Feb 17, 2017

TonyMoly Blackhead Steam Balm Egg Pore | Review

TonyMoly antara jenama skincare dan cosmetic dari Korea yang memang jadi pilihan aku. Dan dalam banyak² skin care, aku mesti beli blackhead remover dan seangkatan dengannya.....sebab blackhead dan aku memang tak.dapat dipisahkan. TonyMoly Blackhead Steam Balm Egg Pore antara produk terhangat dari TonyMoly

TonyMoly Blackhead Steam Balm


Packaging memang cute, kata KBeauty, Korea² semuanya cute haha. Dan aku lebih prefer guna skin care dari Korea, Japan dan Taiwan kerana kebanyakannya bersifat semulajadi, cute dan sesuai dengan semua jenis kulit. TonyMoly Blackhead Steam Balm Egg Pore ni sebiji macam telur ayam packaging botol nya, siap ada macam telur kuning didalamnya... Kenapa telur ?  Sebab antara bahan istimewa dalam steam balm ni adalah fragmented egg atau telur yang ditapai, diperam. Dan ianya bersifat steam, kira hangat² gitu

Sebiji telur TolyMoly 


Egg Pore Balm

Kalau dapat tengok teksturnya agak likat, dan nampak bintil² kuning, ianya berfungsi sama macam skrub....nanti bila dah apply ia akan hilang. Rasa sensasi hangat yang mild, membuatkan proses pembersihan dari dalam lebih mudah, bagi mengeluarkan sebum dan kotoran

Oles area hidung


Oh ye, aku beli ni direct dari www.althea.kr memang dijamin original dan berkualiti, memang port shopping untuk kaki kbeauty. Cara pakai pun mudah, sebelum cuci muka boleh oleskan TonyMoly Steam Balm Eggpore ni ke seluruh hidung atau kawasan yang ada blackhead, nak pakai seluruh mula pun ok je. Korang sapu rata 2-5 minit, bagi meresap

Rasa panas² macam balm tu....lepastu boleh cuci dengan air suam atau cuci muka seperti biasa. Memang akan tanggal blackhead yang tak degil. Yang degil tu memang kena picit juga haha...tapi proses picit keluar blackhead tu tak menyakitkan sebab lepas pakai balm ni, ruang pori terbuka, kulit jadi lembut, lembab...so picit sikit je dah ok. Packaging tak berapa hygiene sebab kena coleh, ambil guna jari... Tak disediakan spatula huhu....must try...bau tak hanyir, bau menyegarkan, kesan not bad

1 comment:

  1. mcm best je produk ni. kena beli la satu utk org rumah.
    abam kie folo blog ni ye? no 1695. tq.

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign