Feb 19, 2017

PROJEKKAHWIN.COM - Memudahkan Dan Merealisasikan Impian Bakal Pengantin

Majlis perkahwinan yang sempurna menjadi impian dan angan setiap bakal pengantin. Persiapan majlis perkahwinan memerlukan perancangan yang rapi bagi memastikan ianya menepati citarasa dan menjadi kenangan terindah buat selamanya. Tema Klasik, Tema Tradisional, Tema Dalam Taman, Tema Inggeris dan banyak lagi membuatkan bakal pengantin kadang sukar untuk membuat pilihan selain tema warna dan aspek lain. Khidmat wedding planner sangat memainkan peranan penting bagi merancang, mengatur dan merealisasikan impian dan angan pasangan pengantin khususnya mereka yang sibuk dan tiada idea. Dengan adanya portal perkahwinan seperti Portal Projek Kahwin, urusan persiapan majlis perkahwinan lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga dan mengikut pakej kahwin dan bajet yang diperuntukkan.

https://www.projekkahwin.com


Projekkahwin.com
Projek Kahwin merupakan sebuah portal yang ditubuhkan dengan mengumpulkan semua produk, perkhidmatan dan vendor perkahwinan bumiputera secara online bagi memudahkan bakal pengantin.


Antara produk, perkhidmatan yang terdapat di dalam pakej kahwin di Projek Kahwin adalah wedding planner, make-up dan andaman, photoghrapher, video, hotel, ballroom, catering, butik pengantin, kad kahwin dan banyak lagi dengan tawaran harga menarik serta mengikut bajet pasangan pengantin.

Antara catering perkahwinan dari vendor projekkahwin.com

Hasik fotografi dari vendor SweetPicture


Untuk mendapatkan khidmat dari Projek Kahwin atau pakej kahwin yang bersesuaian, bakal pengantin hanya berurusan  dengan mudah iaitu secara online, dan tak lama lagu akan lebih mesra pelanggan dengan akses melalui ios dan android. Segala maklumat syarikat vendor, logo syarikat, media sosial dan maklumat serta hasil kerja vendor boleh dilihat di portal Projek Kahwin serta boleh melihat update terkini vendor melalui akaun media sosial seperti facebook dan instagram.




Portal perkahwinan seperti Projek Kahwin ini memang memudahkan urusan persiapan majlis perkahwinan dengan tawaran dan pilihan dari vendor perkahwinan yang profesional dengan harga dan pakej perkahwinan yang mengikut bajet dan berbaloi. Dan yang paling penting ianya dipercayai dan diyakini serta mendapat feedback yang baik daripada pelanggan.





Instagram : 

Facebook :

Website : 


No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign