Mar 14, 2017

The Best Shell Out In Kuala Selangor | Hotel Apps

Shell Out memang tak asing lagi buat penggemar seafood atau makanan laut. Dah lama juga trending ber'shell out ni di Malaysia. Bagi yang tak familiar, shell out ni adalah konsep makan hidangan seafood, makanan laut yang pelbagai dengan cara dilonggokkan atas kertas, meja atau plastik. Lepas tu, dimakan beramai² . Memang heaven hehehe. Kalau singgah di Kuala Selangor,  jangan lupa singgah di Restoran Shell Out, Hotel Apps untuk rasai hidangang shell out yang Halal, segar, murah, sedap dan ada variation of flavors.


Shell Out, Hotel Apps, Kuala Selangor

Dari jauh tersegam indah Hotel Apps, dengan bangunan bewarna kuning, dan Restoran Shell Out tersebut terletak ditengahnya antara 2 bangunan Hotel Apps, memang luas, selesa dan open air...parking pun banyak dan free. Istimewanya Shell Out di Hotel Apps, terdapat 4 jenis perasa yang boleh kita pilih iaitu Asam Pedas, Kam Heong, BBQ dan Butter Lemon. Selain seafood yang pelbagai, besar2 dan segar...macam² yang boleh dipilih mengikut set seperti Ketam Bunga, Udang, Lala, Pahat, Sotong selain sayuran segar,  ubi kentang, jagung beserta nasi.

Pakej Shell Out, Hotel Apps



Ada 4 pilihan set yang boleh dipilih serendah RM 39.90 untuk 1-2 pax sehingga RM 139.90 untuk 2-3 pax. Memang puas lah makan... Untuk yang tak kuat pedas, atau untuk yang ada anak kecil, boleh cuba perasa Butter Lemon...sedap tak pedas, buttery tapi tak memuakkan. Bagi yang suka pedas boleh cuba perasa BBQ, Asam Pedas dan Kam Heong . Memang selesa, puas hati dan berbaloi makan di Shell Out, Hotel Apps,  Kuala Selangor ni sebab selain  makanan yang sedap, murah, servis dan layanan pun tersangat mesra pelanggan.

Tom Yam Kelapa

Crispy Kangkung

Lemon Butter

Kam Heong

BBQ


Sebelum ke Shell Out kita akan dihidangkan dengan Tom Yam Kelapa yang dihidangkan dalam kelapa... Wahhh nampak rare, 1st time makam...sedapnya, fresh selain Kangkung Crisspy yang rangup, sedap dicurah dengan sos pedas, masam manis tu...kruk krakkkk kruk krakkkk

Adam siap pakai gloves haha

Sorry, Bella focus makan

Ketam Bunga besar kannn

Possing Dalam Kenyang hihi

Lepas makan boleh lah cuba menginap di Hotel Apps, sebab nanti boleh lah singgah berkunjung ke tempat menari seperti Taman Alam Nature Park, Attingsburg Lighthouse, Kelip², Eagle Feeding, sawah padi dan banyak lagi. Selaian sesuai untuk anjuran seminar, meeting dengan pakej menarik. Next time jangan lupa baca review penginapan di Hotel Apps pula ok.


HOTEL APPS, KUALA SELANGOR

Untuk pertanyaan / tempahan Shell Out, Hubungi :   
Telefon : 
017 200 8072 / 012 455 1342   


Untuk pertanyaan / tempahan pakej seminar dan meeting :   
Telefon : 
012 521 3432 / 019 676 6846  



6 comments:

  1. dapnye tgk shell out tu..tomyam kelapa xpernh try

    ReplyDelete
  2. Kampungku Kuala Selangor..walaupun i asal sana..i still lum menyempat lagi untuk try tempat ni..on my wish list for sure..hehehe..nampak sedapp sangat!!

    ReplyDelete
  3. Crispy kangkung pun ada ..first time dengar

    ReplyDelete
  4. Bestnya..x pernah try shellout kat mana2..slalu mak mertua akak yg buat...

    ReplyDelete
  5. sedap yg kam heong tu...suka..tomyam pun sedap.

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign