May 7, 2017

BUFET RAMADAN SACC 2017 | Cita Rasa Warisan Nusantara

Sedar tak sedar, kita dah menghampiri bulan Ramadan. Mesti dah terbayang kemeriahan ibadah puasa dan keenakan juadah berbuka sampai satu tahap , tak tahu nak masak menu apa lagi hehe. Bufet Ramadan SACC tahun ini antara lokasi berbuka puasa yg wajib korang cuba, selain berbuka puasa dengan hidangan enak, kita berpeluang menderma kepada saudara kita yg memerlukan di Syria.

Bufet Ramadan SACC 

Minggu lepas, berkesempatan ke Majlis Preview Bufet Ramadan SACC bersama keluarga dan rakan media yg lain. Wahhh selesa, luas dewan bufet ni. So jangan risau buat yg ada anak kecil, memang selesa. Cita Rasa Warisan Nusantara adalah tema bufet ramadan 2017 di SACC .


Kambing Kebuli

Gulai Itik Hijau Nusantara

Ampal Masak Merah Banjar


Kambing Kebuli adalah menu utama dan menu meletop setiao tahun di Bufet Ramadan SACC . Dan pada tahun ini ada 3 menu baru teristimewa disediakan iaitu, Ampal Masak Merah Banjar, Gulai Itik Hijau Nusantara dan Kepala Ikan Pindang Lampung


Ulaman, Sambal, Kerabu

Lauk pauk citarasa nusantara

Selain daripada tu banyak lagi menu rasa warisan yang best . Untuk pembuka selera ada, pelbagai ulaman dan sambal, Kerabu Udang, Kerabu Mangga, Kerabu Taugeh dan bermacam lagi. Untuk menu utama ada Nasi Putih, Kari Kepala Ikan, Daging Hitam Manis, Sayur Campur Jawa, Ikan Pekasam, Udang Tumis Utara, Ayam Bakar Bumbu Bali dan banyak lagi. Menarik sebab juadah disediakan di stall, meriah...macam ke bazaar ramadan pulak

Dessert ala France

Kuih Tradisional

Fruit Tart

Aneka puding, jelly


Dessert memang tumpuan lah kan kalau ke bufet Ramadan hehe. Yang best nya dessert di Bufet SACC ada manisan ala Perancis...wahhh heaven tengok coklat semua. Selain Buah Kurma, aneka kuih muih tradisional juga disediakan seperti Kuih Seri Muka, Kuih Talam, Bingka Kemboja, Popia. Ada juga aneka Biskut Raya, Sliced Cheeese and Butter Cake, Bread Pudding, Tartles dan aneka castard yg comel. Pilihan minuman, Kordial Oren, Laici, Sirap Bandung, Sirap Selasih, Cincau, Soya dan Karthira.




Harga RM 88+ dewasa dan RM 48+ Kanak² dan warga emas. Tapi sekarang pihak SACC menawarkan harga promosi sehingga 27 Mei. Harga serendah RM 78+ bagi tempahan awal pada tempoh ni. Lebih berbaloi dan jimat beli dengan harga promosi ni. Boleh lah book, beli untuk tempahan sekeluarga, pejabat, rakan² dan sebagainya. Dan setiap RM 1 daripada belian baucar ini akan disalurkan keoada Tabung Rescue Syria dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi


Hubungi :
03- 5511 8858

Email : 
ramadan@sacc.com.my

Facebook :
SACCOfficialnew

Instagram :
shahalamconventioncentre



2 comments:

  1. Saya pun hadir ke prebiu bufet ramadan 2017 SACC ni ... sempat makan nasi impit dengan rendang daging dia .. fuh memang sedap.

    HasrulHassan.com

    ReplyDelete
  2. Saya pun hadir & sempat bertemu dan bersembang kejap dgn blogger atas ni. makanan kat situ memang sedap :D

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign