Sep 30, 2016

Kebaikan Sarapan Pagi Bersama Susu Dutch Lady

Dah sarapan ke belum kengkawan?  Ingat jangan sesekali skip atau tinggalkan sarapan.  Sarapan ni penting tau untuk pastikan perut kita tak kosong,  dan kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari.  Tapi bagus ke kualiti sarapan kita tu?  Sebab melalui kajian rakyat Malaysia tak mendapat kalsium secukupnya dalam pengbilan makanan seharian.   Sebab tu kita perlj amalkan pengambilan segelas susu Dutch Lady Pure Farm semasa sarapan berbanding minuman manis yang lain seperti kopi,  teh dan sebagainya yang tinggi kandungan gula. 


Kenapa perlu sarapan dengan susu ? 
  • Susu mengandungi 85 % kandungan air yang penting untuk tubuh,  membantu proses pencernaan , membantu mengawal suhu badan
  • Susu kaya dengan nutrisi penting seperti Kalsium,  Magnesium,  Fosforus,  Vitamin A,  B²,  C,  D³, Selemin yang baik untuk tulang,  gigi,  mata dan badan
  • Susu lebih mudah dihadam kerana mengandungi Laktose 


Wahhh hebatkan sarapan dengan susu...  Dengan itu aku sahut cabaran Sarapan Dutch Lady selama 7 hari baru² ini. Bukan hanya kanak² yang perlu minum susu,  kita yang dewasa lagi perlu tau... sebab kita lebih terdedah kepada risiko Osteoperosis.

Dutch Lady Pure Farm + Tuna Sandwich + Oat

Dutch Lady Pure Farm + Pisang

Dutch Lady Pure Farm + Laksam

Dutch Lady Pure Farm + Cekodok Tuna

Dutch Lady Pure Farm + Mee Segera Laksa

Dutch Lady Pure  Farm  

Dutch Lady Pure Farm  + Kurma

Rutin sarapan kami sekeluarga selalunya yang simple dan mudah disediakan.  Bergantung juga pada waktu,  kalau macam sibuk atau rushing nak kemana² kami hanya akan ambik segelas atau sekotak susu Dutch Lady Pure Farm...  berbanding jenama lain sebab ianya lebih tinggi Kalsium.  Alhamdulillah,  anak² memang sukakan susu,  so senang,  just pair kan aje sekotak susu Dutch Lady Pure Farm dengan menu sarapan kegemaran dorang,  kat situ dah ada 245mg kalsium bagus untuk gigi,  tulang, mata yang sihat. Kalau rajin boleh add on susu ni kedalam masakan,  minuman korang macam smoothie,  banana milk shake,  teh tarik,  dan banyak lagi. 


So lepas ni,  jangan pernah skip breakfast ok....  2 gelas susu sehari dah cukup untuk bekalkan 200mg kalsium . Dan amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat


Web
https://www.dutchlady.com.my


Facebook
https://m.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk/


Instagram
https://www.instagram.com/dutchladymy/

Sep 28, 2016

MY CYBER SALE Tu Apa?


Sana sini heboh pasal #mycybersale di tv,  radio,  web,  blog, ig,  fb semualah kan.  My Cyber Sale adalah online sale event terbesar di Malaysia dengan kerjasama KPDNKK,  cyber Security  MS,  SME GROUP,  MATRADE.  Tinggal 2 hari je lagi bermula 26 Sept 2016 - 30 Sept 2016 My Cyber Sale ni berlangsung,  time ni lah time yang sesuai untuk membeli belah secara online kerana lebih banyak penjimatan kerana tawaran diskaun sehingga 90% ditawarkan.  Lebih kirang 4500 usahawan yang terlibat,  antara shopping online yang terlibat seperti Air Asia,  MAS,  Lazada,  Zalora,  Karangkraf, Peekabook dan banyak lagi...  Free shipping lagi tau.  Apa lagi jom shopping hahah








Sep 27, 2016

Hi-Tea Party With Datuk Stella Chin ( Kebahagiaan Yang Kutahu)

Peluang menyertai majlis hi-tea bersama Datuk Stella Chin baru² ini bukanlah hanya sekadar majlis hi-tea biasa²....dari Datuk Stella hinggalah ke setiap perkongsiannya semuanya penuh dengan input,  tips dan sedikit sebanyak ulasan tentang buku hasil penulisan terbaru beliau iaitu Kebahagiaan Yang Kutahu


Majlis disertai beberapa blogger bertuah dan para jemputan vip yang lain,  dengan hidangan manisan yang super cute,  sedap di StarLadies.  Semuanya berkonsepkan pink dan putih.  Siapa Datuk Stella Chin? 



Serius... Sebelum terima jemputan ni,  memang tak pernah mengenali beliau,  rupanya beliau merupakan pengasas StarLadies yang juga seorang rakyat Malaysia berasal dari Melaka yang sudah berjaya dimata dunia di dalam bidang perniagaan,  pemasaran dan sosial.  Banyak anugerah yang diperoleh Datuk Stella bertaraf antarabangsa dengan usahanya sendiri sehingga diberikan gelaran Datuk. Antara pencapaian tertinggi Datuk Stella adalah dianugerahkan :

  • Anugerah Sepuluh Usahawan Wanita Cina Paling Cemerlang Di Dunia ( 2007 )
  • Anugerah Stevie Amerika ( 2015 )
  • Anugerah Diamond Berkualiti  Tinggi Antarabangsa 

Buku Kebahagiaan Yang Kutahu adalah buku versi bahasa Melayu selepas kejayaan penjualannya dalam bahasa Cina.  Supaya orang Melayu,  India dan semua dapat membaca perkongsian,  tips kejayaan beliau bertepatan dengan impian beliau yang suka berkongsi dan membantu orang lain.  Buku ini juga merupakan antara buku terlaris di pasaran dan toko buku di Indonesia menceritakan bahagaimana Datuk Stella mengimbangi kehidupannya dalam kerjaya dan keluarga dengan berpegang kepada konsep Bahagia. 

Perkongsian dari Datuk Stella


Sesi tandatangan buku Bahagia Yang Kutahu
oleh Datuk Stella

Dari dekat mengenali Datuk Stella Chin,  jangkaan sebelum ini memang meleset,  ingatkan beliau seorang yang dingin,  dan tak mesra tapi sebaliknya,  manis dengan senyuman,  ramah,  friendly dan suka bergaul dan sememangnya cantik....patutlah Datuk Alan Wong sangat menyayangi beliau. Selain sifat suka membantu dan berkongsi kesenangan dan kegembiraan dalam bentuk kewangan,  dorongan dan bimbingan bukan hanya di Malaysia,  Thailand,  Indonesia malah di Taiwan. 



Di dalam Kebahagiaan Yang KuTahu,  Datuk Stella yang juga pengasas StarLadies iaitu organisasi dalam membantu dan memajukan kaum wanita ini berkongsikan kisah suka duka, perit jerih beliau dalam mencapai kejaayaan. Bermula dalam keluarga yang susah,  membantu ibu menjual mee,  menghantar buah ke rumah pelanggan sehingga bekerja dengan pendapatan besar.... Seterusnya menjadi pengasas StarLadies dan Melilea jenama antarabangsa.  Banyak keperitan,  kesusahan,  kemanisan dalam perjalanan Datuk Stella yang boleh kita jadikan panduan,  ikhtibar untuk terus maju selain tips dan formular kebahagiaan daripada beliau. Nilai kekeluargaan yang menjadi tunggak utama untuk kejayaan.  Boleh dapatkan buku penulisan Datuk Stella Chun,  Bahagia  Yang Kutahu di kedai buku seluruh Malaysia dengan hanya RM 39.90



Sinopsis Arbitrarily Fond ( Uncontrollably Fond )

Sinopsis Arbitrarily Fond (Uncontrollably Fond ) 


Bagi peminat K-Drama khususnya peminat pelakon kacak Kim Woo Bin mesti tak lepaskan peluang menonton drama gandingannya bersama Bae Suzy si gigi cantik macam arnab heheh.  Actually tak tengok lagi drama ni yang katanya telah release sejak Julai lepas. 


Arbitrarily Fond ( Uncontrollably Fond ) mengisahkan When Shin Joon Young ( Kim Woo Bin ) dan No Eul ( Bae Suzy ) terpaksa dipisahkan sejak kecil,  masing² kecewa lara dan nestapa.... Dan akhirnya mereka bertemu setelah dewasa... Pada waktu tu Joon-You dah jadi seorang pelakon dan penyanyi kacak,  berbakat dan bijak manakala No Eul sebagai PD Dokumentari yang mementingkan keadilan,  menghargai wang dan kejayaan.. emmm mesti banyak babak menarik  dalam drama ni kan...korang tengok dah ke... Share sikit.. 

Sep 26, 2016

Pek Fleksi SAFI SHAYLA Lebih Fleksibel

Seharian bertudung / berhijab memang akan membuatkan kulit kepala kita lebih berpeluh dan terdedah kepada pemasalahan rambut dan kulit kepala.  Tanpa penggunaan syampu yang sesuai... tak mustahil masalah seperti resangan kulit kepala,  kelemumur,  rambut kering,  bercabang dan sebagainya mudah berlaku.  Dengan Safi Shayla pasti buatkan korang tersenyum kerana rangkaian syampu daripada Safi Shayla adalah istimewa diformulasikan untuk wanita bertudung / berhijab dengan rumusan utama iaitu Habatus Sauda. Sememangnya ramai yang mempercayai syampu Safi Shayla,  dan kini Safi Shayla telah memperkenalkan Safi Shayla Pek Fleksi yang lebih inovasi. 


Safi Shayla Pek Fleksi adalah lebih fleksibel untuk penggunanya.  Didatangkan dengan pek yang fleksibel berbanding botol supaya memudahkannya dibawa kemana² dan paling penting ianya mesra alam dan tidak membahayakan alam sekitar kerana diperbuat daripada lebih kurang 65% plastik.  Kalau nak refill yang botol tu boleh dapatkan pek fleksi terbaru dari Safi Shayla ni tau dengan kandungan 480g



Ni kali pertama rasanya aku mencuba rangkaian Syampu Safi Shayla.. dan aku pilih warna biru untuk anti kelemumur.  Biasanya syampu kelemumur yang aku guna,  mesti rambut akan jadi keras kejun heheh mesti kena guna conditioner ataupun mask...  bagi lembutkan semula.. Tapi Safi Shayla tak.... guna syampu je dah ok... dan paling best baunya yang best,  harum dan lembut. Dengan rumusan Habatuss Sauda dan bahan aktif Mentol dan ZPT 2x ganda membantu mencegah kelemumur.  Banyak lagi pilihan syampu Safi Shayla mengikut masalah rambut. Boleh dapatkan  dengan hanya RM 14.65 di setiap pasaraya,  kedai runcit berhampiran. 



SAFI SHAYLA Segar Bermaya 
SAFI SHAYLA Licin Terurus 
SAFI SHYALA Hitam Menawn
SAFI SHAYLA Itch Kontrol 
SAFI SHAYLA Kawalan Minyak
SAFI SHAYLA Rambut Rosak


Info lanjut :



Clef Data & Sync Cable Berkualiti Dari SISTA MALAYSIA

Rata² pengguna gadget,  pengguna smartphone khususnya memang memiliki data cable untuk memudahkan kita memindahkan data mahupun mengecas bateri dan sebagainya.  Data cable untuk micro USB banya dijual di kedai gadget,  kedai aksesori gadget dengan pelbagai bentuk, jenama dan harga,  tapi korang kena ingat....  Jangan sebarang beli tau sebab kalau kena cable yang tak berkualiti,  tiruan... boleh menyebabkan risiko kerosakkan pada gadget kesayangan korang.  Bak kata orang biar alah membeli,  menang memakai.  SISTA MALAYSIA antara kedai aksesori yang dipercaya,  berkualiti untuk korang dapatkan aneka aksesori untuk gadget / smartphone... semuanya ada.. dari cable,  bluetooth,  screen protector, batery,  casing dan banyak lagi. 


SISTA MALAYSIA merupakan jenama aksesori gadget / smartphone yang dimiliki oleh anak muda dari Malaysia,  Hong Kong dan Shen Zen yang memang sukakan teknologi dengan menghasilkan produk yang terkini,  berkualiti dan selamat digunakan. 



Sista Clef Data & Sync Cable For Micro USB ni memang aku suka pakai sebab penyebab utamanya adalah ia tak mudah berbelit,  berpintal ataupun patah sebab direka khas dalam bentuk yang nipis dan anti-twisiting.  So tak adalah setiap minggu habiskan duit beli data cable je kan.  Selain warna yang menarik,  ada biru,  merah,  putih dan banyak lagi. Dan memang cepat bila nak transfer gambar atau video dari kamera mahupun smartphone. Banyak lagi keistimewaan data kable dari Sista ni berbanding jenama yang lain...  Antaranya :

  • Proses transfer / pemindahan data lebih pantas
  • Charge bateri dengan lebih cepat dan selamat
  • Metarial yang berkualiti serta silikon yang lembut
  • Wayar kabel yang nipis dan anti-twisting
  • Bau wayar kabel yang wangi
  • Kepanjangan wayar 1000mm

So lepas ni tak payah risau beli aksesori gadget yang tiruan,  tak berkualiti dan membahayakan... Boleh ke Sista Malaysia dan dapatkan aksesori kesukaan korang dengan pelbagai pilihan warna,  bentuk dengan harga menarik untuk model ini hanya RM39.00 dan paling penting dijamin selamat digunakan 

Facebook :

Web: 

Hubungi : 
03-89417677

Sep 25, 2016

Peekabox Pakej Bahan Bacaan Anak² Murah Dari peekabok.com.my

Amalan membaca bukan sahaja mengkhusus kepada buku pelajaran tau....  sebaliknya sebarang bahan bacaan seperti  surat khabar,  artikel,  komik,  majalah,  buku cerita juga bagus untuk dijadikan amalan dan hobi selagi ianya memberikan manfaat kepada kita.  Sedari kecil,  kita sebgai ibu bapa,  atau orang dewasa haruslah memupuk  semangat membaca dikalangan anak² masih kecil lagi.  Banyak sumber bacaan yang ada dipasaran....  Bahan bacaan perlulah sesuai dengan umur mereka....  tak kisahlah dalam bahasa Melayu, Inggeris,  Cina dan sebagainya.  Kebiasaanya korang beli di mana buku² ilmiah atau bahan bacaan untuk anak²..... kedai buku....  atau melalui online ?  Pernah dengar pasal Peekabok tak ?  


Peekabok merupakan online store yang menjual pelbagai buku mengkhusus kepada pra sekolah hingga ke peringkat menengah.  Macam anak² sekarang si #AdamBella berusia 5 - 2 tahun,  so aku prefer pilih buku preschool.... Ada buku teks,  buku kerja,  tadika,  asuhan kanak² dan paling penting semuanya mengikut garis panduan dari Kementerian Pendidikan Malaysia.  Baru² ini Peekabook telah melancarkan  Peekabox mengikut bulan... dan korang boleh dapatkan di MYCYBERSALE 26 sept ini dengan harga murah
Kalau macam untuk buku anak² yang sekolah menengah,  terdapat pelbagai pilihan buku untuk SJK,  SMK,  kamus,  buku cerita selain buku teks dan buku latihan. 



Teruja anak² membuka Peekabox... Cantik bungkusannya... Ada 8 buah buku kesemuanya....  Kesemuanya adalah di dalam bahasa Inggeris. 

Its Time To Play
Topsy and Tim Play Football
Topsy and Tim Sticker Storybook  Have a birthday party
T.Rex
Diary Of A Spider
Phonics Workbook 4
ZhuZhu Pets Pocker Library
I Love My ABC




Apa yang bagusnya kualiti kertas kesemua buku ini adalah yang terbaik... penggunaan warna yang cerah dan menarik selain karektor yang menarik... Mampu menarik perhatian anak². 




Bukan sahaja buku cerita,  malah ada juga buku kerja yang membolehkan anak² menulis,  mewarna dan menampal stiker mengikut  cerita... Memang menarik... Paling diminati oleh #AdamBella....

Mudah je untuk shopping  di peekabook korang hanya perlu ke laman web peekabok dan pilih mana buku yang bersesuain,  buat bayaran kredit melalui bank transfer atau Pay Pal dan korang akan dapat caj penghantaran PERCUMA kalau belian melebihi RM150....dan servis khidmat pelanggan pun bagus dan cepat. Tak rugi melabur untuk masa depan anak². Sebarang pertanyaan dan belian bolehlah ke :

Peekabook Sdn Bhd, 
Level 23, Premier Suites, 
1Peekabook Sdn Bhd, Level 23, Premier Suites, 1 Mont Kiara, 1 Jalan Kiara, 
50480 Mont Kiara, 
Kuala Lumpur

Call / SMS / WhatsApp: 
+6018 3266 238



Sep 24, 2016

Menu Lunch Simple Hujung Minggu

Selamat berhujung minggu.  Dah makan tengah hari ke korang ? Ke pergi jalan² makan angin bersama family?  Wahhh best lah,  boleh gantung kuali hehehe.  Hujung² minggu ni tak kemana,  tak tau nak masak apa,  nasib En. suami request simple menu untuk lunch  hari ni.  Tak sampai 45minit penyediaannya kot. Gulai Patin Tempoyak dan Sayur  Sawi


Ikan Patin ori dari Temerloh... sedap, segar dan pure haha.  Simple je resepi gulai patin ni versi orang Semantan... Boleh tengok di sini Resepi Gulai Patin Tempoyak  nanti boleh cuba...  memang matching dengan sayur sawi ni,  tumis dengan minyak sikit je... Pastu air.... Sedap... Anak² kita gorengkan ikan patin... Makan dengan kuah dan sayur sawi... Sedappp... Selamat menjamu selera

Sep 23, 2016

Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!


Hai Sally, sekarang hakak pakai rangkaian produk White Formula.... Tak sangka pula kulit muka jenis berjerawat macam hakak ni sesuai dengan White Formula yang diformulasikan dengan Hyaluronic Acid.... Kira ngam lah dari Cleanser, Toner, Gel, Cream  nya.... Cantik tak Hakak :P 



Wish me Luck !!!

Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena


Peminat mangkuk tingkat jom join GA ni....peluang menang mabgkuk tingkat yang super cute ni....cepar join sebelum 15 Oktober :)
Wish Me Luck


Sep 22, 2016

Berbaloi Makan Di Charlie's Cafe

Charlie's Cafe antara cafe yang dah lama aku aim.... heheh. Tak sangka diundang ke sesi food review baru - baru ini. Bersemangat lah aku sekeluarga pergi . Banyak menu menari yang ada di Charlie's Cafe tau , katanya owner Charlie's Cafe ni En. Dessany tersangatlah peramah dan pemurah, berasal dari Sabah gitu. Charlie's Cafe berkonsepkan santai dan self serve ...menyajikan comfort food yang membuatkan korang teringat selalu . Lokasi kedai pun ok, senang dapat parking, bersih dan susun atur yang cantik serta suasana yang selesa dan santai....tandas tip top...wifi pun free haha




Kalau dapat lihat didinding Charlie's Cafe terdapat lukisan karekator comel pelbagai etnik Sabah.... wahhh so sentimental value kan.... yang kertas banyak-banyak tu adalah resit sumbangan atau donation daripada pelanggan Charlie's Cafe.... hasil sumbangan ini akan ditukarkan kepada makanan yang akan disediakan dan diagihkan kepada mereka yang kurang bernasib baikoleh pihak Charlie's Cafe

Mata melilau asyik melihat tukang masak menyediakan makanan kami, konsep dapur terbuka membolehkan pelanggana melihat sendiri cara penyediaan makanan disediakan. Kesemua sumber dan bahan masakan adalah dijamin Halal dan dibeli direct dari penyembelih Muslim. Bila ditanya apa menu istemwa di sini.... Terus En.Desonny mengesyorkan untuk mencuba beberapa menu istimewa yang memang menjadi pilihan ramai pengunjung hohoh.



 Charlie's Sarawak Laksa RM 13.90
First time ni nak merasa Laksa Sarawak...pehhh penuh mangkuk uols. Ohhh laksa Sarawak menggunakan bihun kasar dan bukannya seperti laksa biasa. Disediakan dengan Sambal Belacan dan hirisan limau. Kata E. Desonny...bila dah gaulkan semua bahan, harus tambah Sambal Belacan baru lebih kick. Ada udang besar, fish ball, tauhu kering, taugeh dan telur dadar yang digoreng rangup. Rasa memang pure..... ada rasa kekacang dan seafood, kalau nak tahu paste ini dihasilkan sendiri oleh beliau menggunakan bahan asli yang diimport dari Sarawak....wahhhh patutlah fresh dan original





Charlie's Tom Yam RM 8.90
Peminat Tom Yam pasti akan meraung bila makan Tom Yam kat sini. Sebiji macam masakan tukang masak Thai tau. Cukup semua rasa pedas, masam, manis, masin semuanya. Portion sangatlah banyak...dan paling win, bihunnya tak terlajak lembik. Sayuran dan udang
pun tersangatlah fresh.... pekena dengan Iced Lemon Tea...pehhh...ice lemon tea kat sini fresh bukan guna instant powder tu ok.....





Charlie's Curry Laksa RM 8.90
Sebenarnya aku dah serik nak cuba Kari Laksa sebab aku cepat muak...tapi berbeza dengan Charlie's Cafe punya version, serius tak memuakkan.... santan dia tak terlajak lebih kot. Digabungkan dengan 2 jenis mee iaitu mee kuning dan bihu. Sambal tu memang sedap...bila mix, boleh hirup macam gitu je



Charlie's Nasi Lemak Serai Wangi Ayam Berempah RM 9.90
Seriously hanya RM 9.90 siap ada telur mata, acar sayur, kuah kari, keropok dan peha ayam yang besar gedabak. Nasi lemaknya kaya dengan rasa, lembut dan gebu. Ayam pula memang rasa cukup rempah..... sedap hehehe... Bila ada kuah kari tu berkuah sikitlah Nasi lemak kita kan...sambal pun sedap, tak pedas sangat...cuma ayam agak kering sikit




Charlie's Crispy Chicken Chop RM 17.90 ( Black Peper / Cheese ) RM 14.90 ( Mushroom )
Wahhh ada 3 pilihan sos untuk chicken chop kat sini tau. Wahhhh gedabaknya ayam ni, suku pinggan hah. Crispy ya amat...ada rasa rempah ala KFC tu hehe.... side dish pun banya ada kentang goreng berbentuk kiub, comel lah pulak...senang nak makan. Ada coleslow yang super fresh dan rangup. Memang berbaloi dengan harga. Aku suka sos cheese...pehhh pure giler cheese nya...ada gabungan 3 jenis cheese. Yang black peper pun sedap, dan paling intimewa, black peper diimport dari Sarawak...sedapnya...rasa black peper fresh ni....mushroom pun best rasa cendawan shitake yang awesome....my kids suka.   ayamnya berjus...lembut dan fresh 




Musang King Cheese Cake RM 16.90
Bagi kaki desssert macam aku...nak pulak hantu durian....sure korang akan menagis tak mau balik lepas pekena kek paling lari kat sini. Dibuat sendiri oleh isteri beliau, Puan Debra menggunakan durian Musang King original dari pahang...yang dikisar dan diambil patinya. Cheese cake versi Charlie's Cafe istimewa tau sebab kandungan cheese melebihi base huhuhu. Base nya pula bukan sekadar biskut tau....tapi dibuat menggunakan campuran badam juga. Pehhhh kek ni heaven sesangat....rasa durian dan cheese bila bergabung...merecikkk wooo




Charlies' D24 Soft Serve RM 7.80
Yang ni lagi satu desssert menjadi kegilaan ramai tau. Ada yang datang dari Singapore hanya untuk merasa aiskrim durian kat sini. Korang nampak je putih aiskrim ni...tapi bau dan rasanya...teramat durian...rasa macam makan isi durian tau. Katanya ianya hanya campuran pati isi durian D24 bersama susu segar dan gula. Memang 1 cup tak cukup..... korang wajib cuba...
dan sekarang Charlies ada contest tau...boleh dapat D24 Soft Serve ni secara PERCUMA

2) Share this Post and Tag 3 of your Friends 
and Yeah! REDEEM 




#mycharliescafe 

Address :
 29, Jalan Bukit Desa 5 
Taman Bukit Desa 
58100 KL 

Waze to charlie's cafe :

 Whatsapp/ Call :
 012 816 0003 

Operating Hours :
 Mon-Sat 8am -930pm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign