Flexible Octopus Tripod Murah | REVIEW

by - February 23, 2017

Pada yang kaki selfie, video, video tutorial, live video mesti penat nak minta tolong orang pegangkan phone atau camera. Lagi best kalau jenis terlebih kreatif macam aku, siap sendal dengan kotak, bantal, novel heheh...kadang sampai terlangkup phone dibuatnya. So dah memang kerja macam ni, kenalah lebih profesional, so kita beli lah Flexible Octopus Tripod ni. 

Flexible Octopus Tripod (Sponge) + Phone Holder


Ini bukan octopus yang orang Korea suka makan tu tau hehe. Ini spesis octopus tripod. Flexible Octopus Tripod ni adalah tripod seakan kaki sotong octopus tu, boleh dibelit², dipintal² heheh. Tapi yang ni memurah je dalam RM18+ di LAZADA . Brand paling femes dan dijamin mantop dan ofcoz lebih mahal adalah Gorilla, rata² blogger, vlogger oversea guna jenama ni. Kita blogger comey² guna brand biasa² je hihu

Boleh jadi selfiestick juga






Kalau nak beli octopus tripod ni, make sure disertakan sekali phone holder, kalau tak......nak lekat celah mana phone korang tu ? hehe...sebab ada vendor jual berasingan. Dan kena pastikan pula phone holder tu muat tak bukaannya dengan lebar phone korang. Macam yang aku beli ni ngam² dengan Oppo Selfie F1s ni dapam 5.5-5.7 inci boleh muat. Macam Samsung yang lebar² kena cari yang lebih besar

Octopus berdiri

Octopus duduk

Tapak kaki octous tripod ni plastik dan mampu melekap pada permukaan, so dia takkan bergerak dan mampu tampung phone aku ni berat juga ni.... Dan boleh kita lilitkan kaki octopus tripod ni pada tepi pintu, dahan pokok, grill, kerusi, meja bersesuaian dengan angle dan background yang kita nak. Tapi make sure ketatkan phone holder tu supaya phone kemas pada kedudukannya. 

Banyak warna, tapi aku suka merah...barulah octopus kan. Dan yang ni jenis octopus sponge, sebab batangnya yang boleh dipintal² tu dicover dengan sponge, yang brand Gorilla tu memang awesome dia cover guna bulat² plastik...korang try google mmg cute...tapi tak berani nak beli yang jenis macam tu untuk brand yang biasa, sebab banyak review kata bulat² tu mudah patah.

Memang teruja dapat octopus tripod ni, memang flexible...dan tak menahan nak guna masa buat live video, tutorial dan ofcoz video makan² hehe.... Jangan lupa layan video² menarik di youtube channel MAMA DARWIISHdan jangan lupa subscribe dan tinggalkan komen, nanti kita resubscribe ok . 

You May Also Like

10 ulasan

  1. tuari macam dah nak terbeli octopus tripod ni..tapi tulah..boleh pulak beli yang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...ni pun baru beli...dah lama duk dlm troli hehehe

      Delete
  2. kalau yang jenis macam nie susah nak patah , yang nie senang nk belit-belit.. nak kena survey dekat lazada jugak nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, kalau selain jenama mahal tu, ramai yg review kata mudah lerai yg bulat2 tu

      Delete
  3. Nampak menarik..memang memerlukan.sebab kadang nak selfie la..nak buat video..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik hehe.... haah part video tu selalu melingkop phone sendal ngan novel heheh

      Delete
  4. ada pernh tgk octopus tripod ni...hah pasni makin byk la video ye hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan....overseas ramai pakai... inshaallah hehehe

      Delete
  5. mmg mudahnya guna tripod octopus ni.. cute pun cute. hehe

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish