Apakah Ciri Hard Disk Terbaik ?

by - January 17, 2017

Hard Disk antara gajet atau peranti komputer yang menjadi keperluan zaman sekarang. Fungsinya untuk back up komputer malah boleh menyimpan segala data, gambar, dokumen, video, mp3 dengan skala yang besar berbanding pendrive dan seangkatannya. Dengan hard disk tak kan ada masalah memori phone penuh sampai phone jadi hang. Segala gambar, kenangan, video, lagu kegemaran korang boleh disimpan didalamnya dengan selamat. Dan paling win untuk korang yang kaki drama, filem...boleh simpan beratus episod didalamnya. Sebelum membeli hard disk...tentunya kena fikirkan dan kaji apakah ciri terbaik hard disk ? Supaya tak adalah kita tersalah beli atau mengalami masalah selepasnya.

Apakah ciri hard disk terbaik??? 



Kapasiti Storan
Alang² membeli hard disk...belilah kapasiti storan yang besar terutama mereka yang ngin menyimpan gambar HD, menggunakan DSLR atau kerja dokumen graphic design. Lebih luas kapasiti storan, lebih banyak dokumen, gambar, video yang dapat disimpan. Sebagai contoh, 500GB mampu menyimpan 100 ribu gambar 6MP, 125 MP3 128kbps

Kelajuan 
Kelajuan pemindahan dan penyimpanan data melalui hard disk amat penting bagi menjimatkan masa. Ianya diukur dengan RPM dan USB yang digunakan... USB 3.0 adalah yang biasa digunakan.


Keselamatan
Oleh kerana hard disk ini untuk menyimpan segala data yang penting dan banyak.. Kena pastikan hard disk yang kita pilih mempunyai ciri keselamatan seperti sistem password, kalis habuk dan kalis yang disediakan serta warranty yang ditawarkan. Biasanya hard disk tawarkan 2-3 tahun jaminan bagi sebarang kerosakan


Saiz
Saiz hard disk juga penting. Bagi yang suka travel, ke sana kemari, seeloknya pilih hard disk yang lebih kecil dan ringan supaya mudah dibawa dan disimpan.


Kualiti
Kualiti yang bagus dan tahan lasak sangat penting bagi memastikan hard disk sentiasa selamat. Terutama yang membawa hard disk kemerata tempat, berisiko untuk jatuh, terhempas dan sebagainya. Pilih metarial yang berkualiti, anti karat dan sebagaiya. Selain design dan warna yang trendy




Kesemua ciri hard disk terbaik tadi rasanya ada pada ADATA HD720 2TB USB 3.0 Water/Dust/Shockproof IP68 Ruggedized External Hard Disk Drive Portable HDD (Green) - AHD720-2TU3-CGR dari segi harga, kapasiti, keselamatan, tahan lasak dan design yang menarik. Boleh dapatkannya sekarang di LAZADA

You May Also Like

3 ulasan

  1. Ok... Dah 3x baca pasal ni... Mungkin dia memang suruh beli

    ReplyDelete
  2. First time tengok ada external hard disk yang tahan lasak macam brand Adata ni. Boleh kena ketuk, kena rendam, kena baling dengan lumpur. Masih elok lagi dan boleh guna macam biasa.

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish