Mar 14, 2017

Moga Tak Berulang Lagi

Pengalaman ngeri jugalah bila menyaksikan cubaan mencuri kereta kita tengok depan mata, kereta tu pula hak milik kita. Perkongsian di Facebook, group penduduk dan hari ini di blog hanya sekadar mengingatkan diri sendiri dan korang sahabat semua...kadang kita terlepas pandang kan.

Tak menyangka kawasan perumahan kami ni siang hari pun berisiko dengan jenayah...sedangkan kereta dia boleh cuba pecah sekelip mata ni kan pula motor dan yang lain². Nauzubillahiminzalik. Memang spontan menjerit sekuat hati....sendiri terkejut.... Ye lah sebelum ni dengar kat tv, berita, drama je...sekali kita tengok depan mata

Mudahan dipanjangkan rezeki kami hu


Nasihat pada korang semua, tak kira kita park kereta, moto, kenderaan dimana² pastikan lock...selagi boleh lock...sila lock terutama stereng dan gear...kalau tambah dengan safety alarm lagi bagus...park lereta ditempat selamat, jangan letak barangan beharga dalam kereta. Kalau ternampak yg mencurigakan....tolong alert....perati sampai sudah...kalau sempat snap gambar, snap lah.....jerit sekuat hati walaupun kita berseorangan...mudahan orang sekeliling dengar....dan InshaAllah menakutkan penjenayah.... Alhamdulillah kereta masih ada rezeki kami...sekarang pun masih dalam penyiasatan polis... Mudahan kita dijauhkan dari segala bahaya...dan dilindungi...selalu...Amin

6 comments:

  1. Takziah kak...semoga lepas ni takkan berulang dah benda macam ni...

    ReplyDelete
  2. Berani betul penyangak sekarang. Siang2 dah buat operasi. :o

    ReplyDelete
  3. Allah.. Takutnya. Semoga dipermudahkan semua urusan ye sis. Abang ipar saya pernah kena curi keretanya. Bangun pagi nak gi kerja, tengok kereta takde dah, huhu.

    ReplyDelete
  4. Macam tu la kalau nak buat sesuatu..nampak terdesak sangat ni

    ReplyDelete
  5. Takut plak kan Ain..alhamdulillah masih ada rezeki ain .. lepas ni kena lebih alert.lock bebanyak pon takpe janji selamat..

    ReplyDelete
  6. takziah ain.. in shaa Allah.. ade rezeki lain tu nanti.. hee~ lepas nih, cemana pun kita yang berpotensi sebagai mangsa nih kena hati-hati lebih.. selebihnya letak kat tangan Dia.. semoga baik baik saja..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign