Mar 1, 2017

Borang Pendaftaran Sekolah Rendah Agama (SRA) selangor 2018

Borang pendaftaran ke Sekolah Rendah Agama (SRA) selangor dah mula dikeluarkan bermula hari ini. Wah semangat mama pergi sekolah ambik.... InshaAllah next year, 2018 Adam Darwiish dah masuk darjah 1, dan memang niat nak sekolahkan agama untuk dia...sebab mama masa kecik dulu memang sekolah agama...atok awak pun memang ustazah kat sekolah tu heheh. Kena seimbangkan juga pelajaran duniawi dan ukhrawi...Inshaallah.....


Borang kemasukan ni free je, ada 2 salinan....so kena lengkapkan dan submit sebelum 1 Mei nanti, kena pastikan lengkap dengan dokumen yang diminta....Yuran Sekolah  Rendah Agama (SRA) ni tak pastilah berapa...mungkin akan dimaklumkan semua details masa surat maklum balas diterima nanti. So pada korang yang berada di Selangor, nak sekolah kan anak² ke sekolah agama....boleh dapatkan borang sekarang, sebab ada limit kemasukan...macam kat sini.... Sampai 240 borang yang dikeluarkan je. Tak sabar nak tengok Adam berbaju melayu, bersongkok, lancar mengaji..mmenukis, mengeja, membaca jawi...dan mengenal ukhrawi juga..InshaAllah

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign