Dum Laga Ke Haisha | Review Filem

by - February 28, 2017

Semalam ke kelmarin,  filem Dum Laga Ke Haisha ada ditayangkan di Tara HD, Astro.... Tak tengok on that time pun, tapi sempat record... Filem ni,  filem 2015.... Bergenre filem romantik. Banyak menang award pula tu dari heroin, sinematographi,  lagu di Filmfare Award dan merupakan filem box office . Lakonan Ayushmann Khurana dan Bhumi Pednekar.



Tentunya istimewa filem ni, memanh lain dari yang lain...barisan pelakon pun bukan dari yang popular tahap gaban tu.... Jalan cerita memang realistik...mengisahkan pasangan yang dikahwinkan oleh ibu bapa tanpa cinta. Macam biasa kan....tapi lain....sebab heroin ni , saiz fizikal yang besar,  hero pulak slim, handsome gitu



Bapak si hero kahwinkan dorang sebab so hero ni tak pandai...repeat belajar sampai umur 25 tahun tak pass pun. Si heroin pulak bijak dan bakal bergaji besar orangnya, so dorang nak manipulate si heroin untuk selamatkan kedai kaset dorang dari bankrap

Konflik bila si hero mula tak selesa sebilik dengan siisteri....tanpa tarikan seksual dan fizikal...si isteri pula berusaha mencuba untuk menambat hati si suami....sampai akhirnya dia putus asa dan failkan penceraian sebab sering dimalukan... dihina



Tapi....dalam tempoh 6 bulan pemerhatian mahkamah...banyak situasi terjadi...yang akhirnya membuka mata si hero...bukanlah saiz fizikal menjadi ukuran untuk happy, bahagia dan berjaya.....serius...memang best...ulasan ni mungkin biasa² tapi nanti korang try tengok sendiri memang beamst dengan visual, muzik, plot yang berlainan dari filem Bollywood yang lain..ada 1 lagu je dorang nyanyi 7 laut 7 gunung tu heheh.mantop....Nora kasi 5 bintang!!!!!!! Dan lepas filem ni debut heroin ni jadi slim tau...sampai dia kurus...hilang berat 25 kg pehhhh cun

You May Also Like

4 ulasan

  1. Masa tengok gambar, ingatkan dia kurus dalam filem.. Rupanya lepas filem tu debut ye.. comel je jalan citer dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah lepas debut...mengancammmm nya dia kan

      Delete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish