pelbagai jenis barangan bayi.


Ruang untuk buka dan keluarkan MamyPoko Pants

Jalur pinggang yang elastik beserta roll tape

MamyPoko Pants untuk Isabella bersaiz L. Ada 44 keping. Kalau saiz L ni sesuai untuk anak yang beratnya 9 - 14 kg. Ini antara tips memilih saiz dypers yang bersesuaian untuk anak. Setengah jenama, puas kita nak koyakkan pack untuk ambil dypers, tapi MamyPoko dah sediakan tempat untuk dibuka.




Korang boleh bandingkan sendiri. Nampak sangat MamyPoko punya dypers ni lembut dan elastik. Boleh nampak kapas nya kan. Ia membantu penyerapan cecair sehingga 12 jam tanpa kebocoran. Kalau korang nampak ada tape pink tu, itu adalah roll up tape, bila nak buang just roll MamyPoko dypers dan tape kan. Sebab tu aku pilih MamyPoko sebab ianya bulan saja melindungi manusia malah alam sekitar.

MamyPoko dibawah Unicharm Corporation memang menitik beratkan kualiti. Bermula dari perolehan bahan yang selamat, berkualiti, pembuatan yang mengikut liawaian, pengeluaran dan penjualan serta pelupusan yang tidak mencemarkan alam sekitar. Sebab tu bila anak pakak MamyPoko memang tiada masalah ruam lampin, melainkan korang tak kerap tukar mengikut jam yang sepatutnya.

So jangan lupa grab MamyPoko atau Goo.N dypers atau barangan baby yang lain sementara ada fair ni. Rugi tau tak grab jangan terlepas pula 27 Julai - 31 Julai 2016 je.

MINYAK HERBA ASMA MUJARAB Berkesan Rawat Batuk, Lelah Dan Asma

Minyak Herba Asma Mujarab rupanya sekarang memang tengah viral di laman sosial. Ramai yang bagi feedback positif semenjak menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab. Katanya memang berkesan bagi merawat batuk, lelah dan asma. Pada mulanya terpikir juga, betul ke berkesan? Ye lah kan, kebiasaannya kita minum ubat batuk untuk rawat batuk. Guna inhaler untuk rawat lelah dan asma. Tapi bila tengok, cuba dan amalkan sendiri memang terasa kesannya. Actually kami sekeluarga Alhamdulillah bebas lelah dan asma tapi memang anak - anak batuk sekarang. Mungkin disebabkan cuaca yang tak menentu. Kebetulan rezeki dapat review Minyak Herba Asma Mujarab. Tak sabar nak berkongsi kebaikannya.



Kecil molek je botol nya kan. Senang nak sumbat dalam handbag. Actually tutupnya ada seal warna hijau. Tak sempat nak snap dah kena buka hehe. Minyak Herba Asma Mujarab ni bukan sahaja boleh digunakan oleh orang dewasa malah kanak - kanan dan bayi. Hanya untuk kegunaan luaran sahaja, jangan pula diminum ye.




Minyak Herba Asma Mujarab ini dijamin Halal dan selamat digunakan. Ia dihasilkan secara tradisional, turun temurun sejak 40 tahun dahulu. Mulanya ingat baunya kuat dan busuk macam minyak gamat tu... tapi bila buka...wahhh tak lah. Baunya lebih wangi dan beherba.

Memang selamat digunakan kerana minyak ini bebas daripada bahan kimia berbahaya, pewarna mahupun pewangi. Ianya 100% semulajadi. Dihasilkan daripada Minyak Zaitun, Minyak Kelapa Dara, Habatussauda, Pati Gamat serta herba terpilih. Satu botol ini mengandungi 30ml dengan harga RM 39 tidak termasuk postage. Oh ye kalau nak beli Minyak Herba Asma Mujarab ni kena pastikan betul - betul original baru beli. Pastikan Minyak Herba Asma Mujarab yang korang beli terdapat hologram dan QR Code.




Cara penggunaan Minyak Herba Asma Mujarab ni mudah saja. Sama macam minyak biasa. Tapi kalau nak lagi jimat atau lebih selamat supaya tak tertumpah, tebuk penutup plastik putih tu. So boleh control ammount minyak yang nak digunakan. So kalau macam batuk, lelah atau asma sapu di bahagian dada, leher dan tengah belakang. Jangan risau kalau untuk anak - anak, tahap kepanasannya ok saja. Kalau macam selesema aku oleh sedikit atas hidung. Alhamdulillah esok baik. Macam baby lagi senang, lepas mandi tu elakkan kembung perut dengan hanya sapu ditelapak kaki, betis dan perut. Memang dorang akan nyenyak tidur.

Dan kalau nak tahu aku tempatkan minyak herba ni dekat dapur hehe. Sebab bila madak mesti kadang tu terpercik minyak panas lah, terkena sudip panas lah kan. Nak elakkan melecur, mengelembung dan berparut...cepat - cepat sapu tau. Alhamdulillah sejuk berangin je. Tak jadi ngelembung semua. Lagi satu aku suka sangat sebab walaupun warnanya hitam, ia takkan tinggalkan kesan pada baju. Selain batuk, lelah dan asma, Minyak Herba Asma Mujarab ini mampu merawat kahak, terkena benda panas, digigit atau disengat binatang berbisa, sakit gigi, sakit perut, kembung perut, tergeliat, terseliuh dan sebagainya. Insyaallah kesan boleh dirasai hanya dengan sebotol penggunaaan. Tak sangka pulak rupanya ramai rakan yang gunakan dan rasai keberkesanan Minyak Herba Asma Mujarab ni.




Untuk lebih info dan belian boleh hubungi :

Keberkesanan & testimoni produk
http://suarainsan.net/penawar-anak-anak-semput-lelah-asma-dan-batuk-hingga-muntah-muntah

Blog :
http://www.herbaasma.com

Video :
https://www.youtube.com/watch?v=f7y_z27PTsg

Facebook :
https://www.facebook.com/PenawarSemputLelahDanAsma/

Hubungi : 
Puan Nurul : 017 623 9935 (Produk Owner) atau En. Hafis : 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)

Jul 25, 2016

Diskaun Hebat Dan Free Shipping Di EZBUY

Online shopping rasanya dah sinonim dengan rakyat Malaysia. Tak kira perempuan, lelaki, tua muda, semua pakat bershopping di online atau diatas talian. Lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang tak lupa petrol hehehe. Tapi jaga- jaga ye bila online shopping ni, semuanya rasa macam nak beli. Kenalah bijak memilih dan membeli. Selain kena berhati -hati supaya duit yang kita bayar berbaloi dengan kualiti barang yang kita beli. EZBUY.MY antara online shop yang kini menjadi pilihan ramai untuk shopping.

EZBUY.MY memang diyakini selamat dan harga serta kualiti yang dijamin baik. Ia sudah beroperasi sejak tahun 2010 di Malaysia, Singapura, Indonesia, Australia dan Thailand. Dimiliki oleh EZBuy Holding Limited. Actually di ezbuy.my produk yang ditawarkan adalah dari Taiwan, China dan US. Beribu pilihan produk ada di ezbuy tau. Dari pakaian, perkakasan, gadget, peralatan make up dan sebagainya. Bukan hanya produk untuk golongan dewasa malahan keperluan baby dan kanak - kanak pun ada. Malah perkakasan dapur pun ada. Kiranya macam one shop centre gitu. Caranya macam biasa, mudah saja, mula register semua maklumat lengkap, shopping, bayar dan tunggu barang sampai.



prime-banner-800x390-MY.jpg
Shipping murah bila shopping di Prime 


Korang kalau online shopping korang terjah yang mana dulu hehe. Kalau macam aku tanpa ragu aku suka shopping barangan make-up, baju dan kasut. Tak sangka pulak di ezbuy ni macam - macam ada. Pulak tu harga memang ok. Tapi biasalah kalau barangan import, kos shipping atau penghataran agak mahal. Tapi dont worry be happy buat korang pembaca kesayangan, korang boleh membeli belah dengan harga diskaun hanya dengan :


 Mendaftar EZBUY di http://bit.ly/EZJUL15 untuk dapatkan RM 15 diskaun voucher

 Gunakan kod EZJUL15 untuk dapatkan free shipping 15 %
( sah sehingga 1 August 2016 )





Dan paling best bulan ni EZbuy.com ada buat promosi gadget tau. Jimat sehingga RM 700 , free shipping dan warranty. Wahhh murah weh.hhh. Geram nya tengok gadget ni semua. Nanti boleh la shopping di sini. Kali ni kita shopping manja - manja dulu. Jo tengok apa aku grab.



Yeahhhh shopping baju, barang make - up , seluar haha. Tak berapa nak rakus lagi. berjam juga menghadap lappy memilih barang. Ikut nafsu semua nak beli.Next time kita shopping lagi. Tak sabar tunggu parcel lagi. Jangan lupa shopping di www.ezbuy.my sure korang happy hehehe.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign