Feb 6, 2017

RESEPI SINGGANG TERENGGANU

Singgang antara masakan yang paling simple, senang, cepat disediakan. Singgang ni dimasak secara rebus....tak perlu rencah, bahan tumis, herba dan sebagainya. Memang mudah dan menyihatkan. Kalau masa kecik dulu, mak tak sihat, mak penat atau sibuk...mak sediakan singgang ikan untuk kami....huh berpinggan² menambah nasi. Kalau mak biasa guna ikan kembung.... Just ikan....bawang putih dan asam keping.... Garam sikit, air secukupnya. Yang ni singgang ikan versi mak tersayang...sempoi sangat.... Rasanya segar, masam² , lemak² kan gitu

Singgang Ikan Tongkol Versi Terengganu

Singgang ni boleh guna daging, tapi kebiasaannya orang guna ikan, macam ikan kembung, ikan selar, ikan sardin, ikan tongkol dan ikan aye. Hari tu ada tengok rancangan makan² Zizan dan Mat Dan makan singgang versi Terengganu.... Katanya berbeza sikit pada singgang biasa...apa lagi terus kecur air liur.... So terhasillah Resepi Singgang Ikan Terengganu..... Bezanya singgang Terengganu ni warna kekuningan sikit sebab ada kunyit.... Dan Kebiasaanya dimakan dengan ikan goreng dan ofkoz budu....yum²

Resepi Singgang Terengganu

Seekor ikan tongkol ( sederhana besar) 
Sekeping asam keping
1 inci hirisan lengkuas
4-5 ulas bawang putih (diketuk )
1 inci hirisan kunyit hidup
4-5 biji cili api

Air dan garam secukupnya

Cuci bersih kesemua bahan , dan satukan kesemuanya didalam periuk....masak sehingga mendidih... Sedia untuj dihidangkan dengan nasi panas....boleh juga tambah kacang bendi dalam resepu ni sebagai rencah tambahan.

5 comments:

  1. sedap!. makan dgn budu pulak. alahaiii. hehe

    ReplyDelete
  2. lebih kurang macam singgang kelantan jugak. Saya pun baru jer belajar buat singgang ni.

    ReplyDelete
  3. Mak saya sukalah masak singgang ni .. saya lak tak berapa nak suka sangat makan .. haha .. popular di bahagian pantai timur, lagi2 kat Pahang kan?

    Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

    ReplyDelete
  4. selalu buat singgang..kena pulak dengan sambal belacan...kita suka pakai ikan tongkol

    ReplyDelete
  5. singgang kelantan yer.. kalo mcm ni kat belah kedah panggil asam pedas..

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign