CARRIE JUNIOR REFILL PACK - Lebih Jimat

by - April 04, 2017

CARRIE JUNIOR memang dipercayai sejak 19 tahun dulu. Jenama rangkaian produk mandian dan penjagaan kanak² pilihan rakyat Malaysia. Ingat Carrie Junior, ingat gajah pink yang cute mandi sambil menyanyi lagu Bath Time di iklan tv. Carrie Junior menerapkan konsep fun time bath ...so tak adalah anak² kita ni liat mandi. Kalau dulu Carrie Junior hanya boleh didapati dalam bentuk botol , kini Carrie Junior didatangkan dalam versi pek isian semula / refill pack . 

Carrie Junior | Refill Pack 

Pek Isian Semula 500g

Carrie Junior Refill Pack / Pek Isian semula ni lebih menjimatkan, beli je refill pack ni ada isian 500g kemuadian kita isi saja dalam botol kosong tu, kan dah jimat , lebih murah dan dalam masa yang sama kita dapat memulihara alam sekitar, dapat menggurangkan penggunaan botol plastik. 

Senyumlah, seronok nak mandi ye

Anak² kami memang suka sangat dengan Carrie Junior dari Carrie Junior Baby Oil, Carrie Junior Baby Powder, Carrie Junior Baby Shampoo sehinggalah Hair & Body Wash ... Mungkin sebab ianya tak pedihkan mata dorang dan wangi, ada bau anggur, grapeberry, cherry huhh. Sebab tu kami sediakan Carrie Junior untuk dorang sebab ianya disahkan Halal selain selamat digunakan. Dan baunya memang sedap, bau fruity gitu, sebab diformulasikan dengan Fruito - E , Nutrient dan Vitamin bagi memelihara kesihatan, kelembutan dan kelembutan kulit simanja. Boleh dapatkan rangkaian produk Carrie Junior diseluruh pasaraya, farmasi, kedai runcit seluruh Malaysia. Jangan lupa dapatkan pek isian semula yang lebih menjimatkan ni.

Refill Pack | Carrie Junior

Carrie Junior Baby Bath ( 500g )
RM 8.90 (SM)
RM 9.30 (S/S)
( Termasuk GST )

Carrie Junior Baby Hair & Body Wash ( 500g )
RM 9.90 (SM)
RM 10.40 (S/S)
( Termasuk GST )

Website :
CARRIE JUNIOR

Facebook :

You May Also Like

4 ulasan

  1. murah sikit kan bila ada refill ni,takdelah berbotol2 ada kt rumah tu.~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  2. wangiiii..suka carrier junior..br bli yg refill pack ni aritu

    ReplyDelete
  3. boleh beli lah nanti hehe sha guna sabun ni untuk cuci berus makeup :p

    ReplyDelete
  4. sedap bau carrie junior ni, suka bau dia macam nak makan2 je..

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish