Mar 30, 2017

TIENNA Skincare | Review

Bagi penjagaan dan perawatan kulit wajah, aku lebih prefer kepada produk yang dihasilkan daripada sumber semulajadi / natural sebab ianya lebih selamat, lembut pada kulit. Terutama yang kulit mukanya jenis sensitif tu kan...So dengan itu, aku try TIENNA Skincare sebab ia diformulasikan dari ekstrak betik sebagai bahan utamanya, ekstrak betik sememangnya berkhasiat dan terbukti membantu mencerahkan kulit dan mengatasi pigmentasi serta merawat kulit terutama yang bermasalah.

Tienna Skincare | Tienna Empire


Tienna Skincare | Tienna Empire


Produk TIENNA Skincare didatangkan dengan 4 item iaitu Facial Wash, Toner, Day Cream dan Night Cream . Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Ia diperkaya dengan Vitamin A,C dan E. Kesemuanya dijual secara set lengkap, tak ada secara berasingan sebab bagi mengekalkan dan.mendapatkan kesan yg sepatutnya.

Tienna Skincare hanya boleh didapati secara online direct melalui official page Tienna Empire dengan 2 jenis set iaitu set Trial dan Premium.

Tienna Skincare | Tienna Empire


Tienna Skincare | Tienna Empire


Menurut sumber, Tiennna Skincare mampu merawat masalah kulit wajah seperti :
  • Menyinarkan dan meremajakan kulit wajah
  • Menyamarkan serta menghilangkan parut, pigmentasi di wajah
  • Mencerahkan kulit kusam
  • Meratakan tona kulit yang tak sekata
  • Meratakan kulit yang tidak rata / bekas jerawat
  • Memutihkan kulit


Tienna Facial Wash

Foam yang lembut, halus
Tienna Facial Wash : 
Didatangkan dalam bentuk foam / buih...Bau betik gitu. Ada ketulan² betik lagi sebab ianya dibuat dari ektrak betik sebenar. Berfungsi untuk membersihkan muka dan leher dari kotoran / sisa mekap serta membantu menegangkan kulit muka. Memang akan rasa tegang dan agak kering sikit kulit muka lepas cuci muka.

Cara Penggunaan : 
Guna seperti pencuci muka biasa, boleh digunakan 3 kali sehari. Pagi, tengahari dan malam.


Tienna Toner


Tienna Toner : 
Warna Tienna Toner ni warna oren... Sebab ia dari ekstrak betik...akan rasa sejuk, dingin je bila disapu pada muka dan pedih sikit bila terkena bahagian berjerawat... Toner fungsinya adalah melengkapkan proses membersihkan wajah..dimana kotoran lebihan akan dibersihkan dan menutup semula pori yang terbuka selain memudahkan aplikasi skincare / makeup selain membantu mengeringkan jerawat

Cara penggunaan : 
Ratakan selepas menggunakan facial wash menggunakan kapas...biarkan kering.



Tienna Night Cream


Tienna At Night Cream : 
Night Cream Tienna ni bewarna putih dan teksturnya sedikit pekat... Tapi bila dioles pada muka, tak berapa melekit...biasa² aje....kalau pakai tebal memang akan melekit.
Selain mencerahkan kulit wajah, leher Tienna Night Cream ini mampu mengurangkan kedutan dan mengecilkan pori di wajah kerana mengandungi Vitamin A, C, E dan Benzoyl yang sangat membantu bagi mencerahkan, merawat serta mencantikkan kulit wajah

Cara penggunaan :
Sebelum tidur , selepas cuci muka dengan Tienna Facial Wash dan Toner, oleskan nipis pada wajah dan leher


Tienna Day Cream


Tienna Day cream :
Warnanya oren kekuningan... Jangan risau kalau sapu dimuka... Takkan ada kesan kuning hehe. Pun sama, teksturnya agak pekat . So jangan pakai banyak², nanti melekot dan tak selesa. Ia melindungi kulit wajah kita dari sinar matahari dan dapat menghilangkan bintik hitam, cela dan menganjal serta meremajakan kulit muka. 

Cara penggunaan : 
Ratakan pada waktu pagi pada wajah, tak perlu tebal²


Testimoni Tienna

Testimoni Tienna



Antara testimoni pengguna Tienna Skincare ...kesan bergantung juga kepada cara pemakaian yang betul selain mengikut kondisi kulit masing². So jangan teruskan penggunaan kalau rasa ianya tak sesuai dengan kulit korang ok. Satu set ni boleh bertahan 1-2 bulan penggunaan. Oh ye Tienna Skincare ini masih dalam proses KKM .


Harga TIENNA Skincare :

Trial set  : 
RM 99 Postage RM 8  (SM) / RM 11 (SS) 
Cleanser 30ml
Toner 20ml
Krim siang 5g
Krim malam 5g

Premium set :
RM189 Postage RM 8 (SM) / RM 11 (SS)
Cleanser 100ml
Toner 50ml
Krim siang 20g
Krim malam 20g


Instagram : Tiennaempire
Whatsapp : 017 6663592



2 comments:

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign