Explore Naik MRT Dari Sg Buloh - TTDI

by - March 31, 2017

MRT ( My Rapid Transit ) dah boleh digunakan berbulan yang lepas, siap ditawarkan perkhidmatan percuma selama sebulan, sayang masa tu tak ada rezeki nak explore naik MRT percuma huhu.... Tapi ok lah last week tak silap, merasa cuba naik MRT , itupun sebab nak ke lokasi event yang terletak di TAman Tun Dr Ismail ( TTDI ) Kalau MRT ni tak siap lagi, jauh juga la kena naik KTM lepas tu Grab huhu... Masih ada KTM, dekat, jimat sikit hehe

Mesin belian token MRT


Gate MRT ke platform

MRT ni rangkaian dia di Sungai Buluh - Kajang...tapi buat masa sekarang hanya sampai stesen Sambathan ... Yang lain masih dalam pembinaan. So dari Rawang aku naik KTM Komuter Rawang - Sungai Buluh ... Kos dalam RM3.10 tak silap ... Kemudian naik MRT ke TTDI , kos dalam RM5 gitu lah..jauh juga...melepasi 7 stesen lain

Laluan MRT



Cantik, bersih, luas dan selesa

Sekitar stesen MRT Sg Buloh, wah.... Besar, luas, bersih dan lengang, mungkin bukan peak hour kot time tu... Semua nampak baru, dan banyak lagi lot kedai yang kosong. Ada 2 platform je... Memang cantik...bersih... Keselamatan pun nampak meyakinkan, siap pintu keselamatan sepanjang tepi laluan MRT, lif, eskelator, telefon kecemasan, tandas semuanya lengkap

Suasana dalam MRT tersangatlah selesa, aman, tak ada ramai orang dan yang penting tiada warga asing haha. Perjalanan pun lancar...Alhamdulillah.. Oh ye sama macam KTM Komuter, LRT semua tu, cara beli token boleh melalui kaunter atau mesin...kaedah nya sama saja. Nanti boleh lah explore naik MRT korang.... Boleh pergi Seri Pentas, IKEA naik MRT ...rugi lah tak cuba perkhidmatan yang kosnya mencecah 36.6 juta ni hahah.... Harap prestasi dan mutu perkhidmatan terus meningkat lah kan huhu

You May Also Like

1 ulasan

  1. syok la dpt naik mrt xsesak tu...mcm mrt tu aku yg punya kan hehe

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish