Feb 4, 2017

Roti Jala Kari Kapitan - RASA UTARA

Roti Jala memang favourite sesangat. Ingat masa kecil² dulu tolong nenek, mak saudara buat Roti Jala ni untuk berniaga. Biasanya dimakan dengan Kari Ayam, Kari Daging, Kari Ikan Sardin....uhhhh sedapnya. Kalau tak kena cara buatnya, Roti Jala ni akan jafi keras, liat...ewwwww. Last week, pergi ke Berjaya Times Square, ada kerja sikit, sampai awal sesangat.... kedai banyak tutup, so singgah lah di Rasa Utara.....Restoren halal menyajikan makanan Melayu yang popular dari Utara....Last year dapat undangan untuk review makanan mereka sempena Ramadhan...tapi tak ada rezeki nak sertai...rupanya rezeki makan bayar sendiri hehehe


Rasa Utara Berjaya Time Square, KL

Rasa Utara ni sebaris dengan Starbucks, walaupun awal pagi, dah ramai pelanggan yang datang. Ye la, waktu sarapan kebanyakkan kita cari makanan berat untuk dimakan. Waktu pagi limited sikit menunya....ada Roti Canai, Bihun Sup, Roti Bakar....dan seangkatan dengannya. Emmmm terpikat dekat Roti Jala Kari Kapitan.....sebab tak nak makan berat sangat.... dan first time nak try Kari Kapitan. Merupakan kari terfemes di Penang katanya antara gabungan Baba Nyonya juga.



Roti Jala Kari Kapitan & Teh O Panas

Roti Jala banjir 😂

Harga kalau tak salah Roti Jala Kari Kapitan dan Teh O Panas....  RM10 je...kira ok lah....Roti Jala ada 5 biji, Kari Kapitan pun semangkuk, banyak isi ayam. Roti Jalanya sedap lembut, cantik, kemas je....cuma Kari Kapitan ni macam tak sesuai dengan tekak aku...mungkin dah biasa dengan kari biasa. Kari Kapitan,  Rasa Utara ni warnanya agak cerah berbanding kari biasa...sarat dengan bahan kisar macam serai semua tu..rasanya tak sepekat kari biasa...tapi habis juga 5 ketul tu hehe.Rasanya tak pedas sangat...sesusi untuk anak² juga. Not bad makan di Rasa Utara dari segi harga, menu, servis dan ada wifi. Dan tahap kebersihan pun A....ada free air...dan aircond....

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign