Nov 30, 2016

Pelikat Pants Kanak² Murah Di Ziwani Textile

Pelikat pants mesti ramai yang berminat kan. Pelikat pants ni adalah seluar panjang bercawat besar atau 'baggy' yang dibuat daripada kain pelikat. Ingatkan pelikat pants ni sesuai dan ada dijual untuk golongan dewasa saja, rupanya pelikat pants untuk kanak² pun ada. Pelikat pants untuk kanak² ni istimewa daripada Ziwani Textile. Sebuah syarikat bumiputera yang mengkhusus dalam pembuatan pakaian, blaus, jubah kanak² dan kurta dewasa.

Pelikat Pants Kanak² Ziwani Textile


Adam dan Bella selesa sangat pakai pelikat pants kanak² dari Ziwani Textile ni. Ya.... Bella pun pakai pelikat hehe. Kain yang digunakan untuk hasilkan pelikat pants ni bukan guna kain pelikat biasa² tau, tapi menggunakan benang tenung 5000 cap Ayam Serama / Mangga. So tak peliklah pelikat pants ni halus, lembut, mudah serap peluh dan selesa.

Bergetah dibuku lali, longgar dan selesa

Kemasan jahitan, pinggang dan label yang kemas

Jahitan bergetah di buku lali pun kemas je, dan longgar, tak adalah ketat sangat sebab dah diukur mengikut saiz dan umur si pemakai. Bahagian pinggang pula guna getah, so senang nak meregang.... Tak perlu risau terzip atau tali berpuntal. Patutlah jualan pelikat pants Ziwani Textile ni mencecah 3000 helai sebulan. Paling penting warna dan design memang cute dan sesuai untuk soli comel.

Moyok kena pose hehe

Pelikat pants bukan saja boleh dipakai untuk santai dirumah, tidur aje, boleh je padankan dengan tshirt, baju melayu dan sebagainya untuk sesuaikan dengan majlis. Selesa pun selesa, tak adalah si kecil berpeluh, berlengas, melekit peluhnya. Harga pelikat pants untuk Adam & Bella atau kanak² bersaiz 1-6 tahun hanyalah RM15 . Murahkan...tu belum lagi kalau beli secara borong.


Harga Pelikat Pants Ziwani Textile :

Saiz A (1,2,4,6 Tahun)
Retail : RM 15
Borong : RM 10

Saiz B (8,10,12 Tahun)
Retail : RM 25
Borong : RM 15

Saiz C (S, M, L, XL Dewasa)
Retail : RM 40
Borong : RM 25


Hubungi :
Puan Wani : 013-779 1601 
Puan Hazlina : 019-944 2889

Website : 


Instagram : 
@ziwani_textiles

Nov 29, 2016

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah


Tamat 1 Jan 2017

REVIEW : Tefal Manual Chopper

Tefal memang dah sinonim dengan golongan mak² suri rumah dan kaki masak. Tefal merupakan jenama dari French yang mengkhusus kepada perkakasan memasak dan peralatan kecil di dapur. Tefal Manual Chopper antara cookware yang aku suka haha jimat masa, tenaga dan elektrik. 

Tefal Manual Chopper



Dengan Tefal Manual Chopper ni memudahkan kerja mencincang, mandadu dan mencincang halus bahan masakan . Dalam 5 saat dah halus bahan² tu. First time try, aku chop bawanh merah dan bawang putih, ingatkan kena penuhkan 500ml bekas ni, rupanya tak kisah banyak mana pun, boleh je kisar, cincang sampai halus. Tak perlu tambah air macam blender... Best kalau sediakan bumbu sambal ikan, sambal belacan, puri, dan bumbu nasi goreng. Sesuai sangat kalau bawak bercamping, untuk suami² jaga isteri dalam pantang, isteri² yg busy layan K-Drama macam aku kah²



Tapi hati² blade / mata pisau ni nampak je kecil tapi tajam yang amat. Masukkan aja bahan yang nak korang kisar, poting kasar dulu untuk mudahkan prosesnya. Lepastu tarik je tali tu, dan blades tu akan automatik rewind sendiri. Jangan risau Tefal Manual Chopper ni ada Anti Slippering Base, tak de lah bergerak² masa kita tarik tali chopper tu. Mudah digunakan, dibuka dan dicuci. Berbaloi dapat Tefal Manual Chopper ni masa promo Korang bileh dapatkannya dengan harga menarik di sini ok

Nov 26, 2016

Riang Ria Anak2 Di Jungle Gym Atria Shopping Galley

Hujung minggu mesti nak curi masa bawa anak² jenjalan makan², main² diluar. Last week tebus free voucher di Jungle Gym Atria Shopping Gallery... Sebelum ni pernah pergi Jungle Gym Bangsar Shopoing Centre, aku rekemen korang pergi yang kat sini sebab lebih banyak mainan dan luas selain banyak tempat makan dan lepak² untuk mak bapak hehe.


Biasalah pergi time weekend, memang ramai lah pengunjung dari pengunjung tempatan sampai lah pelancong. Main lah berapa lama pun nak main, mak bapak boleh masuk sekali. Kalau mak bapak bosan lama sangat, boleh lah santai² di cafe atau movie room yang disediakan. Nak solat pun tak ada masalah ada surau di setiap aras Atria Shopping Gallery, sebelah je.





Macam anak yang usia 3 tahun ke bawah boleh section mainan Babyland yang sesuai dengan dorang, so tak ada lah bercampur dengan anak² yang besar. Nak masuk Jungle Gym standby dari rumah bawa stokin, kalau x bawa boleh beli di kaunter. Semua kena pakai stokin untuk elakkan kecederaan dan untuk lebih hygyne.



Memang seronok anak² bereksplorasi, sampai dorang lupa nak makan, tak mau balik. Siap dengan mak bapak main hehe. Macam² ada Ball Pit, Crawling Tunnels, Air Guns, Trampoline, Basket Ball Mini, Fun Mag Wall semua

Minuman Berasaskan Stevia Di PapaRich

Paparich antara cafe / kopitiam yang memang fav aku dari zaman bujangan haha. Last week bawa anak main di Jungle Gym, Atria Shopping Gallery...so sambil tunggu anak...kita lepak di Paparich, perut berkeroncong. Papa dorang monitor anak² main.


Menu Minuman Berasaskan Stevia

Belek² menu, padahal memang dah set dalam kepala nak makan Paparich Asam Laksa dan Papa Cham. Tapi tertengok menu minuman baru ... Baru ke atau aku yang lama tak datang hehe. Menu baru minuman berasaskan Stevia ...wah sesuai sangat pada korang yang on diet, yang tengah jaga makan, stevia ni sejenis gula atau manisan semulajadi yang tiada kalori....kiranya altenatif untuk minum manis cara sihat. Si aku cuba Stevia White Coffee Papa Cham Ice




Memang syiok.... Asam Laksa pun memuaskan, Papa Cham pun awesomr, wifi pun ok.... Servis pun laju, bersih .... So rekemen kat korang makan² kat sini bila ke Atria Shopping Gallery, total cost dalam RM25+

Nov 24, 2016

REVIEW : Skinfood Strawberry Black Sugar Mask Wash Off

Mula terjebak dengan KBeauty... Start pada tu lah terkenan dengan Skinfood jenama terkemuka Korea, dah bertahun lamanya sejak tahun 1957 dipasaran. Biasanya suka mask, scrub dari Skinfood, so kali ni nak share pengalaman gunakan Skinfood Strawberry Black Sugar Mask Wash Off. 



Skinfood Strawberry Black Sugar Mask Wash Off ni kira macam scrub tapi istimewanya ia kaya dengan vitamin dan mineral kerana dibuat dari buahan dan tumbuhan segar. Macam yang ni strawberry kan, memang bau, warna macam strawberry real tu, siap ada biji² lagi. Ada bau black sugar yang manis² gitu. Dan paling best bukan je boleh mencerahkan wajah, tapi boleh membuang sel kulit matu, flakes dan melembutkan kulit.


Cara Penggunaan Skinfood Strawberry Black Sugar Mask Wash Off :

Selepas cuci muka boleh sapukan sedikit Skinfood Strawberry Black Sugar Mask Wash Off dan urut perlahan pada muka. Jauhkan dari mata dan mulut. Disebabkan teksturnya yang ala² salt scrub, korang boleh add in sedikit air untuk kurangkan iritasi. Biar dalam 10-15 minit dan boleh bilas dengan air suam, lap kering.


Bau & Tekstur :

Skinfood Strawberry Black Sugar Mask Wash Off ni tak disertakan spatula, so aku syorkan guna spatula untuk lebih hygyene. Teksturnya dan bau sama macam gula , manis² kasar gitu, tapi bila dah dicampur air diurut ke muka, ia jadi cair...dan melekit...bila bilas.memang best tau...memang rasa halus.

Skinfood Strawberry Black Sugar Mask Wash Off harga pun tak mahal sangat, natural khasiatnya pada kulit.  Harga kalau time promo RM27+ kalau biasa RM40+ boleh usha di altheadirect dari Korea

Nov 21, 2016

RUAM BAYI POWDER Rawat Psoriasis, Ekzema Dan Penyakit Kulit

Penyakit kulit seperti Psoriasis, Ekzema, Ruam dan sebagainya terjadi kerana keadaan kulit yang sensitif, sistem imun yang lemah, selain faktor pemakanan dan persekitan yang tercemar, berdebu dan sebagainya. Kesian tengok , terutama pada kanak² ... mak ayah pun mesti dah banyak berikhtiar merawat masalah kulit tersebut. Aku syorkan supaya mencuba Ruam Bayi Powder yang mampu merawat masalah seperti Psioriasis, Ekzema dan semua jenis penyakit kulit. Dan ianya selamat digunakan kerana diperbuat 100% daripada tanah liat putih, Koalin yang bermutu tinggi dan semulajadi

Ruam Baby Powder

Ya.... Ruam Bayi Powder diperbuat daripada tanah liat....kenapa tak percaya dengan khasiatnya ? Kalau nak tahu tanah liat merupakan antara cara Rasulullah merawat masalah penyakit kulit sejak zaman dulu lagi.

DARI TANAH KITA DIJADIKAN DAN DARI TANAH JUGA SEGALA PENAWAR TERCIPTA

Dari Aisyah r.a.d, Berkata: “Sesungguhnya Nabi saw berkata/berjampi bagi penyakit; Bismillah, Ini tanah bumi kami, dengan campuran air liur di kalangan kami, disembuhkan orang yang sakit di kalangan kami, dengan izin Tuhan kami.” (Sohih Bukhari: Kitab Attib; Bil:5745)

Ruam Bayi Powder mengandungi 100% tanah liat putih yang kaya mineral semulajadi bersama tapisan air galian yang khusus. Dibuat secara homemade , merupakan warisan turun temurun dan disahkan oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL 


Khasiat Ruam Bayi Powder :
  • Selamat digunakan oleh bayi mahupun dewasa
  • Menyerap segala toksid dan kotoran yang terdapat pada kulit
  • Mengurangkan dan merawat ruam, ekzema, psoriasis dan penyakit kulit yang lain
  • Mudah serap dan menyejukkan serta melembutkan kulit
  • Bebas bahan kimia, paraben, alkohol berbahaya
  • Menjimatkan, satu bekas mampu tahan sehingga berbulan²
Tekstur halus, lembut, sejuk dan mudah serap


Cara penggunaan Ruam Bayi Powder :
  • Sapu pada bahagian yang bermasalah setiap hari, sebelum tidur
  • Tambah air bertapis / air masak / air zam² kalau air dalam.bekas kering. Jangan campur dengan air paip, kerana tinggi Klorin
  • Bancuh secubit Ruam Bayi Powder dengan segelas air kosong dan minum untuk rawat keracunan makanan, gout dan gastrik ( dapatkan nasihat doktor )
  • Banyakkan minum air kosong, amalkan pemakanan sihat untuk elakkan kulit kering


Macam Isabella aku sapu dekat punggung dia sebab kalau terlajak 4 jam pakai dypers mesti tumbuh ruam panas dan merah je, macam Adam pula kulit memang sensitif, terkena habuk je mesti gatal² merah² so...sapu je.... Alhamdulillah berkurangan. Sebelum sapu tu, Bismillah, selawar dan niat nak sembuhkan penyakit.... Dan korang boleh ke website, page Ruam Bayi Powder untuk lihat testimoni pengguna yang rata² berpuas hati dengan kesan penggunaannya.

Sumber : https://www.facebook.com/ruampadabayi/ 

Sumber : https://www.facebook.com/ruampadabayi/ 

Pastikan beli Ruam Bayi Powder yang original untuk dapatkan hasil yang terbaik. Harga sebekas Ruam Bayi Powder RM 38.90 setiap satu. Untuk maklumat lanjut :


Website :




Hubungi :
HQ En. Hafis 013 480 6787 
( Bahagian Pemasaran )

Puan Nurul 017 6239935 
( Produk Owner)

Yuran Pra Sekolah 2017

Pra Sekolah tahun 2017 dikhususkan kepada anak² yang lahir pada tahun 2011 sahaja. Edaran borang kemasukan ke Pra Sekolah biasanya seawal bulan Julai lagi. Kalau lambat tu memang tipis lah harapan, nak pula kawasan yang ramai penduduk huh. Alhamdulillah rezeki si Adam Darwiish dapat diserap masuk ke Pra Sekolah untuk sesi 2017. Minggu lepas ada sesi pendaftaran dan pembayaran . Ada sesi taklimat dan pelantikan jawatan kuasa persatuan ibu bapa...papa Adam dipilih sebagai salah seorang AJK hehe...mudahan jalankan amanah dengan sebaiknya


Tiada yuran pendaftaran dan bulanan untuk Pra Sekolah kerana ditanggung pihak kerajaan sepenuhnya. Cuma perlu bayar RM160 untuk bayaran keperluan setahun seperti 4 jenis pakaian seragam, alat tulis dan sebagainya. Maknanya tiap bulan memang tak perlu bayar apa². Makanan semua disediakan, kata cikgu makan disediakan 2x sehari, waktu persekolahan pula seawal 7.20 sampai jam 11.30 pagi. Memang teruja bila tengok si Adam teruja ke sekolah baru, mudahan Adam diterangkan hati untuk menuntut ilmu, terima kasih tak terhingga buat guru tadika dan pembantu guru sekolah tadika Adam yang sekarang, setahun jaga, didik si Adam...mesti rindu lepas ni huuuu.... Oh untuk info lebih lanjut, korang boleh ke laman web rasmi Pra Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

Nov 20, 2016

Bibimbap Food Court IOI Mall Putrajaya.... Not Bad

Bibimbap 비빔밥 adalah makanan Korea yanh menjadi kegemaran aku selain Ttopoki, Kimbab dan yang lain² tu. Bibimbap ni adalah Nasi Campur versi Korea sebenarnya, nasi yang dihidang panas dalam mangkuk batu, di letakkan macam² jenis sayuran yang digoreng kilas, cendawan, taugeh, carrot, bayam dan macam² lah, ada juga hirisan daging dan telur mata yang telur kuningnya kira masak 3 suku je, sebab Bibimbap ni kerng, so kuning telur tu tu yang buatkannya lembab dan lemak sikit. Bibimbap kebiasaannya dihidang dengan gochujang atau paste cili Korea tu, soya sos dan minyak bijan, side dish pula ada kimchi dan sup kalp / rumpai laut

Hari tu lepas habis audition Running Man Challeng dekat IOI City Mall Putrajaya, kami singgah di food courtnya, biasalah papa dan Adam order Nasi Ayam, Chicken Chop...aku Bibimbap....kira first time makan kat sini

Bibimbap Set RM14+

Presentation not bad, Bibimbap pun ok not bad, cuma nasi nya hanya guna beras biasa, kalau Bibimbap di Food Junction, Mid Valley guna beras perang yang digoreng. Tapi Bibimbap kat sini memang lembab, gochujang nya best banyak. Cuma kimchi...adoiii spoil betul..... Kurang rasa....mungkin baru buat atau jimat kos.... Hahah


Seronok Bella hirup Sup Kelp tu, dia apa yang aku makan, memang dia pun teruja nak makan. Kalau makan dengan anak² hati² kalau Bibimbap disediakan dalam mangkuk batu ni, sebab ianya sangat panas sama macam plat sizzling tu ok.

Nov 17, 2016

GIVEAWAY BY CERITERAIBU.BLOGSPOT.COM

Mega Giveaway By Blogger's Family 2016


Tamat : 10/12/16

Ig akak : @aiinbaharom

Tag : Yumida

GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT


Jemput join 🙋
Wish me luck

Nov 16, 2016

Ramyeon Halal Korea

Ramyeon / ramen  라면 adalah mee segera jenis berkuah dari Korea. Anak² kecil dorang diajar untuk sediakan Ramyeon ni sebab ianya.mudah disediakan, just tuang air dan bumbu² yang disediakan. Alah kalau negara kita macam maggi lah kan, tapi tak elok ajar bebudak makan ramyeon / ramen ataupun mee segra ni. Kita yang dewasa pun tak elok makan selalu hahah. 

Ramyeon + Homemade Kimchi

Kebiasaannya ramyeon / ramen Korea ni spesis mee yang besar² hehe dan porsi yang banyak...memang mengenyangkan dan mesti disertakan dengan sayuran kering selain paste dan bahan perasa. Opppps jangan sembarangan beli tau, kena pastikan ada logo Halal dulu. Belek jangan tak belek. Biasanya aku beli di Aeon Big, Aeon Jusco atau secara online di 11Street pun sama kena cari yang Halal


Tak puas makan samyang, kena cari ramyeon / ramen juga baru puas sesab ada kuah hehe. Ada jumpa 2 jenama ramyeon / ramen yang Halal iaitu Shin Ramyun, Hot Yukgaejang dan rasanya not bad...memang best macam makan kat restoren Korea hahah.... Tapi cam biasa pedasnya manja² je....bagi yang lidah sambal belacan macam aku akan add on cili padi ... Hehe

D'Kayangan Steamboat Shah Alam

Steamboat antara makanan kegemaran aku sekeluarga. Tapi kalau makan steamboat ni kami lebih suka restoran yang berkonsepkan buffet, sebab boleh makan bebanyak, berjam² lamanya selain lambakan menu yang disediakan. D'Kayangan Steamboat Shah Alam merupakan pilihan kami....rasanya peminat steamboat memang dah familiar dengan D'Kayangan Steamboat ni, dan sebelum² ni pun aku ada share entri review D'Kayangan Steamboat


Di D'Kayangan Steamboat ni kita boleh pilih sama ada nak makan di luar, open air atau kat dalam restoren yang ada air-cond...macam kami yang ada anak kecil ni prefer makan kat dalam , jangan risau ruang makan tersangatlah luas dan selesa selain disediakan kemudahan surau, tandas dan lebih daripada 300 parkir



Confirm korang akan rambang mata dengan lebih 150 pilihan makanan selain menu istimewa Kambing Golek  yang disediakan setiap hari oleh pihak D'Kayangan Steamboat. Selain pilihan seafood yang segar, sos dan bahan perapan umtuk BBQ teramatlah istemewa dan sedap, dihasilkan oleh Chef Shanizam yang sudah 15 tahun dalam bidang kulinari dan bertaraf antarabangsa.


Aneka pilihan seafood egar

Perapan BBQ

Kuah pula boleh pilih sama ada nak sup ataupun tom yam. Selain pilihan seafood yang besar, segar seperti udang, ketam, lala, kerang, pahat, ikan, sotong terdapat juga pilihan ayam dan daging yang diperap istimewa. Bermacam pilihan mee dan sayuran segar turut disediakan Masakan panas pun ada disediakan kalau korang nak cuba seperti Nasi Lemak, Mee Goreng, Keaw Teaw Goreng, Bihun Goreng serta lauk pauk yang sedap Ayam Rendang, Sweet Corn, Ayam Masak Kari, Sayur Campur, Kerutub Daging, Sup Kambing dan banyak lagi .

Ketam besar gedabak

Kambing Golek + Blackpeper Sos

1st roumd steamboat heheh

Bella and her Papa tak sabar nak makan

Dah kenyang nanti boleh pekena dessert pula. Memang heaven kan, antara pencuci mulut yang ada seperti Aiskrim, ABC, kek, puding, buahan, rojak buah. Air panas seperti kopi, teh ada untuk korang yang tak minum ais, air sejuk pun banyak pilihan ada Sarsi, Oren, Laici dan macam² lagi.

ABC

Aneka kek

Buahan 

Happy Ending 😅

Kalau nak tahu D'Kayangan Steamboat ni dah beroperasi hampir 7 tahun dan menjadi pilihan rancangan Jalan Jalan Cari Makanwww.mamadarwiish.com/2015/08/d-bbq-grill-steamb ( JJCM ) TV3, Nasi Lemak Kopi O ( TV9 ), Malaysia Time Out dan banyak lagi selain pilihan jamuan korporat, hari jadi dan sebagainya. D'Kayangan sekarang mempromosikan Sunday Family Day bermula 12 tengah hari - 3 petang dengan harga istimewa RM 22.90+ ( dewasa ) dan RM 9.90+ ( kanak² ). Untuk hari biasa :


Bersama En Yunus, Manager D'Kayangan Steamboat


Harga :
RM 33.00+ ( Dewasa )
RM 18.00+ ( Kanak² )

D’KAYANGAN BUFFET STEAMBOAT
D’Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment. 
No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m Seksyen 13, 
40400 Shah Alam 

Facebook :

Instagram :

Contact:
03-55234979 / 012-2971091 / 
012-5076274

Waktu Operasi :
5pm - 1am

Hash Tag: 
#dkayangansteamboat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign