Feb 3, 2017

Merasa Juga GREEN TEA OYAKI - THE LOAF

Entah sejak bila, bermula dimana aku minat tahap gaban pada Green Tea / Matcha ni. Tak kira dari minuman, dessert, main dish hingga ke pastri. Biasanya Jepun, Korea yang biasa gunakan green tea / matcha / teh hijau ni dalam menu mereka tak terkecuali Thailand. Akhir tahun lepas, sempat la makan² di The Loaf, NU Central sementara tunggu masa bermulanya event. The Loaf ni mengkhusus kepada roti, pastri² gitu selain makanan berat², western cam gitu. Masa tu lapar, jadi tak terbeli pula si Green Tea Oyaki ni, dalam hati... Kata next time singgah beli...sebab hari tu pekena Nasi Ayam...haha lapar punya pasal

Green Tea Oyaki - The Loaf

Tak sangka pula rupanya Green Tea Oyaki dari The Loaf ni antara best seller tau. Rasanya lepas hari tu, adalah dalam 4-5 kali usha kat The Loaf.....malang.....mesti SOLD OUT....Tak tau lagi masa tu rasa, teksturnya macam mana Oyaki ni.... Yang pasti ia pastri dari Jepun menggunakan green tea. Bila google katanya Oyaki ni antara makanan terkenal di daerah Nagano


Gebu, lembut, Green Tea sesangat

Alhamdulillah baru² ni dapat juga beli Green Tea Oyaki ni....yeahhhhh....boleh pulak beli 1 je...RM3 ...kononnya nak test² je....beli 1 terus balik.....sekali gigitttttt

MasyaAllah sedap nyaaaaaa....pastri nya diperbuat daripada buckwheat / tepung soba..... Dibakar....dalam oyaki green tea ni ada macam krim green tea uhhhh sejuk...sedap je....roti pastri nya tak mampat, ringat je....warna hijau...dalam nya berongga....uhhhh.  Bahagian atas ditabur dengan serbuk green tea....dan icing sugar.....boleh bayangkan tak....pahit² green tea bercampur manis gula kena pula dengan gebu pastri.....menangis beli 1😭😭😭😭 Bersembur, berhabuk mulut dengab green tea hehe



Nasi Ayam The Loaf

Pilihan rasa Oyaki

Ohhh dulu makan Nasi Ayam ni lah, dengan mocktail.....emmmm suggest kat korang laan pastri kalau datang ke The Loaf hehe.. Boleh juga try western food, sebab Nasi Ayam ni macam muak sikit...opppps sori. Kalau time breakfast memang penuh la cafe ni.....so pepandailah cari masa senggang.....Oyaki Green Tea ???? Ada rezeki korang dapatlah heheh...kalau tak...boleh cuba rasa lain macam cheese Oyaki, Sausage Cheese Oyaki, Chicken Oyaki dan banyak lagi , tapi mahal 30sen hihi. Boleh la google branch lain The Loaf berdekatan korang


2 comments:

  1. alahai mcm sedap je tengok kek tu. sy pun suka matcha! :3

    ReplyDelete
  2. minat green tea... mesti sedapp oyaki tu.. kalau jumpa kena beli ni.

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign