Dec 31, 2016

BabyLove Playpants NanoPower Plus Malaysia ( Review )

Pemilihan lampin pakai buang / dypers tersangatlah penting, tak boleh dipandang remeh sebab ia akan memberi efek kepada anak² yang memakainya. Jangan terlalu kedekut atau berkira untuk berbelanja untuk keselesaan anak² mengikut kemampuan. Pemakaian dypers yang tak sesuai dengan kulit anak² boleh mebuatkan kulit mereka kemerahan, terjadinya ruam panas, ruam lampin dan paling menyakitkan..... Melecet dibahagian celah peha. BabyLove Playpants didatangkan dengan NanoPower Plus™ terbukti berkesan melindungi kulit anak² serta melindungi dari sebarang kebasahan dan kebocoran.


BabyLove PlayPants NanoPower Plus


BabyLove Playpants ni lebih mudah dipakaikan kepada si manja berbanding dyper jenis tape tu, sebab konsepnya pakai sarung je macam seluar tu. Senang tak perlu baring² kan anak..... Heheh...nak pula pada anak² yang tak reti duk diam tu kan



Kelebihan BabyLove Playpants :
  • 2x ganda kuasa penyerapan dengan manik gel yang halus didalam lapisan fabrik walai hanya senipis 1 mm dengan NanoPower Plus™ yang dipaternkan dibawah The US
  • Memberi keselesaan dan kering sepanjang masa dengan lapisan Bubble Soft
  • Menyegarkan dengan pengedaran udara yang sempurna dengan adanya Air Flow Back Shed
  • Strechy Waist Elastic yang memberikan keselesaan terutama pada bahagian pinggang dan peha
  • Standing Leak Guard mampu menahan kebocoran dan lelehan air kencing mahupun najis
  • 2 pattern comel setiap pek
  • Ada pilihan dalam saiz S, M, L, XL dan XXL

Bahagian Depan

Bahagian Belakang

Bahagian dalam BabyLove Playpants NanoPower Plus

Buat si Isabella yang agak cerewet dengan pemakaian dypers / pants...setakat ni tak ada lagi rungutan darinya heheh. Tak ada mengadu gatal² mahuoun bocor...bebas dia bergerak, beemain, tak ada terlocot ataupun tercabut sebab potongannya fit dengan saiz

Selesa dibahagian pinggang


Pada ibu bapa yang nak mencuba pakai BabyLove Playpants NanoPower Plus ni boleh beli secara online di http://www.lazada.com.my/baby-love-official-store/?searchredirect=baby+love+official+store sebab ada promosi BUY 1 FREE 1 sementara stok masih ada


Dec 29, 2016

Cara Mudah Renew Domain NetKL

NetKL antara pilihan kebanyakan blogger masa kini kot๐Ÿ˜‰ Menyediakan servis domain dan hosting dengan harga berpatutan selain servis yang lancar, bagus dan cepat. Kiranya ni nak masuk tahun ke2 aku melanggan domain dari NetKL...tamatnya Feb tahun depan... Tapi cepat² aku renew semapam sebab takut terlupa. Boleh ke renew domain, walau tarikh expired lambat lagi ? Jawapannya YA . Tapi 1st time nak renew ni terkial² juga, duk google tutorial cara nak renew domain...kebanyakannya renew secara online di web NetKL ...biasalah newbie macam aku, takut dan was² gitu kan..jap lagi salah tekan naya ....๐Ÿ˜… So cecepat aku pm blogger Sheda Ucu sebab dulu hire Sheda untuk setting domain ni....Sooo senang je rupanya ...tak perlu susah2 online...cuma email kan aje...

Invoice bayaran domain NetKL

Email details dari NetKL



1. Email terus ke sales@netkl.com

2. Dalam email tu nyatakan yg korang nak renew domain samada dah expired ataupun tidak. Sertakan sekali alamat domain korang.

3. Nanti pihak sales NetKL akan reply email korang siap dengan harga dan no akaun NetKL untuk korang transfer

4. Dah siap transfer, attch bukti bayaran dan emailkan pada mereka

5. Bukti terima bayaran beserta invoice akan korang terima melalui email

Mudah kan... Tak sampai satu hari semua siap...memanh cepat...so korang dah renew ke belum domain tu...kalau belum cecepat k...nanti takdelah kelam kabut๐Ÿ˜…

MUUKA - Hanya 2 Produk Skincare Mampu Rawat Dan Cantikkan Kulit Wajah

Kalau sebut pasal set penjagaan wajah, dah terbayang dalam kepala berjenis² produk kena guna dari cleanser, toner, moisturizer, lotion bla bla bla kan…. Sampaikan tak terpakai dibuatnya…paling tidak pun terskip mana² aturan… hehe. Percaya tak dengan hanya 2 produk dari MUUKA , mampu merawat, melindungi dan mencantikkan kulit muka tau. Wahhh tak sabar nak share dengan korang. MUUKA merupakan jenama skincare terbaru dipasaran…tetapi dah mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia disebabkan ianya bersifat semulajadi, bebas kimia serta tiada kesan sampingan. Muuka Polished Pink Secret Miracle Lotion Mask & Muuka Polished Pink Secret CC Cream merupakan 2 produk penjagaan wajah yang mampu membuatkan kulit muka lebih sihat, glowing, cerah, cantik berseri . 


Muuka Malaysia

Dihasilkan dikilang bertaraf GMP, mendapat kelulusan SKKM, menggunakan 100% bahan semulajadi, packaging pun sweet je kan…ala² kbeauty gitu.

Muuka produk buatan Malaysia





Muuka Polished Pink Secret Miracle Lotion Mask

Lotion Mask

Tekstur cair dan ringan


Korang suka pakai mask tak ? Lotion Mask dari Muuka ni lain daripada mask yang lain tau. Tak leceh untuk digunakan, tak perlu cuci, bilas, peel off pun. Caranya mudah saja, hanya pump kan sedikit diatas tapak tangan dan ratakan diseluruh muka hingga leher dengan menepuk² lembut. Dengan hanya pakai lotion mask, kulit akan mendapat khasiat seperti memakai toner, serum, essence, pelembab dan yang paling unik sekali lotion mask ini juga berfungsi sebagai masker wajah yang boleh dipakai setiap hari.

Teksturnya pula macam air, menjadikkannya lebih mudah serap oleh kulit muka, so takdelah melekit² melelwh bila dipakai. Baunya pun best tak macam mask yang lain yang boleh kita bau chemicalnya.


Fungsi dan Manfaat Muuka Poloshed Pink Secret Miracle Lotion Mask :

  • Mencerah dan menjadikan tona kulit lebih sekata
  • Menengang dan menjadikan kulit lebih anjal
  • Melembabkan kuli
  • Mengecilkan pori
  • Menaikkan seri wajah
  • Mengurangkan kedutan dan parut
  • Menanggalkan sel kulit mati serta menggalakkan pertumbuhan sel baru
  • Kulit lebih halus, cerah, glowing, sihat berseri




Muuka Polished Pink Secret CC Cream

CC Cream


CC Cream ialah Color Correcting atau Color Control Cream yang mempunyai pelbagai fungsi. Produk ini berfungsi sebagai make up base selain mampu merawat masalah kulit seperti jerawat, tona kulit tak sekata dan sebagainya. Kebiasaannya aku tak suka pakai cc cream hehe sebab melekit² tapi Muuka punya cc cream ni tak pun tau…ringan, tak melekit pun…. Warna pun cun warna pink… ada SPF30 uolss…sesuai sangay dengan cuaca Malaysia ni, so takdelah rentung kulit muka…selamat dari sinar UV

Cara pakai pun mudah saja, just oleskan sedikit ke serata kulit muka hingga leher selepas kita pakai lotion mask tadi.


Fungsi dan Manfaat Muuka Polished Pink Secret CC Cream :

  • Melembabkan kulit muka 
  • Menjadikan tona kulit muka lebih sekata
  • Merawat masalah kulit seperti jerawat, kulit sensitif dan jeragat
  • Membantu memudarkan parut jerawat dengan efektif
  • Mengurangkan pengeluaran minyak pada kulit
  • Mencerahkan kukit muka dan menjadikannya lebih glowing
  • Melindungi kulit dari bahaya sinar UV
  • Anti-wrinkles dan anti-aging
  • Menganjal dan menegangkan kulit muka



Sebelum dan selepas penggunaan
Berbeza perbezaan mengikut jenis kulit

Hasil penggunaan set skin care Muuka selama 7 hari hehe. Memang best hasilnya. Dan paling penting jimat masa, jimat wang….2 produk je mampu atasi dan rawat kulit muka dengan hanya RM99 je tau FREE POSTAGE lagi ๐Ÿ‘. Kalau sebelum ni kulit muka memang agak berminyak nak² bila bangun dari tidur…… tapi lepas setiap malam apply lotion mask ni….kurang dan minyak di muka….. Parut² halus pun makin pudar….. dan takder lagi sunburn bila buat aktiviti luar…. Memang akan pakai cc cream ni setiap kali nak keluar rumah even dalam rumah pun hehe….dan palinh aku suka memang tak buatkan kulit aku beriritasi, merah² atau pedih…sebab kulit muka aku ni versi sensitif dengan chemical. So jangan lepaskan peluang untuk rawat dan cantikkan kulit muka korang secara selamat, semulajadi dengan harga istimewa dengan 


rangkaian produk skincare Muuka. Selain korang boleh tengok sendiri testimoni pengguna Muuka yang berjaya merawat masalah kulit muka mereka dan menjadikannya lebih sihat, cantik, berseri dan pinksh๐Ÿ˜˜





Website : 




Dec 28, 2016

Japanese Seaweed Salad Sedap di Sukiya

Semenjak memenjak ni tersuka pula makan² ramen di Sukiya... Kira ini kali ke2 makan disini, tapi kali ni ditemani anak² ...lagi berseleralah mama makan hihu๐Ÿ˜… Sebelum ni dah sharekan satu entri masa 1st time makan di Sukiya...korang boleh baca di SINI Kali ni pun order menu yang sama iaitu, Tokyo Ramen dan aku punya apa nama ekkk hehe lupa, tapi lebih kurang je, plus ada telur rebus separuh masak dan lebih sayuran. Anak² suka makan...maknanya best la tu

Sukiya Tokyo Ramen

Seaweed Salad


Yeahhh kali ni merasa juga Seaweed Salad...hari tu tak sempat nak order hehe.order ala carte je..RM3 kalau nak add on dalam ser pun boleg dalam RM6+ sekali nasi, tohu dan air. Warna hijau menyelerakan sungguh, ingatkan masam² macam kerabu seaweed Sabah tu, tapi lain...rasa pure seaweed, bau laut sikit, ada masin², ada bijan hitam dan timun, memang refreshing....crunchy² gitu ...macam nak tapau bawa balik nanti..x cukup semangkuk hihuuuu...pada korang nak cuba makanan Jepun khususnya mee/ramen boleh lah cuba di mana² cawangan Restoren Sukiya Tokyo Noodles...Halal ok๐Ÿ˜˜

Dec 27, 2016

FoodMatters.me - Pilihan Menu Makanan Sihat Dengan Bacaan Kalori

Korang biasa tak order makanan secara delivery atau online ? Eh sekarang macam² jenis makanan dah boleh kita order secara online…bukan terhad kepada makanan segera / fast food je tau….malah makanan bernutrisi tinggi, berkhasiat pun dah ada…. Seperti pilihan makanan sihat dari FoodMatters.me . Pada korang yang sedang on diet, atau sedang menjaga pengambilan kalori…jaga badan lah …senang cakap kan…suggest sangat korang cuba menu makanan dari FoodMatters.me ni… kerana kita dapat tahu setiap nilai kalori yang kita makan …dah siap semua label kalori pada kotak makanan tu serendah RM10. Dan bukan sesuka.hati je tetapkan nilai kalori tu tau….. FoodMatters.me ni disediakan oleh Chef Alexandra Probaharan yang merupakan seorang pakar nutrisi profesional yang diiktiraf oleh American Fitness Professional & Associates ( AFPA ) menggunakan sumber makanan HALAL.


FoodMatters.me

FoodMatters.me disediakan dalam kotak kertas….bukan polistren…so lebih selamat digunakan, boleh dikitar semula dan lebih mesra alam. Setiap kotak makanan pula disertakan dengan label lengkap tentang kandungan kalori, protein, karbohidrat dan lemak. Terdapat pelbagai pilihan menu , antaranya menu Asian, Fusian, Western, Vegetarians, Low Carb, Low Fat dan Gluten Free. So tak sabar nak cuba kan…. Terima kasih buat FoodMatters.me kerana memberi peluang merasai sendiri kelazatan dan kalainan menu makanan mereka. Aku order 4 jenis menu makanan hahaha….boleh tahan tamaknya kan.๐Ÿ˜†

Spicy Tuna Wrap
Kalori 304
Protein 20.8
Lemak 5.6
Karbohidrat 41.8




Spicy Tuna Wrap ni dari menu Fusion. Menggunakan tuna segar dan yogurt menggantikan mayonis. Kaler kemerahan sikit sebab ada campuran serbuk.cili, memang pedas, sesuai dengan namanya…. Rasa yogurt yang masam² tu memang fresh dan kena pula dengan salad segar. Crunchy² gitu….wrapping nya pun lembut je…memang sedap dan sesuai utk korang yang sukakan pedas…..kalori pun rendah uolsss๐Ÿ‘


Mushroom & Spinach Crustless Quiche With Salad
Kalori 197
Protein  17.8
Lemak  10.8
Karbohidrat  8.3




Yang ni dari menu Western. 1st time ni nak makan Crustless Quiche...yang merupakan savoury pie yang dibakar, mengandungi bayam dan mushroom ...mulanya ingat telur heheh...Warnanya agak gelap sebab ada banyak mushroom, tekstur ala² omelete gitu...sedap memang kena dengan salad, setiap hidangan mesti ada salad sebab salad ni.kaya dengan vitamin dan serat...selai dressing salad yang best...kalau tak silap balsamic vineger kot. Bagus makan cendawan ni bebanyak sebab cendawan tinggi protein dan bayam pula rendah kalori...nampak banyak tapi nilai kalori rendah sangat...bagus²

Vegetarian Quinoa Bibimbap
Kalori 552
Protein 22.8
Lemak 28.4
Karbohidrat 48.0





Dari menu Asian...wahhh best² my fav ni...pertama harus cek sos gochuchang ni ...korea ke tak heheh...wahhh daebakkk besttt² wahhhh meriah dengan sayuran..ada kobis ungi, taugeh besar, cendawan, carrot....kalau bibimbap biasa guna beras perang , tapi yang ni special dari quinoa....sejenis bijirin yang tinggi serat, rendah kalori, rendah kolestrol. Sedap sangat dan suka tekstur quinoa tu...ala² cauliflower

Thai Red Rice Salad With Baked Chicken
Kalori 511
Protein 35.8
Lemak 10.4
Karbohidrat 70.4




Tak nasi...macam tak lengkap pula ๐Ÿ˜‚ tapi jangan risau ia menggunakan beras merah siam lebih tinggi fiber dan gandum penuh...tekstur lembut ala² bubur pulut hitam tapi serius best sangat ada rasa zing dari limau.nipis, haruman dan rasa herba dari rempah dan herba seperti serai, cili, halia, lengkuas, dah macam bau nasi ulam 
..sedap...segar sangat...dengan hirisan kepingan dada ayam bakar...wahhh sedapnya..tergigit pula si tomato comel tu...huh meletopppp....ada pedas sikit...best²

Kalau perasan, setiap menu hidangan dari FoodMatters.me ni ada pelbagai variasi warna, tekstur dan gaya masakan...memang berkhasiat. Kurang garam, kurang lemak, kurang kalori....so boleh lah cuba dan special untuk korang dapatkan 20% diskaun langgan bulanan pertama dengan mendaftar menggunakan kod FM ALI

Web :

Facebook :

Instagram :



Dec 22, 2016

GOOSEYSELFIE Contest Anjuran My TOWN Shopping Centre

#GOOSEYSELFIE Contest anjuran My TOWN Shopping Centre ini menawarkan sehingga RM10,000 jumlah hadiah untuk dimenangi..Contest ini diadakan bersempena meraikan pembukaan My TOWN Shopping Centre yang merupakan shopping centre terbaru daripada IKEA Cheras pada 16 Feb 2017 nanti. Ianya merupakan pusat membeli-belah gaya hidup terkini / bebas serantau dengan kira-kira 460 kedai-kedai. Diketuai oleh IKEA yang terbesar di Malaysia.

My TOWN Shopping Centre

Ianya terletak di kawasan yang strategik, hanya 5 minit dari Pusat Bandar Kuala Lumpur, akses yang sangat baik oleh Highways Major. Terowong Link terus ke stesen MRT Cochrane.Ianya dijangka menarik lebih 5 juta pembeli dalam tempoh 30 minit.Ianya dibangunkan bersama dan dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad & Ikano Pte. Ltd . So mark your calender hahaha

#GOOSEYSELFIE Contest

Ok cara untuk menangi hadiah mewah dari #GOOSEYSELIE contest ni mudah saja, hanya perlu ikut step di bawah ni. I wish you all the best guys๐Ÿ˜˜

2. Log in Facebook korang
3. Jawab soalan dan isikan maklumat
4. Upload selfie
5. Goosify selfie
6. Share





Mudah je kan... Korang kreatifkan gambar selfie korang dengan menggunakan ikon, emoticon yang disediakan dan jangan lupa cari goosey selfie aku dengan Squad Name Mother Goose dan Goosedonna.... Jangan luoa share di Facebook korang dengan hashtag #GOOSEYSELFIE

Dec 21, 2016

Yuk! Bebek - Indonesia Cuisine Food Delivery Pertama Di Malaysia

Makanan Indonesia boleh dikatakan banyak persamaan dengan makanan Melayu kita tetapi masing² ada keunikannya yang tersendiri. Sebelum ni tak pernah lagi explore menu makanan Indonesia, kalau macam Bakso, Nasi Ayam Penyet tu biasa lah hehe. Nak travel sampai ke Indonesia tak tahu bila rezekinya... Tak sangka di Malaysia dah ada Yuk! Bebek 1st Indonesia Cuisine Food Delivery....wahhhh main order je... tunggu je di rumah...makanan Indonesia otentik menggunakan resepi 25 tahun turun temurun sampai depan pintu. Alhamdulillah baru² ni dapat merasai sendiri kelazatan dan keunikan masakan Indonesia dari Yuk! Bebek 



Yuk! Bebek

Ada 4 menu istimewa makanan Otentik Indonesia di Yuk! Bebek. Ayam Goreng Bandung, Bebek Goreng Empuk, Pecel Lele Lomongan, Udang Assam Jawa. Wah baru dengan nama menu, dah terasa² ditekak ni keenakkannya. Tetiba blur...apa bebek ? Bebek maksudnya itik . Ooo patutlah logo Yuk! Bebek ada gambar itik๐Ÿ˜… Yuk Bebek merupakan makanan Halal Indonesia yang disediakan menggunakan ramuan, bahan yang Halal dan disediakan oleh orang Islam. Jadi boleh makan tanpa...ragu.

Yuk! Bebek
Yuk! Bebek Sambal Ijo, Sambal Kicap Hitam, Tauhu Goreng

Aku order set Bebek Goreng Empuk dan Udang Assam Jawa sebab mestilah nak rasa kelainan.. Nak rasa itik dan udang assam.. Emmm dapnya.... Setiap packaging permulaan...not bad, bersih, teratur dan menarik..siap ada quote lagi...Kesemua set makanan dari Yuk! Bebek disertakan dengan Nasi Uduk, Sambal Ijo Klasik, Sambal Kicap Hitam, Sambal Merah Meletop, Sup Asam Sayuran, Timun Segar, Tauhu Goreng, Salad , Keropok Belinjo dan buahan pencuci mulut

Bebek Goreng Empuk ๐Ÿ˜˜

Besar sunggh bebek ni๐Ÿ˜…

Bebek Goreng Empuk
Wahhh besarnya si bebek/itik dapat pula bahagian kepak...maveles....bau semerbak tau. Nasi Uduk ni ala² Nasi Lemak rasanya sebab dimasak dengan santan kelapa..tapi tak berlemak sangat.Elok gebu, lembut je nasinya, wangi sebab dialas dengan daun pisang. Bebek/itik pula memang sedap, lembut, berjus dan berperisa. Bebek ni katanya menggunakan 14 herba dan rempah tradisional Indonesia yang dibilas dengan lemon, dan dimasak secara slow coom selama 4 jam kemudian baru di deep-fry. Patutlah rasanya best sangat. Sup Asam Sayur ni best juga , 1st time rasa ...masam² sikit...  Ada 2 jenis sambal Sambal Kicap Hitam dan Sambal Ijo Klasik...aku suka Sambal Hitam Kicap..ada pedas² sikit tapi unik...cam berempah..yang Sambal Ijo ni memang kick hahaha....pedas...guna cili hijau dan ada rasa macam belacan sikit..kedua sambal ni semuanya dimasak...bukan sambal mentah...memang kena dengan ulam timun dan tauhu goreng tu. 


Yuk! Bebek Udang Assam Jawa

Udang besar dan segar

Yuk! Bebek Sambal Ijo Klasik & Sambal Kicap Hitam

Udang Assam Jawa
Pernah google pasal Udang Assam Jawa ni...memang terkenal di seluruh Indonesia... memang ngiur tengok udang² ni. Wahhh sedap wehh...udang tu...just nice je masaknya...takde terover cook ... Kenyal je. Ada rasa masam² asam jawa, manis, masin dan pedas. Udang Assam Jawa ni diperasakan dengan rempah ratus istimewa dan diaduk dengan sos asam jawa selama 6 jam...wahhh lama tu...tapi rasa masam tu just nice je....tak keterlaluan..memang best

Memang tak rugi mMakanaencuba hidangan dari Yuk! Bebek...dari penghantaran, menu, keenakan dan kualiti memang tiptop. Harga pun berpatutan iaitu serendah RM 12.90 - RM 16.90 setiap set. Penghantaran peruma kalau buat belian melebihi 5 set makanan...penghataran adalah seluruk Klang Valley...untuk maklumat details mengenai menu, harga, lokasi penghantaran, boleh ke :


Facebook :

Instagram :

Pertanyaan & tempahan :
012-4202437



Dec 18, 2016

Bawal Pucci Murah

Lepas tudung Bawal, Bawal Crepe, Satin, Shawl ... Sekarang giliran Bawal Pucci / Pucchi menjadi fashion trending masa sekarang. Mulanya buat tak kisah je dengan wujudnya Bawal Pucci ni.... Ada juga usha di pasar malam...wahhh mencecah RM25+ sehelai tudung hahah... Jujur aku cakap, aku tak berapa minat tudung memahal ni ๐Ÿ˜… hari² tengok korang melaram Bawal Pucci / Pucchi ni ni FB, IG semua... Geram pulak rasa hahah..x pe ...nasib dapat tahan lagi nafsu...sehinggalah ....... balik ke kampung...mula la terjadinya sawan pucci๐Ÿ˜†Bawal Pucci / Pucchi ni rupanya diinspirasikan dari koleksi Emilio Pucci seorang pereka fesyen Itali yang memang setiap designnya bertemakan abstrak ala² batik ni ... Hebat pada tahun 1920-30an. Nama pun diambil sempena nama beliau Pucci. 

Bawal Pucci, Bawal Satin & Bawal Crepe

Mana tak terbeliak mata.... Bawal Pucci kat kampung aku serendah RM1.80 - RM7.90 je tau...sungguh tak tipu...korang bayangkan berapa ganda dari harga kat pasar malam rumah aku tu..sampai mak bising...nak tidur dalam kedai tu ke hahah...Beli pun mana yg betul berkenan sebab dalam purse ngam² je haha...nasib bank jauh...Yang penting dapat belanja mak dan adik² hehe. Tudung Bawal Crepe RM2.50 Bawal Satin RM7.90 huh giler murah. Kualiti terbukti awesome...aku dah pakai beberapa helai dah..mudah dibentuk dan disterika

Bawal Pucchi Pink RM15 & Hitam RM19.90

Rasa termenyesal pula sebab sebelum balik kampung tu dah terbeli juga haha 2 helai..satu yang pink tu RM15 yang hitam tu RM19.90.... tapi ok metarial lebih tebal


Bawal Pucci RM7.90

Yang ni Bawal Pucci RM7.90 aku grab 2 ....haha memang rambang mata wehhhh... Yang hitam tu paling win...aku dah pakai ..boleh belek kat IG๐Ÿ˜…


Bawal Puchi RM1.80

Bawal Pucci RM1.80 heheh...cam tak caye kan..ni last minit nak balik...terperasan kat pintu masuk haishhh.. Kainnya lebih lembut, tapi bidang kecik sikit..boleh pakai wat pelasah jemput anak sekolah...g kedai haha


Bawal Crepe (Pink RM2.50)  Bawal Satin (Koko RM7.90)

Sempat juga aku grab Bawal Crepe...kaler idaman Pink Belacan dan Bawal Satin macam koko keemasan...cari gold tak ada huuuu....Ohhh lupa...kedai ni dekat Temerloh Pahang, namanya Muaz dan Zaleha..koranh carilah kedai tu...kain pasang pon hadoooo...yang memahal kat atas tu...dari Rawang๐Ÿ˜‰


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign