Mar 24, 2017

VEET Sensitive Touch | Electric Trimmer ( Review )

Kalau ditanya...  Mana lagi aku suka... Untuk buang bulu dibahagian tertentu...samada wax, cabut atau cukur ? Sememangnya aku pilih cukur,  sebab memang tak sanggup menahan sakit kalau dicabut, inikan pula waxing...adoiii lahhh. Tapi ramai juga yang tak berani bercukur, sebab terdedah risiko luka, dan sakit. Tapi sekarang mudah je dengan produk terbaru dari Veet, iaitu VEET Sensitive Touch | Electric Trimmer . Bagi yang tak tahu, Veet memang jenama yang mengeluarkan produk untuk membuang bulu seperti wax strip dan hair removal cream yang memang menjadi pilihan wanita khususnya.

Veet Sensitive Touch 

Veet Sensitive Touch | Electric Trimmer

VEET Sensitive Touch | Electric Trimmer didatangkan khas dengan ciri ekslusif bagi memeliharan kulit si pemakainya kerana ia dijamin selamat digunakan tanpa menyakitkan dan mencederakan, melukakan kulit terutama dibahagian sensitif. Dan yang paling bestnya, VEET Sensitive Touch ni boleh digunakan pada banyak bahagian seperti untuk merapikan bahagian kening / eyebrows, upper lips, dagu, sideburns, bikini line dan kawasan intim.




VEET Sensitive Touch | Electric Trimmer lengkap didatangkan dengan saiz yang comel, so mudah sangat dibawa kesana kemari dengan beauty pouch kalis air yang disediakan, hanya perlu 1 bateri saja....tak perlu soket² semua tu. Warna pun pink...cute sesangat.... Bodynya pun mudah, selesa dipegang

Untuk kegunaan bahagian muka :
  • 1 x 2 Sided Trimming head – 16mm and 6mm
  • 1 x comb attachment (2mm & 4mm) to uniform hair lenth
  • 1 x Styler cap

Untuk kegunaan kawasan yang lain :
  • 1 x 1 sided Trimming Head (20mm)
  • 1 x comb attachment to uniform hair length

Aksesori tambahan :

  • 1 x Cleaning brush
  • 1 x Beauty pouch 
  • 1 x AA Battery

Kelebihan Veet Sensitive Touch

Harga dipasaran pula, ada yang RM98+ - RM119+ so kena pandai cari dan bandingkan harga.. Kalau nak lagi murah beli kat sini Lazada Birthday Sales ada diskaun 25% siap ada freegift




1 comment:

  1. Pink warnanya. Memang comel. Tapi takut nak guna. :P

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign