Mar 22, 2017

SAFI BALQIS OXYWHITE o2 | Review

SAFI rasanya tak perlu diperkenalkan lagi, sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia. SAFI merupakan antara jenama penjangaan wajah dan kecantikan dari Malaysia yang sudah lama berada dipasaran dan sememangnya menjadi pilihan ramai dek kerana kualitinya, harga yang berpattutan, senang didapati dan semestinya HALAL. Dari jenis kulit normal, berminyak, kombinasi semuanya boleh pakai. Teringat zaman sekolah berasrama dulu,  SAFI ni lah yang menjadi pilihan hehe maklumlah kulit muka remaja, terlajak sensitif...nak beli yang memahal, sekolah lagi...jadi semua pakat beli SAFI


Safi Balqis OxyWhite o2


Bermacam inovasi dan teknologi sudah diperkenalkan oleh SAFI dan terkini SAFI mengeluarkan SET AYU, SAFI BALQIS OXYWHITE o2 . Yang sememangnya dikhususkan untuk kulit wanita Asia dengan teknologi terkini bagi memberikan kesan pencerahan, cantik, lembab yang berpanjangan.

Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri 

Kata beliau lagi, “Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna”.

“Bukan sekadar menggabungkan dua jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mampu menanggal solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat dengan teknologi Pelindung IR (Infra-Merah) bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap” 

Set Ayu Safi Balqis



3 item awesome dari Safi OxyWhite

Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak. Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa. 



Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite o2
Kandungan : 50g / 100g
Harga : RM7.30 / RM12.30 ( Termasuk 6% GST )


Pembersih Safi Balqis OxyWhite
  • Dengan teknologi mikrobuih ia lebih berkrim / lembut
  • Membersih jauh ke dalam liang pori
  • Menghilangkan kotoran / sisa makeup
  • Melembabkan kulit secara berpanjangan


Penyegar Safi Balqis OxyWhite o2
Kandungan : 100ml
Harga : RM10.90 ( Termasuk 6% GST )


Penyegar Safi Balqis OxyWhite
  • Mengecilkan pori
  • Mengandungi ekstrak cendawan
  • Menyegarkan kulit wajah
  • Tekstur tak melekit dan bebas alkohol


Pelembab Gel Safi Balqis OxyWhite o2
Kandungan : 45g
Harga : RM20.20 ( Termasuk 6% GST )


Pelembab Gel Safi Balqis OxyWhite

  • Berasaskan air
  • Tekstur ringan dan mudah diserap kulit wajah
  • Melembakan wajah sehingga 24 jam lamanya
  • Mencerah dan meredakan kerengsangan kulit
  • Mengandungi Vitamin B3 untuk meratakan tona kulit
  • Mengandungi Asid Hyaluronik untuk kesan lembapan
  • Sesuai untuk kulit kombinasi / berminyak
  • Boleh dipakai siang / malam

Rangkaian produk Safi Balqis OxyWhite o2 boleh didapati diseluruh pasaraya / pasaraya besar seluruh negara...atau layari facebook SAFI MALAYSIA instagram SAFI MALAYSIA dan Youtube SAFI MALAYSIA untuk sebarang info dan promosi lanjut


2 comments:

  1. Aah zaman sekolah2, kemain memasing2 dgn safi. Hehe

    ReplyDelete
  2. Nina pun guna range SAFI BALQIS Oxywhite. Paling suka moisturising gel Safi Balqis Oxywhite ni... best! Sejukkk, ringan, tak melekit

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign