Resepi Mee Tepung Tanpa Telur
Kalau dirumah ni, kami anak beranak memang sukakan mee, tak kira lah Mee Sup, Mee Kari, Mee Goreng... semua kami suka. Tapi tu lah, bahaya kalau asyik makan mee kuning yang siap diproses tu. Memang ada kandungan pengawet, pewarna dan amd boric yang memang memberi efek pada kesihatan kita tambahan anak² yang ususnya masih muda. So kenalah belajar buat Mee Tepung sendiri, jimat pun jimat. Halal dan dijamin bersih selain lebih berkhasiat. Ada banyak versi mee tepung ni sebenarnya, ada yang dohnya menggunakan telur, dan air kapur.... Tapi asasnya sama je....tepung gandum.... Kalau sekilo tu boleh makan 10-12 orang haha.
![]() |
Mee tepung tanpa telur |
Resepi Mee Tepung Tanpa Telur
Kalau nak letak telur pun boleh, kalau telur, tak perlu air.... Adjust telur dan tepung bagi doh tak melekit. Tak ada sukatan spesifik pun selalunya aku buat. Kalau nak tambah air kapur makan tu, isilah sesudu fungsinya bagi mee lebih anjal. Tapi aku tak letak sebab kapur tu panas dan kalau anak tak tahan nanti pedih nak kencing.
2 cawan tepung gandum
Air secukupnya
- Satukan bahan ni, uli sampai sebati, adjust kandungan air dan tepung sehingga tak melekat pada jari. Makin lama uli, makin kenyal mee korang.
- Canai nipis dan mesinkan jadi nipis menggunakan mesin mee....dan menjadi helaian mee...sapukan minyak sebelum dimesin jadi mee supaya tak melekit dan melekat.
- Rebus mee dalam.air mendidih sehingga kenyal...dalam 5 minit. Toskan dan rendam dalam aisr sejuk supaya tak over cook. Siap boleh digoreng, dimakan dengan sup dan sebagainya
4 ulasan
tq untuk resipi nih ..
ReplyDeletearil singgah ehh
Simple nya bhan. Nak jugak cuba buat ni
ReplyDeletesenang rupanya kan buat mee...buat sendiri puas hati kebersihannya..cuma kat rumah takde mesin lagi..insya allah..nak membeli jugak nanti
ReplyDeleteokay nampak menarik. boleh try buat nanti. hehe
ReplyDeleteHasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish