Mar 31, 2017

Explore Naik MRT Dari Sg Buloh - TTDI

MRT ( My Rapid Transit ) dah boleh digunakan berbulan yang lepas, siap ditawarkan perkhidmatan percuma selama sebulan, sayang masa tu tak ada rezeki nak explore naik MRT percuma huhu.... Tapi ok lah last week tak silap, merasa cuba naik MRT , itupun sebab nak ke lokasi event yang terletak di TAman Tun Dr Ismail ( TTDI ) Kalau MRT ni tak siap lagi, jauh juga la kena naik KTM lepas tu Grab huhu... Masih ada KTM, dekat, jimat sikit hehe

Mesin belian token MRT


Gate MRT ke platform

MRT ni rangkaian dia di Sungai Buluh - Kajang...tapi buat masa sekarang hanya sampai stesen Sambathan ... Yang lain masih dalam pembinaan. So dari Rawang aku naik KTM Komuter Rawang - Sungai Buluh ... Kos dalam RM3.10 tak silap ... Kemudian naik MRT ke TTDI , kos dalam RM5 gitu lah..jauh juga...melepasi 7 stesen lain

Laluan MRT



Cantik, bersih, luas dan selesa

Sekitar stesen MRT Sg Buloh, wah.... Besar, luas, bersih dan lengang, mungkin bukan peak hour kot time tu... Semua nampak baru, dan banyak lagi lot kedai yang kosong. Ada 2 platform je... Memang cantik...bersih... Keselamatan pun nampak meyakinkan, siap pintu keselamatan sepanjang tepi laluan MRT, lif, eskelator, telefon kecemasan, tandas semuanya lengkap

Suasana dalam MRT tersangatlah selesa, aman, tak ada ramai orang dan yang penting tiada warga asing haha. Perjalanan pun lancar...Alhamdulillah.. Oh ye sama macam KTM Komuter, LRT semua tu, cara beli token boleh melalui kaunter atau mesin...kaedah nya sama saja. Nanti boleh lah explore naik MRT korang.... Boleh pergi Seri Pentas, IKEA naik MRT ...rugi lah tak cuba perkhidmatan yang kosnya mencecah 36.6 juta ni hahah.... Harap prestasi dan mutu perkhidmatan terus meningkat lah kan huhu

Mar 30, 2017

Tips Turunkan Suhu Badan Bila Demam

Demam ... sekang ni memang musim demam... Mungkin disebabkan cuaca, pemakanan, dan antibodi yang tak kuat. Kalau kita demam ok lagi.... Boleh telan panadol, paracetamol semua...tapi bila si kecik yang demam, resah, risau, sediah semua ada.

Bella dah 2 hari demam ... Suhu awalnya 38.9 nak mencecah 40 tu... Bawa pergi klinik...dapat ubat demam dan antibiotik.... Hari kedua sama je kurang pun sikit je...huh risau, sekarang ni kan banyak isu....nak sebut pun takut, Naizubillahiminzalik . Hari² setiap jam ambil suhu badannya...kena pantau...sebab kalau terlampau panas kena refer doktor....


So hari ni lepas hantar Adam ke sekolah terus nekad nak ushakan tips untuk turunkan suhu badan ni... Selain pakai cool fever 

Tips turunkan suhu badan / demam :
  • Mandi , basahkan seluruh badan bermula dari kaki. Kalau anak menangis...mandikan juga....
  • Jelum satu badan terutama kepala dengan air / air asam jawa / air asam jawa + sebiji bawanh merah / air daun bunga raya
  • Bagi minum air secukupnya
  • Bagi minum dan makan secukupnya untuk 
  • Letakkan kain basah di atas dari dan seluruh badan
  • Jangan pakaikan pakaian, selimut...
Ingat ye...segera ke doktor kalau demam masih berlarutan, atau lebih dari 3 hari.... Beri ubat mengikut sukatan dan masa yang diarahkan. Mudahan tips ni dapat membantu sedikit sebanyak


TIENNA Skincare | Review

Bagi penjagaan dan perawatan kulit wajah, aku lebih prefer kepada produk yang dihasilkan daripada sumber semulajadi / natural sebab ianya lebih selamat, lembut pada kulit. Terutama yang kulit mukanya jenis sensitif tu kan...So dengan itu, aku try TIENNA Skincare sebab ia diformulasikan dari ekstrak betik sebagai bahan utamanya, ekstrak betik sememangnya berkhasiat dan terbukti membantu mencerahkan kulit dan mengatasi pigmentasi serta merawat kulit terutama yang bermasalah.

Tienna Skincare | Tienna Empire


Tienna Skincare | Tienna Empire


Produk TIENNA Skincare didatangkan dengan 4 item iaitu Facial Wash, Toner, Day Cream dan Night Cream . Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Ia diperkaya dengan Vitamin A,C dan E. Kesemuanya dijual secara set lengkap, tak ada secara berasingan sebab bagi mengekalkan dan.mendapatkan kesan yg sepatutnya.

Tienna Skincare hanya boleh didapati secara online direct melalui official page Tienna Empire dengan 2 jenis set iaitu set Trial dan Premium.

Tienna Skincare | Tienna Empire


Tienna Skincare | Tienna Empire


Menurut sumber, Tiennna Skincare mampu merawat masalah kulit wajah seperti :
  • Menyinarkan dan meremajakan kulit wajah
  • Menyamarkan serta menghilangkan parut, pigmentasi di wajah
  • Mencerahkan kulit kusam
  • Meratakan tona kulit yang tak sekata
  • Meratakan kulit yang tidak rata / bekas jerawat
  • Memutihkan kulit


Tienna Facial Wash

Foam yang lembut, halus
Tienna Facial Wash : 
Didatangkan dalam bentuk foam / buih...Bau betik gitu. Ada ketulan² betik lagi sebab ianya dibuat dari ektrak betik sebenar. Berfungsi untuk membersihkan muka dan leher dari kotoran / sisa mekap serta membantu menegangkan kulit muka. Memang akan rasa tegang dan agak kering sikit kulit muka lepas cuci muka.

Cara Penggunaan : 
Guna seperti pencuci muka biasa, boleh digunakan 3 kali sehari. Pagi, tengahari dan malam.


Tienna Toner


Tienna Toner : 
Warna Tienna Toner ni warna oren... Sebab ia dari ekstrak betik...akan rasa sejuk, dingin je bila disapu pada muka dan pedih sikit bila terkena bahagian berjerawat... Toner fungsinya adalah melengkapkan proses membersihkan wajah..dimana kotoran lebihan akan dibersihkan dan menutup semula pori yang terbuka selain memudahkan aplikasi skincare / makeup selain membantu mengeringkan jerawat

Cara penggunaan : 
Ratakan selepas menggunakan facial wash menggunakan kapas...biarkan kering.



Tienna Night Cream


Tienna At Night Cream : 
Night Cream Tienna ni bewarna putih dan teksturnya sedikit pekat... Tapi bila dioles pada muka, tak berapa melekit...biasa² aje....kalau pakai tebal memang akan melekit.
Selain mencerahkan kulit wajah, leher Tienna Night Cream ini mampu mengurangkan kedutan dan mengecilkan pori di wajah kerana mengandungi Vitamin A, C, E dan Benzoyl yang sangat membantu bagi mencerahkan, merawat serta mencantikkan kulit wajah

Cara penggunaan :
Sebelum tidur , selepas cuci muka dengan Tienna Facial Wash dan Toner, oleskan nipis pada wajah dan leher


Tienna Day Cream


Tienna Day cream :
Warnanya oren kekuningan... Jangan risau kalau sapu dimuka... Takkan ada kesan kuning hehe. Pun sama, teksturnya agak pekat . So jangan pakai banyak², nanti melekot dan tak selesa. Ia melindungi kulit wajah kita dari sinar matahari dan dapat menghilangkan bintik hitam, cela dan menganjal serta meremajakan kulit muka. 

Cara penggunaan : 
Ratakan pada waktu pagi pada wajah, tak perlu tebal²


Testimoni Tienna

Testimoni Tienna



Antara testimoni pengguna Tienna Skincare ...kesan bergantung juga kepada cara pemakaian yang betul selain mengikut kondisi kulit masing². So jangan teruskan penggunaan kalau rasa ianya tak sesuai dengan kulit korang ok. Satu set ni boleh bertahan 1-2 bulan penggunaan. Oh ye Tienna Skincare ini masih dalam proses KKM .


Harga TIENNA Skincare :

Trial set  : 
RM 99 Postage RM 8  (SM) / RM 11 (SS) 
Cleanser 30ml
Toner 20ml
Krim siang 5g
Krim malam 5g

Premium set :
RM189 Postage RM 8 (SM) / RM 11 (SS)
Cleanser 100ml
Toner 50ml
Krim siang 20g
Krim malam 20g


Instagram : Tiennaempire
Whatsapp : 017 6663592



LAZADA MALAYSIA BIG BABY FAIR

Eh² korang momies and dady's khususnya.....tahu tak hanya tinggal 2 hari untuk dapatkan diskaun sehingga 85% untuk barangan baby di LAZADA MALAYSIA BIG BABY FAIR bermula 28 March - 2 April nanti. Semuanya murah².... Sampai ada produk yang jatuh harga sehingga RM1 je semasa flash sales....wahhh rugi tak grab kan....so sempena Lazada Malaysia  Big Baby Fair ni.....teruja terus nak sertai blogger contest anjuran Lazada sebab hadiahnya tersangatlah awesome berupa shopping voucher RM500 wahhh doakan berjaya ye...bolehlah belanja gigirl dengan boboy tu nanti. 

Lazada Big Baby Fair



Tapi syarat untuk sertai contest ni, perlu menjawab soalan berikut :

What favourite brand of diapers for your baby?


Jenama diapers / lampin pakai buang pilihan aku untuk Isabella dan Adam adalah dari Mamy Poko ... Sebab anak² kulitnya agak sensitif, mudah terjadi nappy rash...tapi dengan Mamy Poko memang tiada masalah ruam, kebocoran, melelas dan sebagainya...cuma jangan biar sampai diapers penuh dengan air kencing najis ...dan sekarang dan umur 3 tahun pun Isabella...so lebih prefer Mamy Poko Pants...mudah dipakaikan dan selesa untuk dia bergerak bebas selain harga yang mampu milik




What is your favourite choice of baby formula for your baby?


Untuk susu formula pula, aku pilih Friso Gold. Anak² memang sukakan rasanya dan memang sesuai dengan penghadaman...tiada masalah cirit birit....dan paling aku suka packagingnya.....dan harga yang berpatutan selain khasiatnya sempurna untuk tumbesaran anak²



Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children


Ok, satu produk yang aku suka dan teringin dapatkan untuk Isabella dan Darwiish adalah NAVA DIY Children Slide And Swing ni ... Sebab nanti tak adalah anak² ni berebut mainan, so boleh main sama² .... 3 in 1 ada gelongsor, buaian dan basket ball berpatutan dengan harga. Review feedback pun ramai yang kata produk ni berkualiti, bagus, selamat dan disukai anak². 



So bloggers apa tunggu lagi ...berminat ??? Jom sertai contest ini sebelum berakhir pada 2 April 2017 ( 11.59 pm ) mana tau kita ada rezekinya nanti...InshaAllah

Mar 29, 2017

Sales Barangan Baby Di LAZADA BIG BABY FAIR

Sales !!! Diskaun !!! Hadiah !!! untuk belian barangan baby . Wahhh...cepat semua...bermula hari ini 29 March 2017 - 2 April 2017 Lazada mengadakan jualan besar-besaran , menawarkan sehingga 85% diskaun harga pada LAZADA BIG BABY FAIR . Masa macam ni lah kita kena shopping sebab, kita akan dapat lebih penjimatan .... Semua barangan baby tau , daripada susu, lampin, pakaian, mainan, dan banyak lagi. Kena pula dengan time gaji kan... Memang nak kena grab


LAZADA BIG BABY FAIR menawarkan banyak pilihan barangan bayi... Terdiri daripada pelbagai jenama terkemuka seperti Wyeth, PediaSure, SweetCherry, Fisher Price, Nestle, Huggies, Anakku, Mamy Poko, Goo.N dan banyak lagi. Selain tawaran 85% diskaun harga, kita berpeluang menang pelbagai hadiah menarik dengan menyertai pelbagai contest, giveaway di media sosial Lazada... FREE SHIPPING pula tu untuk produk² terpilih ...wahhh berbaloi² kan . Masa ni kita boleh beli untuk buat stok....sebab memang susah nak dapat harga rendah, berkualiti di pasaran luar. Grab jangan tak grab ye mak²




Maunya tak berbaloi.... Diskaun sehingga 43% untuk lampin pakai buang jenama Huuggies , 29% untuk jenama Goo.N jenama terkemuka Jepun ni tau.... Untuk susu pun ada sales.....stroller pun....wahhhh sangat jimat ni....mummy to be.... Boleh lah beli sekarang...tak.payah berasak pergi keluar pergi baby warehouse hehe



So korang...jangan lupa shopping murah ok... Dan pada blogger juga....kita berpeluang RM500 x 6 orang pemenang, sekiranya kita sertai Blogger Contest Lazada .... Wahhh teruja kan... So jom kita try...mana tau ada rezeki...banyak tu RM500 .. Maklumat lengkap di http://www.lazada.com.my/blogger-contest/





Web :




Mar 27, 2017

Padah Layan Indonesia Food Blogger , Terjebak Dengan MEDAN NAPOLEON

Medan Napoleon .... Lagi satu desserts dari Indonesia yang buat aku terliur, menitis² air liur haha. Kalau dulu duk layan Murtabak Manis....sebab selalu tengong OK Food Channel....ni pulak dah terjebak dengan Medan Napoleon.... Yang ni kes sibuk follow Indonesia food blogger punya instagram haissssh ... Nasib si kaki dessert huuuu

Photo Credit : Google

Photo Credit : Google

Photo Credit : Google


Photo Credit : Google

Medan Napoleon ni dessert dari Medan, Indonesia..... Desserts puff pastry yang dalamnya berintikan durian, coklat, cheese, green tea...dan bahagian luar pula dibalut dengan sof cake ....dijirus pula dengan segala toping leleh meleh pehhh ...adehhh pasni gigih cari resepi pula.....tak lama masuklah Medan Napoleon ni dalam market Malaysia....tak caya tunggu....

Mar 26, 2017

Hadiah Comel Untuk Mama Kpop

Mama Kpop ??? Kah² kpop x apa...jangan kepoh hehe .qDah lama tak join contest atau giveaway di blog² ... Kalau rajin pun setakat join contest dan GA di instagram, facebook atau page... Masalah malas satu hal...masalah internet connection pun ye...tersengguk² memang potong stim. Alhamdulillah ada juga terselit hadiah dalam malas² ni hehe...rezeki menang blogger selfie contest dari My Town Shopping Center...ala shopping mall besar yang bergabung meletop dengan IKEA tu.... Hadiahnya berbeza², rezeki anak² dapat set bag dari BlackKiwi . Total dalam seratus lebih juga, ada beg, pencil case, ruler pen dan mainan cube.... Semua hijau hehe






Dan semalam join satu blogger workshop...terpilih sebagai pemenang lucky draw hihu..hadiah tajaan EZBuy dan Involve Asia ... Dapat set seramik Doreaemon...ada mangkuk nasi, mangkuk sup, sudu dan chopstick....mangkuk tu besar sesangat...dan multifunction...boleh guna untuk double boiler...baru cadang nak beli..sebab teringin nak buat cheese fondoe hehe...tq semua

Mar 24, 2017

VEET Sensitive Touch | Electric Trimmer ( Review )

Kalau ditanya...  Mana lagi aku suka... Untuk buang bulu dibahagian tertentu...samada wax, cabut atau cukur ? Sememangnya aku pilih cukur,  sebab memang tak sanggup menahan sakit kalau dicabut, inikan pula waxing...adoiii lahhh. Tapi ramai juga yang tak berani bercukur, sebab terdedah risiko luka, dan sakit. Tapi sekarang mudah je dengan produk terbaru dari Veet, iaitu VEET Sensitive Touch | Electric Trimmer . Bagi yang tak tahu, Veet memang jenama yang mengeluarkan produk untuk membuang bulu seperti wax strip dan hair removal cream yang memang menjadi pilihan wanita khususnya.

Veet Sensitive Touch 

Veet Sensitive Touch | Electric Trimmer

VEET Sensitive Touch | Electric Trimmer didatangkan khas dengan ciri ekslusif bagi memeliharan kulit si pemakainya kerana ia dijamin selamat digunakan tanpa menyakitkan dan mencederakan, melukakan kulit terutama dibahagian sensitif. Dan yang paling bestnya, VEET Sensitive Touch ni boleh digunakan pada banyak bahagian seperti untuk merapikan bahagian kening / eyebrows, upper lips, dagu, sideburns, bikini line dan kawasan intim.




VEET Sensitive Touch | Electric Trimmer lengkap didatangkan dengan saiz yang comel, so mudah sangat dibawa kesana kemari dengan beauty pouch kalis air yang disediakan, hanya perlu 1 bateri saja....tak perlu soket² semua tu. Warna pun pink...cute sesangat.... Bodynya pun mudah, selesa dipegang

Untuk kegunaan bahagian muka :
  • 1 x 2 Sided Trimming head – 16mm and 6mm
  • 1 x comb attachment (2mm & 4mm) to uniform hair lenth
  • 1 x Styler cap

Untuk kegunaan kawasan yang lain :
  • 1 x 1 sided Trimming Head (20mm)
  • 1 x comb attachment to uniform hair length

Aksesori tambahan :

  • 1 x Cleaning brush
  • 1 x Beauty pouch 
  • 1 x AA Battery

Kelebihan Veet Sensitive Touch

Harga dipasaran pula, ada yang RM98+ - RM119+ so kena pandai cari dan bandingkan harga.. Kalau nak lagi murah beli kat sini Lazada Birthday Sales ada diskaun 25% siap ada freegift




Mar 23, 2017

Nak Hadiah Birthday Please!!! | KATE VANITY MIRROR

Kan dah bagitahu semenjak nak menjangkau usia 30an ni...selera nak cantik², mekap semua ada...hehe. So hadiah birthday tahun ni pun meminta sangat ada orang hadiahkan Kate Vanity Mirror . Wah demand sungguh bakal birthday girl ni hehe.... Berapa haribulan?  31 March ni.... Macam nak bagi hadiah je hehe...

Kate Vanity Mirror for my Birthday please!!! 

Sebenarnya kebelakangannya baru tau serba sedikit pasal Kate Vanity Mirror ni... Itu pun lepas selalu layan FB Makeup Murah By Naomie yang juga seorang MUA dan  memang menjual Kate Vanity Mirror . Pada yang tak familiar, Kate Vanity Mirror ni adalah cermin mekap yang dilengkapi dengan mentol lampu disekelilingnya....ala² Hollywood glamorous gitu...yang biasa kita nampak digunakan oleh makeup artis profesional, butik mekap dan artis² antarabangsa. Wahhh feeling cantik kalau duduk depan cermin ni. Ala kalau bukan kaki mekap pun..best apa ada Kete Vanity Mirror ni...nampak mewah, style, cun, princess, beauty gitu.... Sesuai sangat dengan kita gigirl yang suka bergaya dengan cermin, belek² muka, pakai shawl, tudung semua tu kan. Kebiasaannya mentol yang digunakan adalah rendah tahap watt dan kepanasannya...so takde lah mengganggu gugat hasil mekap kita....

Credit : Google

Credit : Google

Memang lain lah Kate Vanity Mirror ni dengan cermin atau cermin mekap biasa sebab, dengan pengcahayaan yang cukup dari mentol² tu, dapatlah kita tengok hasil mekap, dandanan kita dengan sempurna...sebab faktor pengcahayaan sangatlah penting bila mekap...nanti tak ada lah susah² kita selak langsir nak dapatkan cahaya heheh.... Kate Vanity Mirror ni harganya ...mampu buat korang menangis heheh...sebab menjangkau RM 3-5 ratus mengikut design, saiz dan kualiti....ada yang jual cermin saja, ada yang jual 1 set siap meja, laci ( Kate Vanity Table)  macam Naomei ni, harga rasanya murah berbanding yang lain...siap ada pilihan warna putih, hitam, merah...uhhhh menggoda sangat. Kalau dibagi pilihan..aku pilih putih...wahh suci...princess sesangat kan.

Makeup Murah By Naomie

Kalau nak tahu, entri ni pun besempena join contest dari Naomei dan hadiahnya tentulah sebuah Kate Vanity Mirror....so kalau korang pun mengidam kan cermin ajaib ni, cepat join.. Mana tahu rezeki kita menang kan...Amin....Caranya mudah je, pergi ke facebook Makeup Murah By Naomie kat sana ada details dan syarat penyertaan. Dan paling best sekarang Naomie ada buka tawaran belian secara installment buat yang berminat...hanya RM100 sebulan huhu... Apa lagi jommmmm

Mar 22, 2017

SAFI BALQIS OXYWHITE o2 | Review

SAFI rasanya tak perlu diperkenalkan lagi, sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia. SAFI merupakan antara jenama penjangaan wajah dan kecantikan dari Malaysia yang sudah lama berada dipasaran dan sememangnya menjadi pilihan ramai dek kerana kualitinya, harga yang berpattutan, senang didapati dan semestinya HALAL. Dari jenis kulit normal, berminyak, kombinasi semuanya boleh pakai. Teringat zaman sekolah berasrama dulu,  SAFI ni lah yang menjadi pilihan hehe maklumlah kulit muka remaja, terlajak sensitif...nak beli yang memahal, sekolah lagi...jadi semua pakat beli SAFI


Safi Balqis OxyWhite o2


Bermacam inovasi dan teknologi sudah diperkenalkan oleh SAFI dan terkini SAFI mengeluarkan SET AYU, SAFI BALQIS OXYWHITE o2 . Yang sememangnya dikhususkan untuk kulit wanita Asia dengan teknologi terkini bagi memberikan kesan pencerahan, cantik, lembab yang berpanjangan.

Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri 

Kata beliau lagi, “Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna”.

“Bukan sekadar menggabungkan dua jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mampu menanggal solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat dengan teknologi Pelindung IR (Infra-Merah) bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap” 

Set Ayu Safi Balqis



3 item awesome dari Safi OxyWhite

Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak. Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa. 



Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite o2
Kandungan : 50g / 100g
Harga : RM7.30 / RM12.30 ( Termasuk 6% GST )


Pembersih Safi Balqis OxyWhite
  • Dengan teknologi mikrobuih ia lebih berkrim / lembut
  • Membersih jauh ke dalam liang pori
  • Menghilangkan kotoran / sisa makeup
  • Melembabkan kulit secara berpanjangan


Penyegar Safi Balqis OxyWhite o2
Kandungan : 100ml
Harga : RM10.90 ( Termasuk 6% GST )


Penyegar Safi Balqis OxyWhite
  • Mengecilkan pori
  • Mengandungi ekstrak cendawan
  • Menyegarkan kulit wajah
  • Tekstur tak melekit dan bebas alkohol


Pelembab Gel Safi Balqis OxyWhite o2
Kandungan : 45g
Harga : RM20.20 ( Termasuk 6% GST )


Pelembab Gel Safi Balqis OxyWhite

  • Berasaskan air
  • Tekstur ringan dan mudah diserap kulit wajah
  • Melembakan wajah sehingga 24 jam lamanya
  • Mencerah dan meredakan kerengsangan kulit
  • Mengandungi Vitamin B3 untuk meratakan tona kulit
  • Mengandungi Asid Hyaluronik untuk kesan lembapan
  • Sesuai untuk kulit kombinasi / berminyak
  • Boleh dipakai siang / malam

Rangkaian produk Safi Balqis OxyWhite o2 boleh didapati diseluruh pasaraya / pasaraya besar seluruh negara...atau layari facebook SAFI MALAYSIA instagram SAFI MALAYSIA dan Youtube SAFI MALAYSIA untuk sebarang info dan promosi lanjut


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign