Feb 1, 2017

Tempat Menarik Di LUMUT, PERAK | Short Vacay

Lumut, Perak apa yang menariknya di sini ? Baru² ni berkesempatan bercuti ke sana, dan penginapan kami ditaja oleh SGV Club Vacation di Lumut Swiss Garden. Lumut ni merupakan bandar tepi pantai yang menghadap Selat Melaka dan Selat Dinding, kiranya pintu masuk ke Pulau Pangkor.


Sampai je di Lumut, cuaca agak baik. Boleh lihat pantai disepanjang perjalanan. Bandarnya tak besar sangat.... Mula sampai di Lumut, kami terus ke Lumut Water Front....dimana terletaknya Jeti Lumut, Bazaar Lumut, Pusat Kraft Lumut dan banyak lagi. Sepanjang Water Front ni dapat tengok keindahan pantai dan jeti yang sibuk dengan feri dan bot nelayan.



Bazaar Lumut
Bangunan merah tersergam megah tu, tapi tak banyak sangat kedai. Ada Kedai Hasil Laut Pak su, Jeruk Pak Ali dan yang lain


Pusat Kraft & Jeti lumut

Aneka kraft yang ada

Haha..x beli pun


Pusat Kraft Lumut
Ada sepanjang Jeti Lumut. Di sini bileh lah tengok segala hasil jualan, hasil laut...dari Ikan Bilis, Ikan Masin, Jeruk, kraftangan, baju semuanya ada dijual. Majoriti peniaga Melayu. Paling win Bilis Mata Biru...tapi better beli di Pulau Pangkor, lagi banyak...dan yang di Lumut ni pun semuanya dari Pulau Pangkor...kiranya kalau tak berkesemparan ke Pangkor...boleh dapatkannya disini.





Santapan petang di Lumut

Mee Udang Lumut


Jeti Lumut
Jeti ni lah yang menghubungkan Lumut dan Pulau Pangkor. Memang sesak kalau hari cuti, kami datang hari bekerja so...lengang sikit. Di Jeti ni juga bermacam jualan ada, makan pun ada. Kami pekena Cendol Jagung, Air Kelapa, Laksa dan Mee Udang. Sebelum makan aku nasihatkan semak harga, sebab kadang tu ada yang agak mahal, macam Mee Udang ni RM20 ...tapi ok kot bagi aku sebab sedap dan udang tersangat fresh dan agak besar. Yang lain biasa je harganya...normal. Tapi harga berbeza ikut kedai²... Kena pandai cari... Oh kalau nak cari makanan,  masakan sedap Ala Thai boleh waze Restoran Noni....murah, sedap, bersih. Selain restoran makanan segera KFC, Pizza Hut pun ada. Lokasi menghala ke Lumut Swiis Garden









Dah jalan² sikit cuci mata...kami pun terus ke tempat penginapan Lumut Swiss Garden Apartment Holiday. Penginapan kami ditaja selama 3 hari 2 malam. Lokasi ajak jauh...dalam 1/2 jam juga, tapi memang privasi, cantik dan nyaman...jauh dari kesesakan. Belah atas ada villa dan hotel Swiss Garden. Apartment ni siap semua dapur, peti sejuk, semua cuma tak ada bilik heheh. Orang kata kalau bercuti,  tak best kalau terperuk dalam bilik je, si lepas kemas² barang....terus kami jalan² ke Teluk Senangin.....Teluk Senangin ni area Lumut lagi...banyak lagi tempat menarik di Lumut ni macam, Pantai Teluk Batik, Pusat Bina Kapal Selam, Pusat Baiki Kapal, Teluk Rubiah, Teluk Muroh dan Marina Island Pangkor.....





Pasit time😅

Banyak pokok² macam ni..cantik




Teluk Senangin
Kami sampai agak petang dah, cuaca pun gelap sikit, tapi ramai juga yang mandi manda. Ramai juga peniaga sepanjang jalan Teluk Senangin ni, dari pakaian, mainan, kraft dan makanan. Rasanya ni 1st time anak² main di pantai , excited anak²....belikan mainan untuk main pasir RM20 haha...harga meriah kan hehe. Pantainya bersih juga..... Besr sesangat...ada pepokok besar...sempat lagi lah mama dorang, bergayutan. Keesokannya baru kami ke Pulau Pangkor.....so stay tune...nantilan kisah short vacay kami ye

2 comments:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign