INNISFREE Jeju Volcanic Blackhead Out Balm | REVIEW

by - February 02, 2017

INNISFREE Jeju Volcanic Blackhead Out Balm

Innisfree Jeju Volcanic Blackhead Out Balm

Dah lama rasanya tak buat review tentang facial, skin care ni...lama ke ? Hehe. Innisfree Jeju Volcanic Blackhead Out Balm ni dah lama beli masa join event Butterfly Project dulu, shoppings free gitu...nasib baik lambat lagi expired date. Innisfree ni rasanya dah familiar di kalangan kaki beauty...tambahan pula, kbeauty. Pada yang tak berapa nak familiar, Innisfree merupakan jenama No.1 Korea dalam pasaran produk kecantikan, penjagaan kukit, wajah secara semulajadi dari Pulau Jeju. Alaaa Pulau Jeju, Korea yang terkenal dengan alam semulajadi, natural, gunung berapi tu. Dan bahan utama produk Innisfree adalah daripada lava gunung berapi Pulau Jeju selain ramuan lain seperti tanah liat dan teh hijau.



Pada yang ada masalah blackhead atas hidung macam aku, jom kita try Innisfree Jeju Volcanic Blackhead Out Balm ni katanya mampu menghilang bintik hitam. Hari² nak picit blackhead ni memang leceh, sakit pula tu, sampai merah hidung. Itu kalau time rajin, kalau datang malas....huh Nauzubillah dah macam apa ntah hidung eeeee yerkkkk



Packaging produk² Korea memang simple, tapi nice, elegan dan unik kan. Macam kotak ni, diperbuat daripada kertas yang boleh dikitar semula. Balm nya pula diletakkan dalam bekas bulatan plastik. 

Setelah dibuka Innisfree Jeju Volcanic ni, ia mampu bertahan sehingga 12 bulan, jauhkan daripada sinaran tepat matahari dan kanak². Kalau tengok pada tekstur macam keras je, macam balm panas pun ada hehe. Tapi tak.... Baunya natural, ala² share butter....  vaseline tu...tanpa bahan pewarna dan pewangi selain bahan kimia berbahaya



Cara penggunaan mudah sesangat, sebelum cuci muka....sapu dan urut perlahan dikawasan blackhead selama 3-5 minit, kemudian lap dan bilas dengan air suam atau cuci muka seperti biasa. Teksturnya jadi cair bila terkena jari.... Halus dan berminyak....tapi dont worry....ia bersifat mudah serap dan washable. Memamg rasa lembut, bersih je lepas pakai balm ni...walaupun tak dapat tanggalkan blackhead dikawasan yang susah hehe.

Kelebihan :
Menanggalkan bintik hitam / blackhead
Melembut dan menyihatkan kulit
Mudah dipakai dan dicuci

Kelemahan :
Tak berapa nak hygiene sebab tak disertakan sudu
Tak dapat tanggalkan blackhead secara menyeluruh

Boleh cuba dan dapatkannya di online shopping Althea, Lazada, Hermo dengan tawaran harga yang menarik. Inshaallah best, sebab tak mendatangkan iritasi.....natural dan cool

You May Also Like

2 ulasan

  1. faa pon pakai yg ni. tapi spesis blackhead degil. keluar sikit2 je

    ReplyDelete
  2. sesuai utk org yg x suke jenis peel off.. ��

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish