Aug 31, 2016

SOPOONG Restoran Makanan Korea Murah Di Kuala Lumpur

Tekak ni memang dah asyik craving dengan makanan Korea. Last week jenjalan seorang diri ke Kuala Lumpur disebabkan ada hal yang perlu disettelkan. Menapak dari Rawang ke Berjaya Times Square. Menapaklah sangat hehe, naik train lah cek oi. Bila ke Berjaya Times Square ni mesti terkenang kembali memori pergi training jadi barista Starbucks waktu bujangan dulu hehe, di level 10. Jalan punya jalan perut pun dah lapar, rambang mata, banyak sangat cafe, restoran dan kopitiam yang ada. Sekali terjumpa satu restoran makanan Korea di LG level. SoPoong macam best je, ramai customer menandakan sedap lah makananya tu kan.




Sebelum tu pastikan ianya Halal. Ok. Alhamdulillah Halal sebab ada certificate Halal di belakang kaunter cashier dan mereka menggunakan daging Halal sahaja. SoPoong kalau diterjemahkan dalam bahasa Melayu adalah berkelah, so menu yang disediakan simple, mudah dimakan, sedap dan mengenyangkan. Memang rambang mata, sebab terkesima dengan harga yang murah dan paling aku suka disediakan pilihan menu ala carte dan set. Memang blur sekejap semua ada, dari mandi, bibimbap, gimbap, ramyeon semua ada. Dan yang paling win di SoPoong korang boleh refill minuman dan bachan / side dish secara percuma. Unlimited wihuuuuuuuuu



Selesai pening pilih makanan, akhirnya aku pilih set Ramyeon + Ttopokki RM 18.90 dapat free Green Tea dan ofcoz lah ada 3 side dish wihuuuuuuu. Ada Nappa Kimchi, Cucumber Kimchi dan Salad. Presentation pun walahhhhhh Korean sangat dengan sudu dan chopstick dan mangkuk yang Korea sesangat. Baru lah feel nak makan haha. Ramyeon tu banyak nya.... Huhuhuhuuuu



Ttopokki ni serius memang tak cukup satu piring kecil ni. MasyaAllah sedapnya, lembut, sosnya pedas, manis, masin semua cukup rasa. Dan yang penting tak kedekut telur dan fish cake hihu. Sedapnya....




Side dish pun sedap, tanpa segan aku minta refill. Kata free... Hihihi. Kimchi dia walau tak ada daun bawang, pear segala bagai tapi memang tip top. Pedas, rangup.... Pehhhhh memang rasa Korea lah... Sama macam makan di restoran mahal haha



Green Tea di SoPoong ni memang lain dari yang pernah aku minum. Rasa dia mild aje, tak ada lah pekat sampai terasa pahit tu. Sedap pekena yang panas berbanding yang sejuk




Bukti kesedapan makanan di SoPoong. Semangkuk ramyeon gergasi tu aku boleh habiskan sengsorang. Burlllllpppp memang sedap. Sure aku akan rekomen pada korang dan ofcoz suami dan anak² sebab dorang pun dan berjangkit tekak Korea macam aku hahaha. Overall SoPoong memang best, harga memang murah, menu pun banyak, staff pun fasih berbahasa Inggeris, cuma restoran yang agak kecil... Kalau pergi time ramai orang terpaksalah menunggu giliran dan kalau tak silap wifi tak ada kot. Tapi jangan bimbang sebab aku pakai wifi free dari restoran sebelah ngeh² So lepas ni boleh lah cuba makanan Korea dengan harga murah, halal dan mengenyangkan di SoPoong Berjaya Times Square, Lot LG-71, East Lower Ground

Sumber Ayu Pembersih Kewanitaan Daun Sireh : Membersih & Menyihatkan Secara Semulajadi

Pembersih kewanitaan atau famenin wash penting bagi wanita menjaga bahagian intim. Pemilihan pembersih kewanitaan adalah penting kerana seperti yang kita ketahui, bahagian intim kita mengandungi jutaan flora dan bakteria baik yang menyeimbangkan tahap pH serta melindungi bahagian intim daripada sebarang jangkitan. Tapi pada masa yang sama ada juga bakteria jahat yang menyebabkan masalah kegatalan, keputihan dan sebagainya. Penggunaan air, sabun atau pembersih kewanitaan yang tidak mengikut standard akan mengganggu keseimbangan semulajadi, dan menyebabkan jangkitan. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu dihasilkan di bawah kawalan pH3.5 iaitu kadar pH yang paling sesuai untuk keseimbangan ekosistem flora dan bakteria baik berada dalam keadaan baik. Sumber Ayu memang dah aku gunakan sejak zaman sekolah, sebab harganya yang berpatutan, dihasilkan daripada bahan semulajadi dan penting tak menyebabkan kegatalan mahupun rengsangan. Disahkan Halal oleh JAKIM okey.



Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu kini berwajah baru. Tapi rekaan botol masih dikekalkan bentuknya yang diinspirasikan dari bentuk tubuh wanita. Dan diperhebatkan dengan ekstrak Daun Sirih bagi melindungi bahagian intim daripada bakteria jahat serta memberikan kesegaran berpanjangan dengan wangian semulajadi. Terdapat 6 variasi pilihan pembersih kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu seperti Orkid, Musk, Fruity, Gambir, Floral dan Rose.



Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu orkid baunya seharum kuntuman bunga orkid. Wangian eksotik yang ringan dan memberikan rasa bersih sepanjang hari. Sesuai dengan wanita yang sentiasa mengekalkan ciri keanggunannya dalam pelbagai cara.



Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Musk beraroma semulajadi kasturi yang ringan. Memberikan kesegaran optimum agar kekal berpanjangan . Sesuai untuk wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.



Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Fruity aroma semanis buahan tropika. Kekal bersih dan segar sepanjang hari bagi si gadis lincah, riang.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Gambir dengan bauan herba yang harum serta menyegarkan secara semulajadi. Terbaik untuk wanita kladik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Floral kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang hari. Ideal untuk wanita yang ceria.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Rose wangiannya seharum kelopak ros yang mekar, menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari sesuai untuk mereka yang romantis.



Dalam banyak variasi ni, aku suka Fruity sebab baunya yang sweet² gitu. Sesuai dengan karakter yang lincah. Boleh dapatkan rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu di pasaraya utama, farmasi atau kedai runcit berhampiran dengan harga hanya RM 3.60 ( 90ml ) dan RM 5.80 ( 200ml )

Aug 30, 2016

Pretz N Beanz Bangsar : Makan² Celebrate Birthday Isabella

18 Ogos lepas genap usia si Isabella 2 tahun. Dah besar anak dara sorang ni. Sekejap je rasanya. Tak perasan juga Bella dah tak menyusu badan hampir 8 bulan hihi. Tahniah Bella. Kebetulan habis event berdekatan Bangsae, suami pun ajak makan² sempena Birthday Bella. Happy Birthday princess,  moga menjadi anak solehah. Kalau Bangsar tentunya Pretz N Beanz menjadi pilihan kami sekeluarga. Actually dulu pernah buat review di sini. Memang tip top makanan dan servisnya. Tak percaya korang boleh baca review yang lepas Review Pretz N Beanz



Kami pesan Volcano Choc Cake untuk Bella, nampak kecil, tapi besar haha. Kaya coklat, meleleh bila dipotong, topping dengan vanilla ice cream memang superb.






Chicken Pizza untuk Darwiish, Cheese Baked Rice untuk papa dorang dan Carbonara Spaghetti untuk Bella. Memang sedap, Kalau tak sedap, tak licinlah pinggan kami hehe. Birthday girl haruslah berselera kan. Ohhh kat Pretz N Beanz ni banyak juga Pokemon menyorok haha. Apa lagi buat Pokemon hunter, sambil makan sambil hunting.

Aug 26, 2016

Mak Kata, Saya Anak Bijak



Indahnya pengalaman bergelar ibu. Tak semua wanita berpeluang merasai nikmat ini, jadi bersyukur dan hargailah ia sebaiknya. Bergelar ibu bukan lah semudah yang disangka, bermula di saat kita mengetahui bahawa kita hamil, dari saat itulah bermulanya episod seorang ibu. Banyak ilmu keibuan yang dipelajari dan dicontohi daripada emak aku sendiri. Melahir dan membesarkan kami 6 beradik bersama abah tercinta. Berperanan sebagai anak sulong, aku lebih mudah memahami dan mempelajari nya daripada emak. Mak Kata Saya Anak Bijak Berjuta nasihat dan pesanan yang selalu Emak Kata pada aku dari sejak kecil, yang sehingga kini menjadi ingatan, tauladan dan panduan untuk aku membesar dan mendidik kedua cahaya mata kami. Sampai sekarang, aku masih ingat... 

Mak Kata ... 
1.Hidup ni mestilah berkasih sayang lah, jangan asyik bergaduh
 2. Ringankan tulang, untuk tolong orang kerana besar pahalanya 

                            

Sehingga hari ini kedua pesan emak itu aku akan ingat sampai bila² dan akan aku praktikkan dan ajar pula pada anak² ku. Adam dan Bella ni jarak usia mereka dalam 3 tahun, jadi lama juga masa Adam bermanja² sebelum lahirnya Bella, pada mulanya dulu Adam agak menjauhkan diri, mungkin rasa diri tak disayangi lagi, tapi bila kami suami isteri, cakap baik² padanya bahawa kami sayangkan kedua mereka, keduanya istimewa. Perlu sayangkan adik, adik pun perlu sayangkan abang. Normal kalau bergaduh kecil tu, nama pun budak² . Tapi kita ibu bapa kenalah pandai pantau dan nasihatkan mereka. Kesemua ini harus dipraktikkan dari rumah, melentur buluh biar dari rebungnya.



Si Adam dah mula bersekolah, jadi dia semakin bijak. Permulaan hati mereka berdua bermula dengan segelas susu Dutch Lady  supaya kekal bertenaga, cergas dan cerdas sepanjang hari. Ia Si Bella yang berusia 2 tahun ada kalanya tidak mampu menyelesaikan sesuatu contohnya menyelesaikan puzzle, membaca dan mewarna... Dengan khasiat susu, didikan, ajaran yang baik, Adam dapat membantu, dan membimbing Bella menyelesaikan sesuatu perkara. Seronok melihat perkembangan mereka, Bella lebih kepada bereksplorasi di usianya berbanding Adam yang lebih berimaginasi. Jangan tak percaya dengan pengambilan susu mampu mebekalkan nutrisi buat perkembangan otak dan fizikal anak2 kerana susu Dutch Lady 4 -Step Nutri Plan dengan 5x DHA , sebab itulah Scha Alyahya pun memberi Lara Alana dengan susu formula Dutch Lady untuk perkembangannya.




Pada korang semua, korang berpeluang menag hadiah menarik tau, jangan lupa untuk sertai peraduan Dutch Lady ' Mak Kata, Saya Anak Bijak ' 
9 pemenang bertuah berpeluang minum petang bersama Scha Alyahya dan Lara Alana dan memenangi sebuah kamera instant. Dan 250 penyertaan mingguan bakal menerima RM50 bermula 1 August 2016 sehingga 30 September 2016.




Cara penyertaan :

Step 1 : Beli mana-mana pek Dutch Lady 650g atau 900g
Step 2 : Hantar pesanan ' Mak Kata ' kegembaran korang bersama foto istimewa anak korang ( 1 tahun ke atas )di www.smartmoments.com.my
Step 3 : Kongsi penyertaan dan hantarkan sebanyak penyertaan untuk tingkatkan peluang untuk menang. Jangan lupa simpan resit belian original sebagai bukti belian.
1. 


Aug 25, 2016

Braun’s New Thermometer IRT6030 Review

A thermometer is onne of the things that most paents can’t do without. The number of times that your child is not acting like themselves or just when they’re feeling a bit warm it is nice to have the reassurance from a thermometer that your child is just ‘ a bit warm ‘ or that they’re actually running temperature or compeletely feverish.The mercuri thermometer have long been replaced by digitals one. The ear digital thermometers particularly effective . Braun have long been in the market leader in the temperature measurement both in the home, clinic and hospital. 



The thermoscan range is much used and much love by both health professionals and general public a like. Braun have always been a brand I can trust and recently I was given the opportunity to review Braun’s new thermometer IRT6030 features with exclucive pre warmed tips technology to minimize the cooling effect of the tip inside the ear canal, providing accurate measurements time after time. Its also pattern by ExacTemp technology uses a light and beep to confirm proper positioning and had night light feature and memory function , so its can be more easy to take a temperature even in the dark. Braun New Thermometer IRT6030 contains the usual contents. A thermometer, Braun LF40 disposable lens filter ant manual. The thermometer comes with 2 AA batteries already installed. We just need to turn it on before use. 

Skrin luas



Its compact compare to another brand because its comes with its own nifty protective case. 

Usage : 
  • Remove the thermometer from the protective case 
  • Press the power button 
  • Attach lens filter 
  • Fit the probe snuggly into ear canala display 
  • Press and release the Start button 
  • Temperature display 
  • Notice the temperature measurement To use the thermometer, just put the lens filter over the tip.


 They are 21 in the pack and there very cheap tu buy and replacements. After that put the tip in our child ear and press the On and Start button to take the temperature measurement. A beep sound and the ligh flashes a few times when its has a reading. Make sure to replace disposable lens filter to maintain accuracy and hygiene. The right ear reading may be different from the raeding taken from the left ear. Therefore, make sure to take the temperature from the same ear. Having had the Thermoscan 5 had definitely put my mind at rest when cheching both kids temperatures. Its so easy to do and instantly let me know that their temperature is slightly raised and out comes. Ist great to know that I would have such speedy, accurate reading if their temperature was higher and its was something more serious. 

Braun disposable lens filters enable accurate and hygiene temperature taking. We must to replaced every time a reading is taken to ensure the hygiene without having to clean or disinfect the sens and to ensures that dirt or ear wax don’t buid up and clog the sensor window, which could lead to inaccurate temperature reading. Its designed to fit the Braun range and give total accuracy. 


How to use the lens filter :
  • Place a new lens filter cover on the thermometer tip before take the measurement 
  • Measurement temperature with lens filter cover fitted on thermometer tip 
  • Throw away the used lens filter after each measurement, just eject it by pressing on the button below the thermometer. 


Overall the Brauns new thermometer IRT6030 is amazingly easult this to use and gives us an instant , accurate reading. Braun Thermoscan thermometer are the thermometer brand among doctors, mothers in the world and their palce at the top of the difital thermometer market. I cant fault thi new thermometer IRT6030 and it woyuld definitely be my first choice if looking for a digital thermometer in the future. Don’t forget to Like clicks for Baunhealthcare Facebook to get more info and join the events and contest.



Overall the Brauns new thermometer IRT6030 is amazingly easult this to use and gives us an instant , accurate reading. Braun Thermoscan thermometer are the thermometer brand among doctors, mothers in the world and their palce at the top of the difital thermometer market. I cant fault thi new thermometer IRT6030 and it woyuld definitely be my first choice if looking for a digital thermometer in the future. Don’t forget to Like clicks for Baunhealthcare Facebook to get more info and join the events and contest.


Web :


Facebook :


Contact :
03-7803 6998







Susu Dutch Lady RM1 Di 7 Eleven

Promosi Susu Dutch Lady RM1 Di 7 Eleven  Rasanya semua pakat serbu 7 eleven kan. Semua pakat duk borong susu Dutch Lady. Memang wajib terjah, harga murah gilerrr hanya RM1 untuk sekotak susu Dutch Lady 200 ml, tak kisah korang nak perisa apa, ada susu plai, strawberry, coklat dan coffee. Jimat tau kalau beli masa promosi ni, lebih penjimatan. Harga biasa kalau tak silap RM2 lebih juga sekotak, dah berapa kita boleh jimat kan Boleh buat stok. Jangan risau expired date lama lagi ok.


Berama limit boleh beli ? Aku tengok syiok giler rakan blogger duk borong sampai berkaton-katon, tak silap depends pada mood staff 7 Eleven tu kot haha. Macam kat area rumah aku ni, dorang tak bagi beli carton. Kena beli loose macam ni ha. Tapi kalau korang pandai bodek, dapat lah haha. Tapi yang aku perasan yang boleh beli berkoyan-koyan tu semua 7-Eleven area tengah bandar, kalau tak silap lah. So apa lagi moh shopping susu , promosi sampai 28 hb ni je ok...jangan cakap akak tak kabo haha

Etok-etok Kudapan Paling Win Dari Kelantan

Etok-etok tak asing lagi buat warga Kelantan khususnya. Tapi baru² ni warga Pahang pun berpeluang menangkap dan makan etok-etok dari Sungai Temerloh masa kemarau yang lepas. Sibuk scroll fb semua dok tayang makan etok-etok, teringin nak merasa. Memang tak pernah makan etok-etok ni seingat aku. Etok-etok ni lebih kurang adik beradik kerang, lala, kupang la. Cuma etok-etok ni hidup dan membiak di kawasan sungai atau sempadan kawasan air masin dan air tawar. Saiznya kecil lebih kurang nesar duit 5 sen dan ada juga yang besar. Katanya etok-etok ni lebih bersih dari kerang dan lain² kerana ia hanya hidup di kawasan air bersih dan hanya makan lumut hijau. 




Hari tu pergi pasar malam, wah meriah peniaga² Kelantan jual etok-etok. Etok-etok ni dibungkus dengan surat khabar berbentuk kon, macam kacang rebus tu. Ada 2 versi masin dan manis. Aku cuba yang masin, RM2 je. Gelak abang yang jual etok-etok tu bila aku belu satu, katanya confirm x cukup hehe. Aku beli sikit sebab takut tak boleh telan, kan membazir nanti. Ooo etok-etok warnanya hitam, comel je, susah nak buka pakao jari atau kuku sebab saiznya yang kecil. Katanya kena gigit guna gigi, pada yang tak biasa hati² tak pasal² sumbing gigi nanti haha. Serius ketagih, sedap weh, isi etok-etok ni putih jernih, kenyal, lembutdl dan segar. Kena pula dengan perapan nya tu. Kalau kat Kelantan femes versi salai, tapi yang ni versi rebus kot. Ada rasa halia, serai... sedap. Tak hairanlah warga Kelantan relax je kudap si etok-etok ni sambil tengok tv. Serius sedappp... Nanti jumpa nak beli lagi... Miss you etok² haha

Aug 24, 2016

Pau Cendawan Organik RM10.90 4 Biji

Pau Cendawan kalau tak silap masa bulan puasa baru ni ia mula viral. Resepinya bertalu² netizen share, google dan cuba. Unik kot pau cendawan ni, pau yang rupa macam cendawan dalam nya memang berintikan cendawan dan isi ayam. Wahhh dengar pun dah terliur kan. Tapi masa tu tak rasa teringin nak cuba pau cendawan ni, baru² ni husband ada belikan pau cendawan organik dari kawan satu tempat kerja. Dalamnya ada 4 biji cendawan organik. Tepung, cendawan dan ayam yang digunakan adalah organik, jadi ia lebih sihat dan berkhasiat.




Sambil tersenyum aku belek pau cendawan ni. Serius sekali tengok memang real macam cendawan haha. Kreatif sungguh peniaga sekarang. Besar² pula tu. Ok kononnya besar, macam tak habis lah kan, tak nak membazir katanya, kukuslah 2 biji je... Nak test rasa pau cendawan organik ni... Sekali kukus.... emmmm berebut





Sekali makan je 4 biji pau cendawan tu. Kukus dalam 10 minit cam gitu. Sedap. Dia punya pau tu memang lembut, gebu macam pau biasa, yang corak kat atas macam cendawan tu ada rasa manis² sikit. Inti cendawan butang, isi ayam, lada hitam memang sedap, macam tak cukup inti pulak haha. Tapi jangan risau tak pedas sangat, mild² je pedasnya, bebudak suka makan. Patutlah ramai yang suka, dan cuba buat pau cendawan sendiri, sebab sedap... Lagi sedap kalau pandai buat sendiri, boleh letak banyak mana inti yang kita suka haha.

Amez Care Tuala Wanita Berherba

Tuala wanita atau sanitary pad memang dah jadi keperluan setiap wanita semasa datangnya haid. Lain lah nenek, moyang, kita dulu pakai kain je buat lapik. Sekarang kita semua nak cepat hehhe, malas le tu. Bermacam jenama, bentuk dan gaya pad atau tuala wanita yang ada di pasaran. Kena pilih yang betul - betul bagus dan selamat digunakan. Penting tau memilih pad atau tuala wanita yang bagus ni, bagi memastikan keselesaan, kebersihan dan kesihatan Miss V . Amez Care antara jenama tuala wanita yang aku syorkan untuk korang kaum hawa untuk cuba, kerana ianya berherba selain banyak lagi kelebihan pemakaiannya.




Amez Care tuala wanita yang aku cuba adalah Amez Cara Day, Overnight dan Pantyliner Bagi keselesaan berpanjangan kita boleh memakai pad / tuala wanita mengikut aliran. Kesemuanya mengandungi herba semulajadi seperti aloevera, peppermint, tea plant, chamomile dan lavender. 

Kelebihan Amez Care :
  • Leg Cuff 3-D Egronomic
  • Ultra Soft Top - Sheet
  • Anion, Far-IR, Nano Silver, Anti-bakteria semulajadi, ekstrak herba
  • Upper Dust - free protective layer
  • Super Absorbent Polymer 
  • Under Dust - free protective layer 
  • - 100 % anti kebocoran, selesa
  • - Gam Dan PE kalis air
  • - Shield bacteria wrapping





Amez Care Day ada 12 keping pad di dalamnya dengan ukuran 240mm. Sesuai dipakai di siang hari. Siap dengan sayap, so tak perlu risau dengan masalah kebocoran. Garisan hijau tu lah terdapat herba tadi. Dan Amez Care sangat hygiene kerana dibalut dengan shied bacterial wrapping. Apa yang best nya... bila pakai miss V akan rasa mint² je, hehe... segar dengan bau haruman herba tu. 



Amez Care Overnight ada 10 keping pad dengan ukuran 290mm serta sayap. Sesuai di pakai waktu malam kerana kebiasaanya aliran haid pada waktu ini lebih banyak. Memang selesa dan tiada kebocoran. Nampak je nipis tau. Selesa sebab ada ultra soft top sheet, Far-IR, Nano Silver dan anti bakteria semulajadi.




Kalau macam dah hujung² haid tu, aliran pun makin kurang, so boleh lah pakai pantyliner ni. Kalau yang ada masalah keputihan tu, boleh cuba, mana tahu berkesan kurangkan masalah tersebut dengan adanya herba.

Memang best pakai Amez Care pad di waktu period sebab dah tak ada bau hanyir, busuk darah masa cuci atau pun masa seharian, sebab di cover oleh bau herba. Cuci pun senang. Selesa sampai tak rasa pakai pad sebab pad Amez ni nipis je, tapi tak bocor tau sebab ada SAP Layer.
Tapi perlu ingat ye tak kisahlah jenama apa pun tuala wanita yang korang guna, pastikan setiap 4 jam tukar pad kurang untuk elakkan jangkitan kulat, bakteria dan kegatalan. Cuci bersih dan buang dalam tong sampah bukan lubang tandas hihihi. Amez Care boleh dibeli di kesemua pasaraya terpilih seperti Aeon dengan harga menarik.   Info lanjut boleh layari :


Facebook :

Instagram :

Email :
support@amezcare.com

Aug 23, 2016

Seharian Tanpa Gadget

Seharian tanpa gadjet ingatkan tak boleh hidup haha. Tak ada maknanya. Nak jadi cerita, Sabtu lepas, phone ada problem sikit... so kita off kan, hantar repair. Dari pagi kami keluar pusing KL sampai ke balik baru dapat phone hehe. Suami pun silent kan phone nya. Sekali sekala kita kena jauh juga dari gadget ni, maklumlah ada gelombang dari gadget tu yang tak berapa baik untuk sel otak.



Yang ni suami sempat snap gambar kami masa dalam train. Bila kita tak on phone atau sebarang gadjet, memang rasa kita bebas sangat. Tak ada fikir nak scroll sana sini. Masa kita bersama tersayang pun berkualiti sangat. Tatap wajah dorang sampai puas haha. Kalau macam berjalan cuci mata tu, memang puas, luas pandangan. Berbeza kalau kita berkepit dengan gadget. Tapi tak dinafikan gadget dan teknologi memang penting, so pepandailah kita menggunakannya dengan sebaik mungkin. Lepas ni nak praktikkan kalau outing, masa dengan family, nak off atau silent atau off kan data.

Makan Street Churros di IOI City Mall

Siapa sini minat churros ? Pernah viral juga resepi churros ni dulu. Street Churros merupakan cafe yang menjual churros terkenal dari Korea sekarang dah ada di Malaysia tau. Wihuuuu. Lain ke churros dari Street churros ni daripada churros yang biasa ? Of coz lah dik non.... semua bahan - bahan diimport dari Korea. Al kisah dapat undangan untuk perasmian outlet Street Churros di Putrajaya dulu, tapi tak berkesempatan pula nak pergi, duk intai je lah wall blogger yang pergi . Seksa jiwa ...seksa tekak menengoknya haha. lepas tu dan - dan pulak Running Man duk makan Street Churros dalam episod berapa ntah. Terus membuak lah nafsu nak menchurros.




Masuk je Street Churros terus tangkap feeling makan churros di Korea haha. Interior design memang ala Korea sangat. Bersih dan cantik. Staff nya juga mesra. Menu pun banyak pilihan daripada churros hingga minuman. Kat situ boleh tengok staff buat churros menggunakan mesin khas dari Korea.

Churros Cheese



Churros Cheese RM 4.90 dip dengan Cream Cheese RM 1.50 memang heaven sesangat rasanya. Habis 2 batang churros masuk perut. Uniknya churros di Street Churros selain rasanya yang sedap gebu, rangup... bentuknya yang seakan bulat. Cream Cheese tu memang pure rasa cheese. Kalau tak suka cheese ada perasa cinnamon dan choclate. Dip pula ada choclate, blueberry, strawberry.

Choc Latte

Passion Fruit Ade
Minuman kami pesan Choco Latte RM 8.90 dan Passion Fruit Ade RM 7.90. Dua - dua pun best. Semacam tau rasa kopi Korea ni. Lebih umpppphhhh. Macam Passion Fruit ni memang refreshing, siap ada biji - biji nya lagi. Manis masam yang best.


Ah-Chu ChocoChoco




Bagi bebudak, best la dorang sebab di Street Churros, ada dijual churros beserta ice - cream yang pelbagai perisa. Ah - chu ChocoChoco RM 8.90 untuk si Bella. Wah meriah seronok dia makan. Tapi memang puas hati makan churros di Street Churros, memang tak cukup sebatang haha. Nak pergi tak tahu bila, jauh la. Mudahan akan dibuka di tempat lain yang berdekatan. HIDUP CHURROS :P




Street Churros
LG-66A Lower Ground Floor
 IOI City Mall 62500 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign