Apr 28, 2017

Trend Tudung Ansania Arabia Pulak

Kalau balik kampung, tak sah tak pergi Muaz Textile. Pergi beli tudung, shawl memurah. Padahal kat KL pun ada hehe. Sebelum ni pernah share story beli tudung Pucchi, Bawal murah di Muaz . Walaupun murah, kualiti ok, sampai sekarang ok lagi.... Kena pandai pilih ok. Sebelum beli, mesti tanya adik² kat rumah sekarang trend dorang pakai fesyen tudung yg macam mana, dorang kan muda² lagi.... Remaja .... Aku pun nak muda juga haha... Adik aku pun suggest Ansania Saudia ... Kira macam tudung bawal tapi metarial lebih lembut, cotton, tak kembang...kaler memang plain, bidang besar sikit pada bawal. Mudah dibentuk

Ansania Saudia

Purple | Terqoius

Mula ingatkan Ansania Saudia ni produk Arab Saudi hehe... Rupanya buatan Indonesia, memang trending jilbab, kerudung Ansania Arabia ni kat sana...tak percaya tengok kat ig, google.


Warna pilihan lebih 70 kaler hoho..aku pilih pastel. Dark purple dan terqois . RM6.90 sehelai...kalau pasar malam aku usha hari tu dalam RM15 ke atas hoho dapat 2 helai okeyyyy... Trademark Ansania Arabia ni ada bulu² dihujungnya...bebulu halus...  Nanti jangan lupa usha ig, aku melaram dengan tudung baru ni ok.

Apr 26, 2017

MUHIBBAH MAKAN PLACE | Tempat Makan Best Di Plaza Alam Sentral

Kalau ke shopping mall mesti tercari² kat mana medan selera / food court .. Sebab kebiasaannya di food court, medan selera ni banyak pilihan makanan dengan harga lebih murah. Kalau berkunjung ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam jangan lupa singgah ke Muhibbah Makan Place, di tingkat 5 .

Muhibbah Makan Place

Tak sabar tunggu hidangan

Chef Wan & Chef Bala

Muhibbah Makan Place ni adalah medan selera dengan pelbagai menu tempatan dan antarabangsa hasil inspirasi 2 chef hebat iaitu Chef Wan dan Chef Bala, mengangkat menu medan selera yang biasa ke level yang lebih versetail. ..yang bestnya pilihan makanan kat sini dah macam menu makanan di restoren, mana taknya siap ada Maggi Kari Ketam, Green Curry Chicken Rice With Egg, Sizzling Lamb Rice With Egg dan banyak lagi.

Maggi Kari Ketam

Satay

Khap Phao Chicken Rice With Egg

Sizzling Lamb Rice WithEgg

Cendol

Konsep pulak, dibahagikan mengikut kioks, boleh tengok macam² kiosk... Ada kiosk Laksa, Thai Food, Chicken Rice , Hot Wok, Hot Plate dan banyak lagi. Tempat makan pula selesa dan bersih.





Antara menu yang mendapat sambutan hangat pengunjung adalah Curry Laksa, Maggi Kari Letam, Khap Pao Chicken Rice With Egg, Nasi Kukus Pandan Ayam Goreng Berempah, Sizzling Beef Yee Mee With Egg dan banyak lagi. Oh ye Muhibbah Makan Place baru saja dirasmikan pada 22 April baru² ini, dimana pengunjung dberikan hidangan makanan secara percuma dengan pelbagai hadiah menarik.



Muhibbah Makan Place
Tingkat 5, Plaza Alam Sentral,
Shah Alam

Facebook : muhibbahfnb
Instagram : muhibbahfnb

Resepi Sambal Gesek Belimbing Buluh

Sambal gesek ? Ala gesek... Tak tau gesek ? Kenapa gesek ? Gesek ni maksudnya kita gesek je cili / lada dalam lesung tu bila buat sambal, tak payah tumbuk² sampai hancur, hakus. Gesek bagi hancur sikit² je . Versi sambal paling simple tapi buat korang menambah nasi berpinggan². Makan dengan nasi panas, lauk ikan goreng, telur goreng pun cukup dah.

Sambal gesek belimbing buluh

Belimbing buluh fresh dari pokok haha


Sambal gesek ni, tak semestinya kena pair dengan belimbing buluh je, boleh je twist dengan buahan yg masam lain, macam mangga muda, asam jawa, isi ikan pun boleh. Simple sesangat. Bahan² pula, adjust ikut selera korang, rasa nak masam, lebihkan belimbing, rasa nak pedas lebihkan cili.

Resepi Sambal Gesek Belimbing Buluh

Bahan diperlukan :

  • 6 biji cili padi / lada kecil
  • 10 ekor ikan bilis ( dicuci bersih )
  • 3 biji belimbing buluh
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :
  • Belah, potong belimbing , tak payah halus sangat, cuma utk mudahkan utk ditumbuk
  • Tumbuk / gesek kesemua bahan dalam lesung batu, adjust rasa masin, manis , masam,pedas ikut selera korang.

Belimbing ni berair, so hati² masa menggesek, menumbuk, nanti terpercik ke muka. Pedas, pedih woooo haha. Selamat mencuba. Tips utk yg takut sakit perut, cirit sebab tak biasa makan belimbing buluh, boleh buang bahagian empulur / urat dalam belimbing tu dulu. Ni petua mak... 


Apr 25, 2017

Nescafe Dolce Gusto Piccolo Review | Single Serve Coffee Maker

Buat kaki kopi, suka teh .. Best kan kalau boleh buat kopi, teh, coklat sesedap cafe² mahal tu. Mesti heaven, layan Latte, Mocha, sambil goyang kaki lepak kat rumah dengan aroma yang semerbak huh. Jimat pun jimat kan.


Nescafe Dolce Gusto Piccolo

Nescafe Dolce Gusto Piccolo

Nescafe Dolce Gusto Piccolo  , mesin terbaru dari Nestle dan Nescafe membolehkan kita menikmati kehebatan rasa kopi sebenar, dengan rasa mewah dirumah, dipejabat bersama keluarga , rakan dan yg tersayang. Dengan reka bentuk yg lebih kecil, cute, ringan dan kaler matte black buatkan mesin ni nampak cute dan elegan. Kalau nak tahu, ia direka seakan peguin gitu. Comey kan ... Heheh

Video Unboxing


Mudah dikendalikan

Tuas untuk kawal air sejuk / panas

Part yg mudah dicuci


Nescafe Dolce Gusto Piccolo ni paling best sebab kita tak payah dah beli susu secara nerasingan, beli je capsule kegemaran macam latte, tea latte, cappucino kan senang, mudah, jimat duit, masa dan confirm konsisten rasanya.

Sebab aku suka NESCAFE DOLCE GUSTO PICCOLO ni :
  • Harga lebih murah berbanding model yang lain
  • Saiznya yg kecil, cute dan ringan
  • Drip tray boleh laras ( 3 tingkat ) so takde percikan kopi
  • Mudah dikendalikan dan dicuci
  • Ada pilihan air panas / sejuk
  • Banyak variasi minuman ( kopi, teh dan coklat )
  • Boleh control kandungan air sendiri
  • Rasa minuman lebih konsisten sebab pada kapsul ada level sukatan
  • Layer yang cantik, foam halus dan rasa mewah
  • Lebih murah dan jimat, serendah RM1.90 untuk black coffee

Komponen yg comel


Drip tray mudah laras

Apa yang mudahnya dengan Nescafe Dolce Gusto Piccolo ni, kita hanya perlu beli capsule je, tak payah dah beli susu, kopi tu
semua berasingan.

Pilihan variasi capsules

Bukan hanya kopi tapi coklat & teh


Capsules tu pulak bermacam² pilihan rasa , 16 jenis korang boleh pilih dari kopi , teh hingga coklat. Jimat, mudah, sempoi kan. Dan sesuai sangat dengan lifetyle sekarang, boleh letak di rumah mahupun office. Aku kat rumah memang layan Latte, Mocha, Tea Latte...anak² pula memang suka sangat dengan Chococino...serius pekat, milky, chocolaty  mewah macam rasa minum di cafe.

Masukkan air...

Masukkan capsule

Video cara guna



Cara guna Nescafe Dolce Gusto Piccolo :
  1. Penuhkan water tank / tangki air hingga paras maximum dengan air kosong / minum
  2. Laraskan drip tray dengan ketinggian gelas / cawan
  3. Tekan butan ON , tunggu sampai button merah bertukar warna hijau ( 30 saat ) air dipanaskan
  4. Masukkan capsule dan tutup pad holder
  5. Laraskan bahagian air, samaada nak panas atau sejuk...ikut kandungan air yg korang nak atau ikut level pada capsule
  6. Buang capsule white cup dan masukkan capsule black cup, ulang ( no.4 )
  7. Nahhhhh siap dah kopi, teh , coklat untuk dinikmati...superbbbb

Cappucino

Mocha 

Tea Latte

Chococino




ISTIMEWA BUAT KORANG !!!! Nescafe Dolce Gusto ni akan dijual (pre-order ) 21 – 30 April 2017 di Lazada dengan harga RM 239.00 + FREE 1 x Limited Edition Box – 16 Capsules sementara stok masih ada. Dan lebih jimat, dapat diskaun harga dengan gunakan 


kod voucer PICCOLO10MW 



tiada had minimum belian...sah dari 21 April – 31 Mei 2017 sahaja. Boleh ketahui lebih banyak produk terbaik dari Nestle Dolce Gusto di Lazada


Apr 21, 2017

Maniskan Mulut Di DIP n DIP The Curve

Kalau dah hantu dessert, kaki coklat mesti nak cuba segala jenis manisan terutama coklat. Dah lama mengidam nak makan dessert di Dip n Din iaitu Chocolate Coffee Cafe ...huh mesti heaven kan..semuanya berasaskan coklat.... Kalau nak makan coklat fondue pun ada kat sini... Kiranya... pertama kali juga ni cuba ... Bebudak ni x tually dah kenyang tau time ni, tapiiii licin depa makan....yg ni Dip n Dip, The Curve

Chocolate Waffle | Dip n Dip

Tak berapa puas hati...presentation ni


Melangut tengok menu, agak mahal. Tapi kalau dah nak makan tu, makan je.... Jangan berkira okey. Belanja anak² ni boleh murah lagi rezeki tau. Kami order Chocolate Waffle je satu ... Sebab memang tengah fully tummy...air pun tak order... Waffle ni RM17 + RM 3 utk ice cream dan whip cream tambahan belum + GST hahah

Ready to dig !!!



Cantinyalah drizzle coklat ni wehhh...lagi cantik kalau order yg crepe..tapi takut anak kurang makan. Waffle ni tinggi, besar, tebal, rangup kat luar, dalamnya fluffy, coklat tu jangan citer lah dia punya mewah, pekat, huhu..berbaloi bayar...Bella makan whipe cream je...nampak sangat dah kenyang.... Adam suka sangat waffle dan coklat tu. Memang best...next time nak cuba yg lain...yg ada combination white, dark chocolate

Apr 20, 2017

2 Personaliti Berbeza Adam vs Bella

Alhamdulillah dah ada 2 cahaya mata. Berat tanggung jawab ni. Macam.manalah mak abah aku dulu handle kami 6 beradik...Subhanallah...sedangkan dorang berdua ni pun kadang boleh hilang sabar dibuatnya.... Selalu ngadu dengan mak...macam biasa...mak aku penyabar orangnya.... ' Jangan ditengking, dipukul selalu anak tu, nanti dorang ingat...nasihat baik² tunjuk contoh baik, bagi makan elok², solat doa jgm tinggal ' hah itulah nasihat emak tersayang.

Adam Bella


Sorang lelaki, sorang perempuan. Walaupun 1 perut tapi memang personaliti dorang ni berbeza sangat. Rupanya anak sulong ni terlalu mengalah kan. Macam Adam walaupun dia lelaki, dia selalu mengalah dengan si Bella, kadang kesian tengok... Si Bella pula jenis akan dapatkan , kalau dia nak..tak kira kena bertumbuk, berkelahi hahah... Walaupun gigirl tau

Bab makan, Adam memilih, tak nak comot,.tak nak tu taknak ni...nak sudu...nak ni...But Bella.its ok janji makan dan kenyang

Pakaian.... Memang girls win lah...Bella ofcoz nak cantik, comel memanjang, Adam its ok..janji kemas... Bella lebih berani dengan dunia luar... Adam macam anti sosial...mungkin ambik masa utk mesra...macam Bella mudah sgt dpt kawan..berani bersuara... Kalau nak tahu....Bella more to papa dorang....attitudenya...Adam.macam klon aku hahah.... Mudahan dorang baik² , dilindungi dunia akhirat...Amin

RESEPI KERABU KERANG ALA THAI VIRAL

Kerabu kerang ala thai yg viral ni dah lama sesak lalu kat timeline. Xtually ada up resepi kerabu udang ala thai ni dulu, korang boleh cari ok. Yg ni try resepi dr group masakan dan diolah sikit.

Memang syiok tengok, mengiurkan sungguh isi kerang tu haishhh , sos kerabu ni pehhh siap boleh hirup.


Kerabu Kerang Ala Thai Viral



Bahan diperlukan :

1kg kerang
3 biji cili padi *
1 biji bawang kecil *
1 ulas bawang putih *
1/2 inci belacan bakar *
1 sudu daun ketumbar *
1 biji tomato *

1 s/b sos ikan
1 s/b gula pasir
1 s/b jus limau kasturi / nipis
1/2 cawan jus asam jawa



Cara penyediaan :

  1. Cuci kerang dan rebus sampai kerang terbuka sedikit. Buang sebelah kulitnya, dan simpan didalam air sejuk / ais supaya tak kecut
  2. Cincang / potong dadu kesemua bahan bertanda *
  3. Toskan kerang tadi, letakkan didalam manguk / piring.
  4. Ca
  5. Campurkan bahan yg dipotong dadu dengan sos ikan, gula, air limau dan asam jawa l. Adjust rasa secukpnya masam, manis, pedas... Tak payah garam sebab sos ikan tu dah masin

NASI KUKUS KARI UDANG Tasik Biru Kundang

Minggu lepas santai petang di Tasik Biru Kundang, boleh baca entri Tasik Biru Kundang . Kalau nak tahu kiri kanan bahu jalan kat situ, ada banyak gerai makanan... ada jagung bakar semualah, sebab ramai pengunjung terutama waktu petang.

Nasi Kukus Karuli Udang

Laksa


Sebelum layan anak² main di taman, En.Habang ajak pekenan Nasi Kukus Kari Udang. Pelik kan selalu ada Nasi Kukus Ayam Rempah je hehe. Nampak menyelerakan, udang besar, banyak...sedap kari nya, berasa rempah, nasi gebu je..ada acar timun... Aku pesar Laksa ... Tapi agak tak kena dengan tekak ...mungkin kuahnya tak merah macam yg aku suka dan biasa makan, dan tak pedas sangat...dan mungkin jenis ikan yg digunakan. Harga laksa ni agak mahal bagi aku... RM 7 haha... Apa pun yg lain best...Pulut Panggang nya best... Kalau ke sana jgn lupa cuba Nasi Kukus nya...byk lg pilihan lauk...harga ok...x silap RM9 berbaloi

Apr 17, 2017

Cerah Sihat Gebu Dengan KITSUI WHITENIN B.B | KITSUI KOREAN WHITE

Tak lama lagi puasa, masing² bersemangat nak 'pasang badan' nak bergaya di Hari Raya...ehhh bukan badan je kena jaga, kulit pun kena jaga terutama muka. Tak nak lah kusam je, parut bertempel sana sini kan. So jom lah kita rawat kulit dengan kolagen dari Korea, jangan terkesima kalau aku bertukar jadi kpop idol huhu KITSUI WHITENIN B.B dan KITSUI KOREAN WHITE kulit jadi cerah, pinkish, glowing, sihat gitu ... Kitsui ... Ni kira firts time aku cuba rangkaian produknya, xtually kedua produk ni boleh diminum sekali ,takde masalah pun, lagi bagus adalah....hehe.





Kitsui adalah milik Gemini Beauty Resources (M) dan menang dalam Super Health Brand Asia Pacifik. Hahhh legakan kita tau ianya selamat digunakan. Ye lah sekarang ni banyak terdedah dengan produk berisiko. Kitsui 100% semulajadi, lulus GMP dan merupakan minuman kesihatan untuk wanita mahupun lelaki.




Kitsui Whitenin B.B Drink 





Kitsui Whitenin B.B 
15 sachet x 10g

Yang ni minumam vitamin C ... Wahhh suka kan kalau dengar Vitamin C, memang bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran. Cara pengambilan pun mudah je, campurkan sepeket Kitsui Whitenin B.B Drink ke dalam 200ml air suam, kacau sebati...nak shake pun boleh. Untuk kesan optimum minum sepeket sehari sebelum sarapan atau tidur. Rasanya sedap..manis² buah, macam oren, berries tu, warna pun macam oren, bau pun sedap fruity gitu.




Khasiat Kitsui Whitenin B.B 

  • Mengurangkan masalah blackhead / whitehead
  • Menjadikan kulit muka lebih glowing / pinkish
  • Baik untuk mata
  • Mengecilkan liang pori / bekas jerawat
  • Mengawal penghasilan minyak di muka
  • Merawat masalah jerawat
  • Mencerahkan, kesan seawal 7-14 hari



Kitsui Korean White



Kitsui Korean White
17 sachet x 5g

Ini pula minuman berkolagen. Sebut kolagen, masing² dah tahu khasiatnya utk kulit, imun, mata, rambut, kuku semua tu. Tapi Kitsui Korean White ni special ia FREE SUGAR bebas gula tau. Pesakit diabetis pun boleh amalkan. Dan ramuan istimewanya adalah Marine Collagen, Camu-Camu yang khasiatnya  50x  ganda daripada Vitamin C serta Acerola yang baik utk tubuh, edaran darah, imun dan anti-penuaan.




Sama je cara pengambilannya, cuma bancuhkan 1 sachet kedalam 80ml air kosong...minum sehari sekali sebelum sarapan atau sebelum tidur. Boleh campurkan dengan Whitenin B.B tau, lagi bagus sebagai booster untuk kesan lebih optimum ...

Rasanya agak tawar sebab TIADA TAMBAHAN GULA , jadi boleh je campurkan dalam minuman dan makanan kegemaran korang seperti kopi, teh, sup, air kosong, yogurt dan sebagainya. 

Khasiat Korean White
  • Anti-Aging & Anti-Wrinkles
  • Mencerah serta menghaluskan kulit
  • Menyihat dan mencantikkan rambut, kuku, tulang, kulit dan mata
  • Menegangkan kulit
  • Memudarkan parut jerawat
  • Mengecilkan liang pori
  • Menghaluskan dan menggebukan kulit

Cara nak dapatkan kesan optimum ?

Minum mengikut aturan yg telah ditetapkan. Jaga kesihatan dan kebersihan diri. Lebihkan pengambilan makanan sihat serta air kosong. Bagi ibu hamil dan berpenyakit boleh dapatkan nasihat doktor dulu ok.




Sejak 1996 dipasaran...tentu² lah dah banyak teatimoni dari pengguna Kitsui kan... Bukan saja minuman kolagen, banyak lagi produknya...macam khusus utk jerawat, turunkan berat badan dan sebagainya. Nak beli pun senang, boleh dapatkan di Guardian, Watson, Lazada, Shoppu dan farmasi terpilih atau lagi senang beli direct melalui web rasmi Kitsui. Dan jangan lupa kumpulkan 6 barcode untuk tebus 1 kotak PERCUMA 


Web : kitsui
Facebook : kitsui my
Instagram : kitsuimalaysia




Penafian :

Review ini berdasarkan pengalaman penggunaan sendiri. Kesan lebih efektif sekiranya dipakai / diamalkan  secara teratur dan berterusan. Kesan mungkin berbeza mengikut jenis kulit individu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign