Feb 17, 2017

Resepi Sos Steamboat Ala Johny

Resepi sos steamboat ala Johny Steamboat memang menyengat haha. Dalam banyak² steamboat, Johny Steamboat lah yang lekat di hati, steamboat sebenarnya sama je, cuma yang membezakan sos nya....pada yang biasa makan di Johny Steamboat, tahulah penangan sos nya tu. Resepi ni sebenarnya hasil google juga, kira 1st time try buat ni.... Tapi memang ada adjust dan ubah bahan nya...tapi memang seiras rasa sos steamboat Johny hehe. Lepas ni boleh lah buat, lebih sedap, jimat, bersih dan puas hati nak letak sos banyak mana pun.....resepi ni dapatlah seperiuk kecil.... Kalau kami makan berdua...dalam 2 mangkuk sup besar boleh simpan haha. Tak habis, jangan buang, membazir tu....letak dalam bekas bertutup, masukkan dalam freezer..nak guna...just defrost je guna microwave atau masak semula atas dapur


Biasanya resepi lain guna beberapa sudu sunquick,  tapi sayanglah nak beli, sebab guna beberapa sudu je. Kami kat rumah ni memang tak minum sunquick, so aku tukar kepada jus oren Peel Fresh...jenama lain pun ok je...janji jus oren. Guna buah oren lagi bagus....lagi fresh dan wangi

Bahan diperlukan :
1/2 kotak kecik jus oren Peel Fresh
1 cawan air
5 sb sos tiram
5 sb cuka makan
5 sb minyak bijan
2 sb kicap manis
4 ulas bawang putih
8 biji lada besar

Tambahan :
2 sb bijan sangai / goreng tanpa minyak
2sb hirisan halus daun ketumbar
1sb tepung jagung / gandum

Cara penyediaan :
Blender sampai halus kesemua bahan.... Masak dengan api sederhana, adjust gula dan garam sampai rasa macam sos Johny, macam aku lebihkan gula je....masukkan sesudu tepung jagung untuk likatkan kuah. Masukkan daun ketumbar dan bijan. Masak sampai sebati...siappp....


Kuah steamboat tu mudah je, campur 2 kiub pati ayam dengan 1.5 liter air....atau kiub tomyam...bahan steamboat tu ikut selera korang, seafood , sayuran, fish cake, fish ball, jejari ketam dan bermacam lagi

6 comments:

  1. saya dah letak bookmarks nnti balik boleh lah try . hehe . thanks !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah zafirah.... Bagus² nanti buka je kan...selamat mcuba

      Delete
  2. mudah dan senang, boleh cuba la nanti..thanks yer kongsikan resepi ni.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Dayah, mudah, barang² boleh guna banyak kali pula tu...sama² slmt mcuba

      Delete
  3. Replies
    1. Boleh cuba Busyra...sama lah kita suka steamboat

      Delete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign